Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan spekulasi mengenai dirinya yang kini didakwa sedang hamil cahaya mata kedua seperti didakwa netizen di media sosial sosial.
Neelofa, 34, sebaliknya memberitahu, dia lebih selesa untuk membiarkan perubahan fizikal untuk menjawab segala persoalan mengenai kehamilannya.
“Perkara yang belum pasti, bagi saya tak payah kita hebah-hebahkan lagi. Sama macam perkahwinan dan kelahiran. Kita layan saja apa saja komen orangdan hargainya.
“Kalau saya hamil sekali pun, bila dah nampak perut sudah besar tu, maksudnya Insya-Allah (hamil). Tapi just go with the flow. Kalau hamil anak kedua, ketiga ke atau seterusnya ini juga pendirian saya,” katanya kepada MH.
Ads
Neelofa ditemui ketika menghadiri kursus umrah bersama Omrah Travel yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ahad di samping suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.
Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail turut menyokong kenyataan isterinya seterusnya mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.
“Doa yang baik-baik, kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, mereka akan lebih faham. Bukan nak menafikan atau mengesahkan. Sebab kita apa-apa pun, yang berlaku, kita minta yang terjadi itu yang terbaik,” ujar Haris.
Ads
Terdahulu, Neelofa dikatakan hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya (baby bump), menjadi tular di laman sosial.
Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Neelofa turut dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, baru-baru ini.
Ads
Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Bagi membantu institusi kebajikan dan golongan asnaf yang memerlukan, Pertubuhan Majlis Kebudayaan dan Warisan Nusantara (MKWN) akan menganjurkan Pesta Citarasa Sambal di Jakarta, Indonesia pada 17, 18, dan 19 Ogos depan.
MKWN bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) serta Persatuan Seni Warisan Digital Malaysia (SWA TV) bagi tujuan tersebut yang turut melibatkan selebriti seperti Ayu Damit.
Pengerusi PGDM, Datin Seri Harnie Mohamed berkata selain pesta sambal, pihaknya sudah merangka pelbagai program termasuk sesi High Tea bersama usahawan-usahawan tempatan dan luar negara bagi tujuan kebajikan.
“MKWN juga sedang merancang untuk mengadakan program ‘High Tea’ untuk usahawan-usahawan Indonesia di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun ini dan program ‘Minum Petang’ untuk usahawan-usahawan Bangladesh di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun hadapan.
“MKWN sedang merangka beberapa program yang di rasakan dapat menyemarakkan semangat silatulrahim dan peluang perniagaan berdaya maju nusantara yang berbentuk penerokaan peluang-peluang pemasaran produk ahli-ahli rangkaian ‘Strategik Partner’ seperti pameran hasil usaha produk-pruduk pertanian dan karangkraf yang dirancangkan mahu dianjurkan di Malaysia dan Indonesia sekitar suku ketiga tahun hadapan dan di Indonesia pada hujung tahun 2025 dengan penyertaan pempamer dari Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan,” katanya.
Dalam pada itu, pada 18 Mac ini, MKWN dan PGDM akan mengadakan acara PGDM Annual Digital Award 2022 berbentuk penganugerahan tahunan kepada syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara yang sedang membina profil mereka dalam bidang perniagaan.
“Anugerah pengiktirafan juga akan diberi kepada badan-badan kerajaan tempatan dan badan-badan penyiaran yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nora Danish ada berkongsi cerita pengalaman dirinya yang sedang berusaha untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
Perkara itu dikongsikan pelakon Bencinta ini menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, ini merupakan tahun kedua ibu kepada dua orang cahaya mata ini untuk melakukan niat murni itu.
“Nora dulu masa sekolah rendah ada belajar di sekolah agama tapi hanya 2 tahun sahaja atas sebab-sebab yang tertentu.
“Alhamdulillah dijadikan cerita sampai sekarang Nora bersyukur sangat saya tak lagi buta baca Jawi.
“Jadi bila niat dihati nak khatam Al-Quran daripada awal tapi biasalah bila kita budak-budak suka ambil sambil lewa kan jadi tak dapat lah khatam.
“Hari demi hari dah lepas kahwin semua bila tengok orang khatam rasa macam bila nak sampai giliran saya ni? Tapi masa tak ada dengan shooting sebagainya dan benda tu dah jadi macam alasan pula untuk kita tak khatam,” katanya.
Di samping meluahkan rasa kesedihan, Nora memberitahu dirinya mula kembali membaca Al-Quran selepas terzahirnya rasa rindu terhadap arwah bapanya, Danish Hanif.
“Jadi tahun lepas tu yang terbuka hati untuk khatam tu sebab ayah Nora dah meninggal. Sebenarnya saya tak rapat sangat dengan dia sebab masa umur saya 2 tahun dia pergi ke Amerika Syarikat untuk bekerja jadi saya tak banyak pengalaman bersama ayah saya.
“Bila terniat dekat hati sebab rasa rindu sangat-sangat dengan dia, macam mana lah dia dekat alam yang lain tu kan.
“Nak jadikan cerita masa bulan puasa PKP tahun lepas jadi hikmah untuk saya baca Al-Quran.Sebenarnya saya memang pasang niat untuk khatam Al-Quran tu untuk arwah Papa,” katanya lagi.
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.