Kemunculan semula penyanyi Izzue Islam bersama kumpulan Forteen untuk merakamkan single terbaharu yang berjudul Noktah Epilog Cinta membuktikan hubungan mereka masih utuh.
Menurut salah seorang anggotanya, Ameer, sejak ketiadaan Izzue, Forteen sudah hampir lima tahun tidak mengeluarkan projek single.
“Sebenarnya idea single ini tercetus sejak tahun lepas lagi. Kali terakhir kami mengeluarkan single adalah pada 2019.
“Jadi, rasanya ini merupakan waktu yang terbaik untuk kami buat kemunculan semula.
“Namun, bila difikirkan semula, rasanya tak lengkap kalau Forteen bertiga sahaja. Kami dengan Izzue sudah seperti adik beradik.
“Jadi, kami pujuk Izzue dan dia bersetuju. Demi peminat kami buat kemunculan semula,” katanya kepada MH.
Ketika ramai yang bertanya mengapa single ini tidak hanya menggunakan nama Forteen, Ameer menyifatkan kebersamaan mereka saat ini sudah cukup untuk mengubati kerinduan.
Ads
“Seperti semua tahu, Forteen dan Izzue sudah membawa haluan masing-masing. Pada kami, nama itu tak penting tapi keberadaan kami secara berempat itu lebih utama.
“Kami memang merindukan suasana bekerja dan merakam lagu bersama. Kita dapat kembali mendengar vokal masing-masing.
“Sebenarnya saya yang buat demo lagu ini. Jadi, saya cuba untuk gabung dan padukan empat vokal Forteen. Alhamdulillah, komen-komen peminat rata-ratanya berpuas hati,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ameer turut menafikan khabar angin yang mengatakan hubungan Forteen dan Izzue masih dingin sehingga hari ini.
Ads
“Yang sudah lama mengikuti perkembangan kami, mereka pasti tahu yang kami sudah lama berbaik. Tiada isu yang mengatakan kami bergaduh
“Walaupun kami tidak menguar-uarkan di media sosial, hubungan kami sentiasa akrab. Akan ada hari yang kami akan berjumpa dan pergi makan sekali,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah terdapat kemungkinan Izzue akan kembali menyertai kumpulan itu, Ameer bagaimanapun meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Ads
“InsyaAllah, itu semua terserah kepada tuan badan. Harapan kami memang nak menghasilkan lagi banyak single seperti ini.
“Namun, kami belum ada perancangan untuk bergabung. In sha Allah, kita tengok dahulu keadaan. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.
“Kalau ada rezeki kami nak hasilkan single atau album dengan Izzue, kenapa tidak,” akhirinya.
Selain Ameer dan Izzue, Forteen turut dianggotai Ariz Lufias dan One.
Untuk rekod, Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan Forteen sekitar tahun 2018 ketika segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah rumah tangga yang membabitkan Pencetus Ummah Abu Sufyan dan isterinya, Ain ‘Afini Latif sering menjadi perbualan hangat di kalangan netizen di laman media sosial.
MH telah berkesempatan untuk bertemu dengan Abu untuk mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai isu rumah tangganya, semalam
Lalu, Abu atau nama sebenar Mohd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menjelaskan hubungan dia bersama Ain dan juga Hana telah bertambah baik.
“Berkaitan isu saya dengan Ain dan Hana, saya anggap kami bertiga dah ada hubungan yang baik, tak ada bergadoh, saya dengan Ain pun okey,
“Saya ingat selepas saya selesai perbicaraan, perkataan yang keluar daripada mulut abang Ain, tiada dendam antara kita, maknanya saya dan Ain ada hubungan yang baik,
“Dan keluar juga perkataan daripada mulut Ain, kami ahli keluarga dah rehda dengan segala apa yang berlaku,
“So apa yang berlaku dengan saya, Ain serta Hana mungkin satu jalan cerita yang mungkin kami bertiga untuk ambil pengajaran untuk memberikan kehidupan kami yang lebih baik sebelum ni,
Dalam pada itu, pendakwah yang berusia 25 tahun itu memohon maaf kepada semua pihak dan menghentikan segala kritikan terhadap dirinya.
“Di kesempatan ini juga, saya nak memohon maaf kepada mereka diluar sana, netizen tambahan pula di bulan yang mulia ni jadi nak memohon maaf,
“Saya harap netizen dekat luar sana berikan saya ruang untuk berubah menjadi orang yang lebih baik, doakan saya yang baik-baik, doakan bayi dalam kandungan Ain baik-baik dan juga doakan hubungan baik kami terus menjadi baik supaya tidak lagi berlaku sesuatu yang tidak baik dalam hubungan kami,
“Terima kasih atas kecaman, kritikan, hinaan yang telah diberi, saya anggap segala kecaman itu adalah nasihat untuk saya menjadi manusia yang lebih baik,
Terdahulu, Abu dan isterinya telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 15 Mei yang lalu bagi untuk menyelesaikan urusan penceraian mereka.
Rakyat Malaysia hari ini diserikan dengan kemenangan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan & M Thinaah yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Badminton Olimpik 2024.
Kemenangan itu menjadikan duo tersebut sebagai pemain beregu wanita pertama negara yang berjaya masuk peringkat separuh akhir selepas acara itu mula diperkenalkan pada Olimpik 1992.
Dalam saingan suku akhir menentang beregu Korea Selatan, Kim So Yeong dan Kong Hee Yong, Pearly Tan dan M Thinaah yang berada di kedudukan ke-13 dalam ranking dunia hanya memerlukan masa hanya 42 minit dengan straight set 21-12, 21-13.
Imbas kembali, dalam edisi Olimpik 2020, beregu Korea Selatan itu merupakan penyandang pingat gangsa dan ketika ini berada di kedudukan ke-10 ranking dunia.
Esok, Pearly Tan dan M Thinaah akan berdepan dengan beregu nombor satu dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan yang sebelum ini terlebih dahulu mengalahkan beregu Bulgarian, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva di peringkat suku akhir.
Sekiranya duo tersebut berjaya esok, mereka dalam perjuangan untuk memburu emas Olimpik pertama negara. Manakala jika gagal mereka masih lagi berjuang untuk merebut pingat gangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli mengambil keputusan untuk menutup terus gerai air balang yang diusahakan meski mendapat sambutan yang baik.
Menurut Syahmi, keputusan tersebut dibuat kerana dia bimbang gerainya itu mengganggu ruang parkir di samping beberapa faktor lain.
“Salam semua. Ni ada berita pasal kedai air balang Mi ni. Mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah parking (Mi risau terambil hak parking orang lain) dan faktor lain lagi, Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan pengarah filem Mael Totey The Movie itu menerusi Instagram.
Ulasnya lagi, andai ada rezeki, dia berhasrat untuk membuka semula gerai air balangnya itu di lokasi yang lebih selesa dan strategik selepas ini.
Malah, dia juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menyokong bisnesnya itu.
Insyaallah ada rezeki depan hari, Mi akan buka dgn kedai yg lebih besar dan selesa.
“Apapun, jangan lupa support filem kedua arahan Mi yang akan ditayangkan di Astro First pada bulan ini. Terima kasih semu yang pernah mengunjungi kedai air balang mi,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap Syahmi yang tidak mementingkan diri sendiri. Antaranya;
“Allahu tak sempat lagi nak try. Semoga dipermudahkan urusan Mi.”
“Kami respek dengan akhlak Mi.”
“Semoga terus maju jaya dalam bisnes.”
“InsyaAllah ada rezeki lain tu.”
“Rezeki tu luas. Nanti buka di tempat yang lebih besar.”
Sekadar informasi, dia memulakan perniagaan berkenaan sejak Ramadan lalu dan atas sambutan menggalakkan, Syahmi meneruskan jualan sehingga hari ini.
Meskipun baru menyambut ulang tahun ketiga, Choco Albab sudah mula ditawarkan untuk menjadi penaja rancangan hiburan utama dan berprestij di negara ini.
Pengasasnya, Said Saiful...