Penggunaan golongan artis dan pempengaruh menjadi nilai tambah buat Sardin Viral pek kantung atau ‘pouches’ pertama seumpamanya di Malaysia menjadi bualan seterusnya pilihan ramai pengguna.

Trend pembelian pek sardin itu termasuk pek kantung kari ayam itu didorong oleh sifat produk dalam bungkusan yang  jangka hayat bertahan selama dua tahun dan menyenangkan.

Hanya ‘koyak dan makan’, Sardin Viral dan kari ayam sedia dimakan terus atau boleh dipanaskan terlebih dahulu sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur.

“Cara memasak sambil bercerita dan menyediakan resipi istimewa membabitkan golongan artis antaranya seperti Sheila Rusly, Izreen Azminda, Sharifah Shahira dan juga isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mengundang tarikan untuk ramai mendapatkan produk kami,” Menurut Eksekutif Jualannya, Lokman Hakim Mohamad Rosli.

Diusahakan oleh D’Era Pouch Industries Sdn Bhd, jenama ini menggunakan teknik baharu dalam penyediaan produk iaitu teknologi retort atau pensterilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.

“Teknologi retort mungkin baharu di negara, tetapi ia sudah lama digunakan tentera Amerika Syarikat dalam medan pertempuran sejak 1950-an.

“Berbanding penggunaan tin yang cenderung membuatkan ikan sardin itu masih berbau hanyir dan mempunyai aroma tin, pek kantung pula melawan arus dan sangat praktikal untuk mereka yang mahu menjimatkan masa, berkerjaya atau golongan pelajar. Tentunya ia dijamin halal,” katanya lagi.

IKLAN

Selain sardin viral dan kari ayam yang menjadi produk laku keras, dua lagi rangkaian makanan iaitu Baked Beans dan Tomato Puree turut dihasilkan. Malah, ia turut diterbitkan dalam pek kantung mini.

“Kita menjaga kebersihan termasuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap ikan dan sumber makanan lain digunakan. Di Nilai 3 misalnya, kami juga miliki kilang pemprosesan dengan melebihi 100 orang pekerja.

“Teknologi retort sendiri menggunakan kaedah pembungkusan makanan dicipta dengan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan berlamina fleksibel.

“Teknologi berkenaan membenarkan pensterilan makanan dihasilkan. Malah semua makanan dihasilkan perlu juga melalui mesin pengesan logam magnetik untuk mengimbas  makanan supaya tidak mengandungi bahan bendasing seperti serbuk besi,” katanya.

IKLAN

Setakat ini saja, 8000 karton sardin dan 2000 karton kari ayam dihasilkan bagi memenuhi permintaan semasa.

“Cara Artis Masak Sambil Bercerita Undang Tarikan,” – Tersedia Dalam Pek Kantung, Rasa Sedap Sardin Viral ‘Pukau’ Ramai Orang! “Cara Artis Masak Sambil Bercerita Undang Tarikan,” – Tersedia Dalam Pek Kantung, Rasa Sedap Sardin Viral ‘Pukau’ Ramai Orang! “Cara Artis Masak Sambil Bercerita Undang Tarikan,” – Tersedia Dalam Pek Kantung, Rasa Sedap Sardin Viral ‘Pukau’ Ramai Orang!

“Kita sasarkan jumlah karton itu boleh bertambah dari semasa ke semasa. Sardin viral sendiri boleh dihasilkan lebih 100,500 karton hingga hujung tahun ini. Manakala kari ayam boleh mencecah 7,000 karton.

IKLAN

“Kami sasarkan hasil jualan tahun ini dengan mempertaruhkan rangkaian produk yang ada boleh mencecah RM12.6 juta,” katanya.

Produk jenama ini mengambil masa hampir setahun untuk melalui proses penyelidikan dan pembangunan (RnD) iaitu pada 2013.

“Kita mempunyai lebih 12 orang yang mengawal pusat pengedaran di sebelah Utara seperti Taiping dan Juru selain Kuala Terengganu. Manakala ejen pula seramai 53 orang di serata negeri.

“Selain itu kita juga menjual produk di 133 pasar raya besar dan 527 pasar raya di seluruh negara. Kita juga mempunyai 42 billboard sebagai promosi di laluan lebuh raya terpilih,” katanya.

Produk 100 peratus milik bumiputera ini boleh didapati di pasaraya terpilih atau layari akaun sosial media mereka untuk maklumat lanjut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI