Mahu mengembirakan keluarga tercinta, pelakon Syafie Naswip dan adik-beradiknya telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah semi-D buat kedua orang tua.

Kongsi pelakon drama Hello Boy itu, dia dan adik-adiknya berusaha mengumpul duit selama empat tahun untuk membeli rumah berkenaan.

“Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah.

“Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini,” kongsinya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 28 tahun itu juga bersyukur kerana impiannya untuk mengembirakan ibu bapa tercapai juga pada tahun ini.

IKLAN

“Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur.

“Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum.

IKLAN

“Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, dan aku harap Allah permudahkan segalanya,” akhirinya.

View this post on Instagram

Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah… Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini. Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur, Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum. Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, Dan aku harap Allah permudahkan segalanya. More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

IKLAN

Menerusi video yang dikongsikan Syafie, ibunya menagis terharu apabila menerima kejutan sedemikian.

“Kami Adik-Beradik Kumpul Duit, Ikat Perut…,” – Muliakan Ibu Bapa, Syafie Naswip Hadiahkan Rumah Semi-D Buat Mak Ayah“Kami Adik-Beradik Kumpul Duit, Ikat Perut…,” – Muliakan Ibu Bapa, Syafie Naswip Hadiahkan Rumah Semi-D Buat Mak Ayah“Kami Adik-Beradik Kumpul Duit, Ikat Perut…,” – Muliakan Ibu Bapa, Syafie Naswip Hadiahkan Rumah Semi-D Buat Mak Ayah

Dalam perkembangan lain, Syafie dan Sharifah Aryana telah menubuhkan Bengkel Lakonan bagi mereka yang mahu terjun sebagai anak seni.

Video : Instagram Syafie Naswip

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI