Kejayaan menghasilkan album sulung yang berjudul New Classic merupakan satu penanda aras baharu bagi grup wanita yang kini berada di puncak kerjaya, Dolla.
Bagi meraikan momen bersejarah itu, Dolla telah mengadakan acara Dolla Villa yang juga merupakan majlis perlancaran album New Classic yang berlangsung di The Diplomat, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bagaimanapun, acara yang berlangsung meriah itu sedikit dicemari komen-komen negatif netizen yang kurang senang dengan fesyen yang digayakan anggota Dolla pada malam berkenaan.
Rata-rata netizen menyifatkan pemakaian mereka agak seksi dan kurang bersesuaian dengan norma masyarakat di Malaysia.
“Mungkin stylist boleh sediakan baju yang lebih sopan buat Syasya dan Sab. Tapi ia merupakan majlis tertutup. Fahamlah mengapa mereka berpakaian sedemikian.
“Saya suka lagu-lagu mereka tapi sekurang-kurangnya Sab dan Syasya kenalah berpakaian tertutup sikit.
Ads
“Pandangan saya sebagai netizen, lagu mereka memang best. Lain level tapi baju tak berkenan sangat. Maafkan saya tapi lagu tetap stuck dekat kepala,” antara komen-komen yang diberikan netizen.
Terdahulu, ini bukan kali pertama grup yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo, Syasya dan Angel ini dikritik disebabkan fesyen mereka yang dikatakan agak seksi.
Sementara itu, mengulas mengenai album pertama mereka, Tabby akui tidak menyangka grup tersebut bakal melangkah sehingga ke tahap ini.
“Kami masih lagi berada difasa dimana kami sendiri tidak percaya yang Dolla sudah pun mempunyai album sendiri. Kami juga mendengarnya pada setiap masa.
Ads
“Kami sangat gembira dan bersyukur. Ramai juga yang hadir bagi meraikan kejayaan kami hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sobronzo juga teruja apabila album ini turut mendapat sentuhan daripada produser tersohor Korea Selatan, Hyuk Shin yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu buat artis-artis superstar seperti Justin Bieber, NCT dan Exo.
“Hyuk Shin menghasilkan dua lagu buat Dolla iaitu Classic dan Boss Up. Proses bekerja juga sangat berbeza dan lebih efisyen. Dia tahu visi sesebuah lagu itu.
“Dia cuma bagitahu apa yang perlu kami buat dan kami ikutkan sahaja. Kami percaya dengan cara kerja beliau. Sudah terbukti hasil akhirnya memang ramai yang suka,” ulasnya.
Ads
Ditanya adakah Dolla selesa digelar grup wanita nombor satu di Malaysia ketika ini, Tabby memaklumkan mereka tidak terlalu memikirkan gelaran tersebut sebaliknya mahu fokus untuk memberikan yang terbaik buat peminat.
“Kami sangat bersyukur bila ada yang melabelkan kami sedemikian. Namun, pada masa sama, kami tidak mahu dibandingkan dengan orang lain.
“Tak kisahlah sama ada nombor satu atau dua, yang paling penting adalah kami bekerja keras untuk memberika produk terbaik untuk peminat dan orang yang mendengar.
“Tiada apa yang berubah. Dolla sentiasa ingin berikan yang terbaik sejak single pertama kami Dolla Make You Wanna,” kongsinya lagi.
Terdahulu, album New Classic memuatkan tujuh buah lagu yang terdiri daripada lima lagu baharu dan dua lagu yang sebelum ini telah pun dilancarkan.
New Classic kini sudah pun boleh distrim di semua digital platform bermula 21 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menyelar tindakan seorang individu yang tanpa segan silu meminta bantuan kewangan di ruangan direct message (DM), mendakwa mahu membayar semula barangan yang telah dicurinya.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, ketika orang lain gigih mencari rezeki dan menyimpan, ada pula pihak yang memilih jalan mudah tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung.
“Orang penat kerja dan menyimpan, dia senang je mencuri. Selepas kantoi, minta orang lain bayar,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories, baru-baru ini.
“Bertaubat la dik. Hari ini kita curi dan tipu orang, esok Allah balas berkali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu. Maaf, saya benci orang malas,” kongsinya lagi.
Terdahulu, individu berkenaan meminta wang sebanyak RM8,500 kepada Janna Nick kerana buntu dan sudah tiada tempat lain untuk memohon pertolongan.
“Tolong saya kak. Saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit untuk bayar balik tapi saya tiada duit tu.
“Saya harap sangat dapat bantu saya. Dalam RM8500. Saya tiada sesiapa bang. Tolong saya bang. Mereka nak hari ini juga,” tulis individu tersebut.
Sekadar informasi, Janna dan suaminya kini sedang berada di London, United Kingdom bagi menyambung pengajian dalam bidang perfileman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini genap seminggu anak kepada pelawak Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah kembali kepada PenciptaNya akibat komplikasi jantung.
Reda dengan ujian itu, Ali dan isterinya Melati Fitri turut berkongsi video yang memaparkan suntingan video beserta gambar arwah menerusi Instagram yang dikongsikan Ali.
“Seminggu lebih dah kamu tggalkan kami semua..walid terlalu rindukan kamu syg..tiada ape yg yg dpt walid dan ibu gambarkan perasaan ini.
“Hanya gambar2 kenangan bersama kamu sahaja yg ade untuk melepaskan rindu ini…redha dengan pemergianmu.
“Walaupun sekejap..tp walid dan ibu dpt menjaga kamu.
“Kamu anak syurga anugerah allah kepada kami..tggu walid dan ibumu disana syg…allahuakbar,” tulisnya.
Terdahulu, bayi berusia tiga bulan itu dikesan berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Beberapa minggu kemudian, Ali memaklumkan bahawa keadaan bayinya agak kritikal apabila berdepan masalah pada paru-parunya hingga terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur pada 26 November lalu.
Ali yang juga menyertai program komedi, Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019), menerusi kumpulan Puteh dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun.
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memaklumkan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.
Sebaliknya Fikry, atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, berkata, dia memilih untuk tidak mengumumkan perkara yang masih belum pasti.
Belum Pasti, Tak Kongsi
“Saya percaya benda yang baik ini selagi tak pasti jangan kongsi. Saya tunggu sampai selesai, alhamdulillah,” katanya.
Fikry menjelaskan perkara itu menerusi sejurus ditanya rakan hos di dalam Melodi, Ain Edruce pada malam Khamis.
Mengulas mengenai dakwaan dia seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya dilihat macam tidak rela, Fikry ada jawapannya sendiri.menyangkal tanggapan tersebut.
“Mungkin pada ketika itu ada beberapa benda yang saya fikir. Termasuklah menjadi seorang suami. Tanggungjawab dia besar dan kena adil.
“Saya ada seorang ibu dan seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata. Tetapi adil itu meletakkan hak pada tempatnya,” jelasnya.
Berterima Kasih Pada Isteri
Fikry pada masa sama turut memberikan dedikasi terhadap isterinya, Khalizah yang sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja ketika ini.
“Dengan ihsannya, dia tengah ibu saya yang tercinta di Kedah. Terima kasih sayang,” titipnya.
Terdahulu, Fikry dan Khalizah pada Rabu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.