Pelakon Lana Nodin, 44, menempelak sikap pelakon baharu yang didakwa tidak fokus ketika berada di set penggambaran dengan hanya sibuk dengan media sosial yang hanya akan menyusahkan ramai pihak.
Lana atau Mazlina Hassan Nodin berkata, dia sendiri boleh naik angin sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Saya nak beritahu perkara ini kepada ‘budak-budak baru nak up’ (bbnu) yang baru nak berlakon.
“Kalau korang sibuk bermain telefon, bermain tiktok, bermain sosial media dekat set sampai tak hafal dialog, bukan skrip je aku baling, kerusi pun boleh melayang,” sinis Lana.
Malah Lana turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai pelakon sebelum ini yang pernah disimbah air sejuk gara-gara tidak hafal skrip.
Ads
Perkara tersebut diluahkan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Lana juga menegaskan bahawa pelakon harus bersikap profesional dan sentiasa bersiap sedia kerana tanggungjawab mereka turut memberi kesan kepada rakan pelakon serta kru produksi.
Ads
“Zaman saya dulu, bukan skrip sahaja dibaling, mandi air batu pun kena jika tidak menghafal skrip.
Ads
“Menyusahkan orang bila tidak membuat persediaan dialog di set penggambaran,” kongsinya.
Sindirnya lagi, pelakon BBNU ini boleh mencari golongan kaya untuk dijadikan pasangan agar tidak perlu susah payah berlakon.
“Baik duduk rumah sahaja, cari orang kaya untuk jaga awak dan tak perlu berlakon,” luahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil memberikan reaksi berhubung pandangan segelintik pihak yang mendakwa raut wajahnya kelihatan seperti transgender.
Menurut Zarina, dia ‘okay’ dengan keadaan wajahnya, apatah lagi ia memberi rezeki dalam kerjayanya ketika ini.
“Ada orang cakap muka saya macam pondan. Bro, kalau muka ni macam pondan, dapat banyak job dan dapat banyak laki tabur duit kat aku.
“Aku lagi nak settle for muka pondan ni dari muka basic kau,” luah pelakon filem Zim Zim Ala Kazim itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.
Setiap manusia mempunyai kecantikan pada ciri-ciri muka mereka yang tersendiri. Ada yang terlihat manis apabila tersenyum dan ada juga yang ‘masam’ muka pun comel sahaja bila dilihat.
Tapi kecantikan yang dimiliki pasti akan ada iras sedikit bersama orang yang mungkin di sekeliling mahupun jauh. Baru-baru ini pula, penyanyi Iman Troye dikatakan iras-iras dengan Datuk Seri Vida.
Masih baru dalam industri muzik tanah air, penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabuddin dikatakan mempunyai iras-iras wajahnya bersama usahawan terkenal, Daruk Seri Vida.
Gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi itu mendapat perhatian ramai oleh warganet apabila ada yang menyamakannya bersama Datuk Seri Vida. Kata mereka lagi ada mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kedua selebriti itu sama!
“Happy new year sayang! dah lama iman tak pakai bawal, cantik tak? anyways, holiday elok elok tau semua, nanti apa apa update iman kat dms okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Seiras Datuk Seri Vida…congrats,
“Sekali tengok macam Dato muda versi muda,
“Tahniah Iman, bukan senang nak cari muka yang sama macam Datuk Seri Vida ini. Rare.” itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.
Iman Troye juga tetap manis dan kelihatan sangat anggun mengenakan tudung bawal dan baju berwarna lembut di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang turut memujinya kerana kelihatan ‘simple’ namun comel sekali!
“Allahu cantiknya, bila lah aku nak cantik macam iman ni…
“Happy new year pretty Iman, hope you can achieve a lot and gain happiness as well with good memories for you!” pujian yang diberikan kepada Iman Troye.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kilauan Emas 2024 (KE2024) final malam tadi melakar sejarah tersendiri apabila Gie Hamid, diumumkan sebagai peserta wanita pertama merangkul gelaran juara, selepas enam musim penganjurannya.
Persembahan konsisten Gie atau nama sebenarnya, Roziah Abdul Hamid, meletakkan peserta berusia 48 tahun ini di kedudukan teratas dalam kalangan lima peserta saingan dengan markah sebanyak 80.08%.
Menerusi kemenangan tersebut, peserta asal Mersing, Johor itu berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej umrah sumbangan Khadim Ummah Holidays dan pakej penginapan percutian sumbangan Avillion Port Dickson
Gie turut meraih Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
Sementara Sidi sebagai Naib Juara KE2024 dengan markah 70.74% dan diikuti Ina dengan 65.99% yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Tempat ke empat hingga ke enam pula masing-masing menjadi milik Sue (65.00%), Wan (64.39%) dan Ron (51.68%).
Gie Tak Sangka, Anggap Sidi Saingan Kuat
Berkongsi mengenai kemenangannya, Gie akui terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kerana menyifatkan Sidi sudah memberi saingan yang cukup kuat.
“Memang saya tidak sangka, tapi itulah dikatakan rezeki tak salah alamat. Walau terima komen positif para juri, saya memang tak letak harapan tinggi untuk menang.
“Saya sebenarnya ingatkan Sidi yang bakal jadi juara sebab persembahannya pun tak kurang hebat dan konsisten.
“Malah ketika hanya tinggal kami berdua di atas podium, Sidi teka saya yang akan menang, waktu itu pun saya masih tak letak harapan.
“Bagi saya, yang penting nak selesaikan persembahan dengan baik saja. Selebihnya saya reda, berserah pada rezeki. Terima kasih kepada semua atas sokongan ini,” katanya.
Hattan Harap ‘Kemilau Emas’ Peserta Tak Terus Pudar
Datuk Hattan selalu juri KE2024 berharap agar barisan peserta tahun ini meneruskan minat masing-masing dalam dunia nyanyian, meski program ini sudah melabuhkan tirai.
“Harapkan perjuangan mereka tidak habis di sini, lama-kelamaan peminat pun melupakan. Kalau boleh, tak mahu begitu.
“Mereka termasuk pihak produksi sama-sama beri ruang dalam terus menonjolkan bakat. Misalnya menerusi penampilan di dalam program tertentu, persembahan pentas dan sebagainya.
“Sebab platform KE2024 sudah pun menonjolkan kebolehan mereka dan saya percaya permintaan terhadap penyanyi dalam usia ‘emas’ ini masih lagi ada,” katanya.
‘Masuk’ Dengan Arus Semasa, Guna Kelebihan Medsos
Dalam pada itu, juri jemputan KE2024 final, Edry Abdul Halim pula percaya mereka akan terus mampu menjadi perhatian sekiranya bijak menggunakan kelebihan media sosial.
“Saya ambil contoh Datuk Hattan sendiri, beliau tahu audiensnya bagaimana. Jadi kena pandai untuk dekatkan diri kita dengan kelompok audiens semasa.
“Lanskap KE2024 sudah berbeza dengan musim yang terdahulu. Sekarang kita ada sosial media, boleh ‘direct’ kepada peminat. Macam contoh, TikTok sebagai antara platform media yang cukup aktif.
“Jadikan diri anda ‘available’ sebab sekarang, ia tidak hanya terhad kepada pengguna muda remaja saja. Malah kalau aktif tonjolkan bakat di situ secara tak langsung boleh juga kumpul peminat baharu dan tambah pendapatan ekstra.
“Rajin-rajinlah berinteraksi dengan peminat di media sosial. Itu amat penting pada zaman sekarang. Pada saya, tak boleh ada mentaliti untuk tunggu produksi buat segala-galanya untuk kita.
“Kena pandai ‘marketkan’ diri, kerana mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya ada nilai yang mungkin penyanyi di luar sana tidak ada. Perlu tahu apa kelebihan masing-masing,” katanya.
Malam kemuncak KE2024 telah dinilai oleh juri tetap, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala Edry Abdul Halim sekali lagi bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein dan Joey Daudini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), On Demand serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.