“Kalau Tak Jadi Pelakon dan Hos, Dah Jadi Peguam,” – Wow! Uyaina Arshad Kongsi Raih CGPA 3.95

Share

Memuat naik keputusan akhir sewaktu menjalani Asasi Undang-Undang sewaktu di UiTM dengan CGPA 3.95, hos dan pelakon Uyaina Arshad memaklumkan, sekiranya dia tidak menjadi selebriti, pasti kini bergelar peguam.

Walau bagaimanapun jelasnya, apa yang penting seseorang harus ikhlas dengan jalan sahaja kerjaya yang dipilih.

“Once upon a time. Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer.

“Siapa dekat sini yang belajar bidang lain, lepas tu kerja bidang lain? Kita geng! 

“Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas!” tulisnya lagi.

Sementara itu, netizen di ruangan komen cukup mengagumi kepintaran pengacara ini dan meninggalkan pelbagai reaksi.

Beauty with brain, cantik dan pada masa sama bijak. Tak hairanlah kalau Uyaina kini juga sedang cipta nama di negara jiran kan?

Foto : Instagram Uyaina Arshad

IKLAN