Meskipun sudah menempa nama di Hollywood menerusi filem blockbuster seperti John Wick: Chapter 3 dan Star Wars: The Force Awakens, pelakon Indonesia, Yayan Ruhian mendedahkan dia tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon meskipun mereka tidak mempunyai asas dalam melakonkan babak-babak aksi.
Menurut Yayan, kejayaan sesebuah filem itu bukan bergantung kepada individu tetapi kerjasama di antara barisan pelakon untuk mengikut kehendak pengarah.
“Pada pendapat saya, kehebatan sesebuah filem itu terhasil bukan kerana individu itu terkenal atau handal didalam sesuatu hal tetapi ia terjadi kerana kerjasama. Dalam adegan pertempuran, kita tidak berlawan berseorangan.
“Kalau saya berlawan dengan sesiapa pun, sama ada dengan mereka yang mahir dalam seni bela diri atau yang tiada asas langsung, saya tetap kena ikutkan senario yang telah ditetapkan oleh pengarah.
“Siapa yang kalah atau menang, diserang atau menyerang, itu semua sudah ditetapkan. Jadi, di dalam sesebuah filem itu, kita kena percaya dengan sesiapa sahaja yang bekerja dengan kita saat itu,” katanya kepada MH.
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Satria Dewa: Gatotkaca yang berlangsung di Sunway, Pyramid, Petaling Jaya pada Isnin.
Ads
Katanya lagi, dia juga akan menuruti segala kemahuan pengarah dan mengikuti koreografi yang telah ditetapkan.
“Walaupun saya sudah berpengalaman dalam seni bela diri dan harus bergandingan dengan palakon baru yang langsung tiada asas dalam filem aksi, saya tidak akan sesuka hati mengajarnya.
“Pengarah sudah pun menyedia tenaga pengajar yang lebih berhak memberikan tunjuk ajar. Mereka adalah daripada team koreografi. Saya juga harus patuh dengan ajaran mereka.
“Saya tak boleh bergerak sendiri. Saya harus bergandingan dengan pasangan saya selama saya menjayakan sesebuah babak aksi itu.
Ads
“Jadi, yang bagus itu bukan saya. Yang bagus itu adalah babak aksi atau filem itu sendiri. Kalau kami tak boleh bekerjasama, yang bagus itu tak mungkin terjadi. Sesebuah filem aksi itu bagus bukan kerana adanya Yayan atau Cecep tetapi kerana kerjasama semua pihak.
Ketika ditanya adakah emosinya akan berubah jika gandingaannya itu tidak cekap ketika melakonkan babak aksi, Yayan memberitahu, sifat seperti itu tidak seharusnya ada di dalam diri seorang pelakon.
“Janganlah bersikap begitu. Itulah pentingnya kita membuat persiapan dan mengadakan workshop sebelum memulakan penggambaran. Jadi, kita sudah saling memahami di antara satu sama lain.
Ads
“Berapa peratus kelajuan kita untuk sesuatu babak aksi itu, kita sendiri yang tahu melalui latihan bersama. Ketika penggambaran pula, trick kamera juga digunakapai. Jadi, yang paling penting adalah kerjasama.
“Saya tidak pentingkan dengan siapa saya bekerja tetapi lebih kepada bagaimana saya harus bekerja. Alhamdulillah, selama ini saya boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja baik di Indonesia atau luar negara,” akhirinya.
Terdahulu, Satria Dewa: Gatotkaca merupakan sebuah filem adiwira Indonesia yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Ogos ini.
Selain Yayan, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat negara seberang seperti Rizqy Nazar, Yasmin Napper dan Cecep Arif Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Yayan Ruhian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa sekali lagi menganjurkan majlis ilmu dan kali ini ia khas buat rakan selebriti yang dibawakan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa.
Khusus untuk golongan wanita, majlis Hijrah Cinta Bersama Rakan Selebriti itu dilangsungkan di sebuah premis acara di Damansara, Selangor pada Jumaat.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi foto serta video sekitar majlis menerusi Insta Stories.
Menerusi salah satu status yang dikongsikan, Neelofa mengakui ramai lagi rakan selebriti yang mahu ikut serta dan sesi sama dirancang bakal dilakukan tidak lama lagi.
“Majlis Ilmu yang diadakan khas buat rakan-rakan artis, yang dahagakan ilmu agama dengan izin Allah, alhamdulillah syukur. Ramai lagi rakan artis yang ingin hadir, insyaAllah event yang akan datang,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, antara rakan artis yang terlihat berada di majlis berkenaan ialah Jasmine Suraya, Ika Nabella, Amyra Rosli, Lufya, Kaka Azraff, Shima Anuar dan ramai lagi.
Zulin Aziz yang turut hadir ada menitipkan ucapan terima kasihnya atas jemputan.
“Terima kasih Neelofa atas jemputan. Bertuah dapat join majlis ilmu. MasyaAllah,” tulisnya.
Sebelum ini, Neelofa yang sinonim dengan sesi perkongsian ilmu itu turut menganjurkan majlis seumpamanya pada pertengahan Julai lalu yang diadakan di kediaman bapa mentuanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Johan Ariff As’ari mendedahkan pelakon utama filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra telah bermurah hati menaja penuh keberadaannya di Indonesia bersempena dengan Mala Gala filem berkenaan baru-baru ini.
Memuat naik sepotong video keberangkatan mereka di sana, Johan berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya.
”Jazakallahukhair @cbipictures indonesia, kang @yayanruhian dan @finasmalaysia menjemput saya dan terutamanya akhi @adpadiputra ke Gala Premier Filem Mat Kilau di Jakarta. Syukur,rezeki.
“Terima kasih abang Kilau kerana menaja segala perbelanjaan dari perjalanan, penginapan hingga lah kepada makan dan minum Yassin,” tulis Johan pada ruangan kapsyen.
Pelakon Raja Ilya berkongsi pandangan skeptikal sebelum ini bahawa memiliki cahaya mata hanya akan mengganggu rutin harian.
Bagaimanapun, pandangan tersebut mulai berubah apabila sudah bergelar ibu, seterusnya menikmati sendiri pengalaman membesarkan anak.
“Bila bujang selalu fikir ada anak ni menyusahkan, susah kan hidup sendiri, susah kan badan nak mengandung, nak kene jaga figure, nanti anak buat hal bikin sakit kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal and kacau tido and so on.
“Tapi bila dah ada anak baru rasa semua tu salah, how joyful they are. Walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah tapi something about having a child, semua rasa macam ‘it’s okay,I’m fine’,” tulisnya di Instagram.
Ilyah atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad turut berkongsi perkembangan terkini anak sulung, Talita Love.
“Now dia tengah go through period PURPLE CRYING, and for those mothers you guys know how it’s feel kan. But stil I feel “it’s okay,I’m fine”.
“She such a delightful baby and I’m blessed to have her and thank you baby @talitalovegarrett for coming into our life and adding more lights and laughter. We love you,” tulisnya lagi.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.