Pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak memaklumkan dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan motosikal baru-baru ini.

Menurut Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, kemalangan tersebut berlaku ketika dia ingin mengambil kereta untuk membawa keluarganya keluar ke pusat membeli belah, Times Square.

Jelasnya lagi, insiden tersebut telah menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya cedera dan mengalami luka.

“Kalau Tiada Nyawa Pun Saya Sanggup,” – Rahsiakan Kemalangan, Man Raja Lawak Tetap Bawa Famili Keluar Meski Luka Cedera

“Kalau Tiada Nyawa Pun Saya Sanggup,” – Rahsiakan Kemalangan, Man Raja Lawak Tetap Bawa Famili Keluar Meski Luka Cedera

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)

“Saya kemalangan. Lepas tu adalah luka sikit. Dekat siku yang pedih sikit tapi pasal kita dah janji dengan isteri dan anak nak ambil kereta dan bawa mereka keluar jalan-jalan ke Times Square, saya turutkan sahaja,” katanya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh juara program, Raja Lawak musim ke-5 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata itu turut memberi tahu, pada awalnya dia merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan keluarganya kerana tidak mahu menghampakan perasaan mereka yang sudah pun bersiap sedia untuk keluar.

IKLAN

“Kalau Tiada Nyawa Pun Saya Sanggup,” – Rahsiakan Kemalangan, Man Raja Lawak Tetap Bawa Famili Keluar Meski Luka Cedera “Kalau Tiada Nyawa Pun Saya Sanggup,” – Rahsiakan Kemalangan, Man Raja Lawak Tetap Bawa Famili Keluar Meski Luka Cedera

Katanya lagi, dia juga sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk menggembirakan keluarganya.

“Kena tunaikan janji dan penuhkan impian mereka. Kalau saya tiada nyawa pun saya sanggup buat apa sahaja untuk diorang.

“Semua bahan bukti kena buang. Kena tukar pakai baju kemeja. Saya cuma nak mereka happy sampai saya tutup mata,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Man dan keluarganya akan terus bahagia sampai bila-bila.

IKLAN

“ALLAH, semoga cepat sembuh dan di permudahkan urusan Man and famili.

“Tapi luka kena rawat cepat-cepat. Nanti infection melarat pula.

“Tak kuat nak tengok video hang Man.

“Allah bang. Kuatnya bang. Terbaik bang.

IKLAN

“Hati-hati bro. Moga sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Kalau Tiada Nyawa Pun Saya Sanggup,” – Rahsiakan Kemalangan, Man Raja Lawak Tetap Bawa Famili Keluar Meski Luka Cedera

Menerusi posting berasingan, Man telah berkongsi sebuah video yang memaparkan reaksi keluarga saat dia memberitahu mengenai insiden kemalangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)

“Lepas sampai Times Square baru cerita dekat diorang jatuh motor masa nak pergi ambil kereta. Nasib baik abang dah ajar awal-awal kat diorang apa jua keadaan dan dugaan yang datang kita kena cool and steady,” ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 30,000 jumlah tontonan di laman Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Man Raja Lawak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI