Pelakon popular, Kamal Adli mengakui berkecil hati dengan kenyataan yang dibuat oleh pengarah filem Malay Regiment, Datuk Jurey Latiff Rosli.

Bahkan, selebriti berusia 31 tahun ini menyifatkan kenyataan yang dibuat terlalu ‘keras’.

“Saya bukan pelakon utama filem berkenaan. Saya rasa kalau orang tengok filem itu pun, mereka akan tahu saya bukanlah pelakon utama. Gambar saya pun tiada dalam poster filem.

“Tapi, apabila nama saya disebut, saya sangat terasa. Semua orang bertanya pada saya, kenapa saya buat macam tu?.

“Pada saya, kata-katanya sangat kasar,” katanya pada Media Hiburan.

Kamal Adli kecil hati?

Pada masa sama, Kamal mengakui sudah menjelaskan keadaan sebenar kepada produksi, sebelum itu.

“Saya dah pun jelaskan pada produksi sekiranya saya free, saya akan datang. Saya ada bukti pasal ini.

“Lagipun, saya sedang sibuk dengan shooting drama Duda Pujaan Dara bahkan sampai hari ini saya masih lagi terkejar-kejar,” katanya.

Kamal Adli kecil hati?

IKLAN

Sebelum ini, Jurey meluahkan rasa kecewa apabila beberapa pelakon utama Malay Regiment tidak hadir pada majlis perasmian filem itu, baru-baru ini.

 

Tambahan pula, perasmian filem itu dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

IKLAN

Mengakui terkejut, bintang filem Kembar Siang ini bagaimanapun mengambil tindakan untuk berdiam diri.

“Saya tak ada call Jurey untuk bertanya. Lagipun, isu tu dah keluar di media dan semua orang dah tahu.

“Saya cuma rasa tak ‘sedap’ kerana nama saya disebut. Saya buat kerja itu dengan ikhlas untuk Jurey.

“Jurey panggil saya berlakon, ibarat guest artist dan saya ikhlas melakukannya. Tapi, saya tak tahu pula dia akan cakap macam itu,” katanya.

Kamal Adli kecil hati?

Enggan lagi mengeruhkan keadaan, Kamal bagaimanapun meminta maaf jika pihaknya bersalah.

IKLAN

“Saya tak ada apa-apa isu dengan Jurey dan saya juga tak ada masalah untuk bekerjasama dengan dia lagi.

“Tapi, untuk part saya, sekiranya saya bersalah, saya minta maaf.

“Walaupun saya tak dapat hadir pada malam perasmian, saya tetap mempromosikan filem itu,” katanya.

Selain Kamal, Malay Regiment turut dibintangi oleh Yus Waisar, Nad Zainal, Z.Zamri, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan lain-lain.

Dalam perkembangan lain, Kamal akan tampil dengan filem romantik, Kolestrol VS Cinta bergandingan dengan Tiz Zaqyah di pawagam bermula 14 September ini.

 

TEKS : Ayu Zainal, Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI