“Tak ada lagi orang yang akan ‘bising’. Sebab kalau raya dia yang akan kecoh-kecoh.” Itu luahan penyanyi, Ayu Damit apabila pertama bakal menyambut 1 Syawal tahun ini tanpa bapa, Damit Osiri.
Allahyarham Damit,72, meninggal dunia pada 2 Julai tahun lalu akibat kanser otak.
Menurut Ayu, 32, dia juga tidak berpeluang berpuasa bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kalau nak hubungi pun dah tak ada. Syukur, harapkan ada mak sajalah. Tak berkesempatan nak sambut ibadah puasa dengan arwah sebelum ini sebab PKP.
“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.
Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menambah, Allahyarham bapa sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.
“Banyak yang dia siapkan, misalnya pasang lampu raya dan sebagainya. Tapi saya tak boleh balik. Agak sedihlah sebab ketika itu pun dia sudah sakit.
Ads
“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu cakap… Kan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang. Itulah alasan yang diberikan kepada arwah. Rasa ralat,” katanya lagi.
Ayu ditemui pada Majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media, pada Selasa yang bertemakan ‘Balik Kampung’.
Menu bufet Ramadan di hotel berkenaan bermula pada 4 hingga 30 April 2022 menawarkan harga RM118 seorang.
Ads
Ditanya apa yang dirindui setiap kali menyambut raya bersama Allahyarham, Ayu menjelaskan bapanya tidak cerewet.
“Dia tak banyak kerenah. Paling tidak pun hanya minta belikan baju raya saja. Jadi setiap tahun memang kami akan beli baju raya. Kalau tak sempat, saya akan kirim.
“Kali terakhir, saya terpaksa pos baju raya untuknya. Warna biru. Arwah memang inginkan warna tema tersebut. Tapi tak boleh nak balik gara-gara pandemik Covid-19.
“Memang rasa rindu. Tiap kali tiba puasa, dia akan hubungi saya untuk tanya mengenai baju raya. Kali ini, sudah tak ada orang untuk bertanya. Yang tanya sekarang hanya mak lah. Rasa tidak lengkap,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu pada majlis sama, turut diperkenalkan ialah produk terbaru Pes Masakan Hotel Tenera yang terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis.
Sepanjang Ramadan, pihak mereka turut menawarkan potongan 10 peratus dari harga asal iaitu RM35 untuk setiap pembelian pes kombo.
Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej ‘Ramadan Stay And Dine’ yang meliputi penginapan bilik berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman telah bebas Covid-19 dan kini sudah pulang ke rumah.
Rebecca menerusi Instagram memaklumkan, suaminyaitu kian beransur pulih dan perlu lebih banyak berehat dan bertenang.
“Salam Idul Adha Everyone. Pertama sekali mummy ingin Ucapkan Syukur Kpd Allah SWT Dgn Limpah Rahmat dan Kasih SayangNYA. SuamiKu SyurgaKu Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga.
“#alhamdulillah syukur teramat sgt, #DoaKuDiDengariAllah, #DoaSangIsteri. Terima kasih Buat Semua Keluarga, Teman teman, Kenalan Dan
Juga Semua Followers mummy Yg tidak Putus2 Sama sama BERDOA utk Suami Mummy serta Kami sekeluarga,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut merakamkan upacan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka seisi keluarga selain para petugas barisan hadapan yang komited di dalam menjalankan tugas.
“Terima Kasih,Hanya Allah SWT sahaja Yg dapat Membalas Segala DOA Dari anda buat Kami Sekeluarga. Dan terima kasih Buat anda Yg tidak Putus putus menghantar segala macam makanan, Ubat, Bunga dan Hadiah Di Depan Rumah Kami. Saya TerHaru.
“Terima Kasih Utk Semua Kasih Sayang dan Ambil Berat Utk Mummy suami serta Anak anak semua. Alhamdulillah, This Is My Darling en suami Yg dah BerAnsur Sihat.
“Cuma Cepat Penat,Tak Boleh Byk cakap And tak Boleh dan tak DiIzinkan Buat apa2 dulu. Doc cakap harus berehat tenang.
“Tidak Lupa juga. Thank you utk semua frontliners
And All DOCTOR Yg terlibat dalam Memastikan Suami dan MummyBecca Sekeluarga SIHAT,” kongsinya lagi.
Becca turut mengucapkan Selamat Hari Raya Korban dan mendoakan agar wabak berbahaya ini diangkat olehNya.
“Selamat Hari Raya Idul Adha semua. Byk Yg telah Di Korbankan Utk Tahun Ini. Semoga SemuaNya Di Balas Dgn Yg Baik baik buat kita semua. Semoga Penyakit Ini Di Angkat Ke Langit Atas Dgn SecepatNya,” tulisnya.
Sebelum ini, Rebecca memberitahu dia bersama tujuh anggota sekeluarga serta tiga pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan dan suaminya dilaporkan kritikal iaitu berada di tahap empat.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus menyelamatkan Arja Lee.
Penyanyi itu bersama para penarinya,The Pirates menjadi peserta yang mendapat markah terendah dengan jumlah 78.47 peratus.
Shiha Zikir buat pertama kalinya turut menduduki tiga tangga terbawah dan hampir tersingkir apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan jumlah markah 97.87 peratus.
Menurut juri tetap, Datuk Rizalman, momentum Shiha bersama Team Squad menerusi lagu Asereje tiada perkembangan dan statik menyebabkan mereka berada di tangga tiga terbawah.
Chubb-E terus menguasai carta apabila menduduki tangga pertama dengan keseluruhan markah 108.97 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.