Ketika menghadiri sesebuah konsert mahupun persembahan secara langsung, perkara yang paling para penonton dambakan adalah untuk mendengar sendiri lontaran suara dan kualiti nyanyian daripada penyanyi kegemaran mereka.

Manakala, salah satu cara untuk berinteraksi bersama penonton pula, para penyanyi biasanya dilihat akan menghulurkan mikrofon untuk mengambil peluang menyanyi bersama peminat.

Bagaimanapun, trend seperti ini nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir peminat yang merasakan ia merupakan salah satu cara buat penyanyi untuk cuba ‘mengelat’.

“Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’s “Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’s “Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’s

Bercakap mengenai trend tersebut, vokalis kumpulan U.K’s, Amir merasakan tindakan tersebut bukanlah satu kesalahan namun, ia tidak boleh dilakukan secara kerap.

Malah, dia juga turut berpandangan para penyanyi tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan bahagian ‘chorus’ karana itulah yang paling dinanti-nantikan oleh peminat.

IKLAN

“Sebenarnya penyanyi itu boleh sahaja nak hulur mic kepada penonton tetapi jangan terlalu lama. Kalau dah sampai satu verse, saya rasa itu tak boleh la. Satu atau dua baris dah memadai.

“Apapun, yang paling penting sekali, bahagian ‘chorus’ mesti penyanyi itu sendiri yang menyanyi. Tak boleh pass kepada penonton,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, penyanyi lagu, Zikir Kasih ini turut merasakan sekiranya seseorang penyanyi itu kerap menghulurkan mikrofon kepada penontonn, ia secara tidak langsung akan mendedahkan kemampuan sebenar penyanyi itu sendiri.

“Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’s “Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’s “Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’s

IKLAN

“Tidak adil kalau kita nak katakan trend seperti ini merupakan helah para penyanyi tetapi mereka sebenarnya ingin merasai aura daripada para penonton untuk menaikkan semangat mereka ketika membuat persembahan.

“Bila mereka dengar para penonton bersemangat, mereka juga bertambah yakin. Tetapi bahagian yang penting jangan kita tinggalkan. Saya sendiri pernah buat tapi saya tak amalkan terlalu lama.

“Teknik seperti ini penyanyi-penyanyi barat pun buat tapi tidak ketara. Kalau selalu sangat hulur mic untuk penonton menyanyi, baik suruh je penonton yang nyanyi sampai habis. Jangan setiap lagu kita buat begitu.

“Di sini juga kita dapat menilai penyanyi tersebut. Itu bermakna mereka takutlah nak menyanyikan bahagian chorus,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’s

“Kalau Selalu Sangat, Baik Suruh Penonton Je Nyanyi,” – Amir U.K’sDalam perkembangan lain, U.K’s bakal mengadakan konsert pada 17 dan 18 Jun ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert ini juga bakal memberi penghormatan buat komposer terkenal, Saari Amri yang banyak menaikkan nama U.K’s menerusi karya-karya agungnya yang malar segar hingga ke hari ini.

Tiket konsert ini juga telah pun mula dijual bermula pada harga RM111, RM333, RM555, RM777 dan RM999.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI