Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memuji kesungguhan yang ditunjukkan rakan artis, Liza Hanim sepanjang penglibatkannya di All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Siti berkata, dia boleh melihat kerja keras yang dipamerkan penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu sekaligus menitipkan pujian menerusi Insta Stories sejurus Liza selesai membuat persembahan pada malam akhir program nyanyian berkenaan.
“Saya melihatnya daripada segi perjuangan Liza. Dalam pilihan saya, yang boleh jadi juara ialah Jaclyn, Liza Hanim dan juga Nikki Palikat. Sebab seperti yang kita tahu keputusan final bergantung pada persembahan mereka pada malam itu.
“Bagi saya ketiga-tiga mereka layak untuk menang, tetapi berbalik kepada rezeki masing-masing. Cumanya saya menulis kapsyen tersebut atas kesungguhan Liza sepanjang pertandingan.
“Daripada segi kerja keras dan all out. Tambah lagi ketika segmen duet pun dia menyanyikan lagu ‘juara’. Jadi bila dia menyanyikan lagu yang penuh cabaran itu dengan baik, saya agak Liza mampu untuk menanglah.
“Apa pun, saya percaya barisan juri ada sistem penjurian yang lebih profesional, memandangkan mereka mendengarnya dalam dewan secara langsung” katanya.
Siti berkata demikian pada Majlis Ukhwah & Apresiasi Serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan NurJiwa, di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Sementara itu, Siti juga memberikan dedikasi sama kepada Jaclyn Victor yang diangkat sebagai juara ASGV.
“Apa yang saya dengar, nyanyian Jac sangat kemas dan pada saya dia pun layak untuk diangkat sebagai juara. Kesemua peserta yang bertanding pun hebat,” katanya lagi.
Terdahulu, Liza Hanim berada di tempat keempat keseluruhan dengan markah sebanyak 72.34 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Untuk dua tahun berturut-turut, nama pelakon Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi berada senarai 100 Wajah Lelaki Paling Kacak 2023 (100 Most Handsome Faces 2023) dan 100 Wajah Wanita Paling Jelita 2023 (100 Most Beautiful Faces 2023) pilihan TC Candler.
Meerqeen, 21, berada di posisi ke-62, manakala Anna Jobling, 23, pula di tempat ke-66.
Bagi kategori lelaki, nama Meerqeen mendahului beberapa nama popular dunia seperti David Beckham yang berada di tangga ke-68 dan anggota kumpulan K-Pop BTS iaitu Jin di tangga ke-67.
Manakala Anna berada di kedudukan lebih atas berbanding aktres Hollywood, Margot Robbie yang berada di kedudukan ke-90.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mulai melonjak namanya selepas menbintangi drama episod, Melur Untuk Firdaus.
Dalam pada itu, pelakon berdarah Amerika-Perancis, Timothee Chalametdi berada di posisi pertama Wajah Lelaki Paling Kacak 2023, manakala untuk kategori wanita pula disandang penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak ada nak buat gimik, saya seorang yang realistik. Kalau nak buat bisnes, buat dengan betul dan buktikan you boleh berjaya tanpa menggunakan gimik yang pelik.”
Demikian kata jutawan minyak pati aromaterapi, Norhidawati Abdul Aziz, selepas ditanya mengenai pendiriannya mengenai hasilan konten atau gimik yang dilakukan sesetengah usahawan demi memastikan produk jualan menjadi buah mulut ramai.
Bagi Norhidawati atau lebih mesra disapa Teacher Watie, dia percaya bahawa sekiranya produk yang dijual mampu memberikan kesan baik kepada pengguna, ia sekaligus boleh memberi hasil pulangan setimpal dengan apa yang dijual.
“Sebab produk itu bagus, anda boleh menjual produk itu tanpa perlu memalukan diri atau menjatuhkan maruah sendiri. Saya nak jual produk, bukan nak ‘jual’ diri sendiri.
“Saya datang untuk berniaga bersama dengan produk dan ada ilmu. Sebab itulah anda tak nampaklah benda pelik-pelik yang saya buat. Di TikTok pun saya tidak terlalu aktif.
“Untuk saya, memang tekankan kepada aspek pendidikan, sebab saya percaya produk itu memang bagus dan tak perlu gebang lebih pun pasal produk itu. Hanya titiskan ia pada pengguna dan insyaAllah anak nampak hasilnnya.
“Jadi, kerja saya jadi lebih mudah. Lebih mudah sebabnya saya belajar mengenai produk, modaliti, gabungkan bersama dan menjadi professional healer untuk mendidik orang ramai yang perlukan bantuan saya.
“Itu lebih profesional dan orang akan lebih nampaklah. Saya suka cara begitu dan suka untuk untuk bantu orang ramai dengan ilmu dan produk yang saya ada. Pada saya cara itu lebih berkesan dan sustainable,” katanya.
Terdahulu, Norhidawati pernah melakar sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama dunia dinobatkan sebagai Royal Crown Diamond Young Living.
Malah, usahawanita yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan minyak pati aromaterapi itu juga sentiasa optimis untuk terus membantu golongan yang memerlukan terutamanya wanita.
Norhidawati juga mahu mendidik masyarakat untuk memahami dan menggunakan minyak pati aromaterapi dengan cara yang betul.
“Alhamdulillah, pengiktirafan yang diberikan itu sedikit sebanyak membuka mata dunia bahawa wanita Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan individu hebat lain.
“Niat saya untuk terus membimbing usahawan di Malaysia terutamanya golongan wanita agar terus bangkit dan memajukan diri. Tidak kira dari apa juga latar belakang.
“Selepas pandemik Covid-19, diakui ramai yang bergelut dengan isu kesihatan mental dan emosi.
“Jadi, kumpulan sokongan menerusi OilyLicious Healthcare Sdn. Bhd. inilah yang banyak menyokong satu sama lain dan membantu masyarakat untuk menggunakan manfaat minyak pati aromaterapi dengan betul agar mencapai tahap kesihatan terbaik,” katanya.
Sehubungan itu, syarikat milik Norhidawati mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan menjalankan beberapa ‘roadshow’ di seluruh negara bagi memberi sokongan kepada usahawan-usahawan tersebut.
Program sokongan yang dilakukan ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi membantu lebih ramai lagi usahawan di seluruh Malaysia.
Norhidawati juga ada cara tersendiri untuk menghargai usahawan menerusi majlis apresiasi yang menghimpunkan lebih 100 usahawan hebat seluruh Malaysia.
“Hampir 90% usahawan di bawah bimbingan kami adalah wanita yang tekad mahu meningkatkan taraf ekonomi dan juga menjalani gaya hidup sihat melalui terapi minyak pati aromaterapi.
“Sebagai pemimpin dan individu yang telah mencipta nama dan kejayaan dalam bidang ini, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka seikhlas hati bagi memastikan impian mereka tercapai.
“Saya akui mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti setiap kelas serta program yang saya sediakan. Justeru majlis penghargaan ini saya khaskan bagi meraikan mereka,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.