Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon utama filem Hantu Kak Limah (HKL) Datuk Awie meluahkan rasa terkilan dengan wang bonus yang diterima daripada pihak penerbit meskipun menerima jumlah kutipan mencecah RM 38 juta.
Menurut Awie, wang bonus yang diberikan seolah-olah seperti tidak menghargai usaha pelakon dan sumbangan pekerja belakang tabir filem itu.
“Saya nak sebut pun malu. Bukan saya je terkilan pelakon-pelakon dan krew juga merasakan perkara yang sama. Ini adalah first and the last saya berkerja dengan penerbit tersebut.
“Saya tak kisah kalau penerbit tersebut orang luar, tapi secara logiknya adakah sebegitu dia menilai artis tempatan. Saya tak hadap pun dengan syarikat ni tapi saya mahu memperjuangkan hak-hak artis kita ketika ini.
“Kalau kita berharap kepada penerbit daripada pihak luar, inilah yang akan terjadi,” katanya ketika ditemui di sidang media Dinner GIG 2018, di Tanera Hotel,Bangi pada Khamis.
Langsung ditanya bagaimanakan hubungannya dengan pengarah, Mamat Khalid, ini respon yang diberikan oleh pendukung utama filem HKL itu;
“Saya dengan Abang Mamat memang takda masalah. Bila-bila masaa saya boleh berkerja dengan dia.
“Tapi sekiranya dia mahu membuat sambungan filem ini, lebih baik dia cari penerbit lain atau matikan sahaja watak Husein,” katanya lagi.
Awie akan membuat penampilan istimewa di konsert Dinner GIG 2018 yang dianjurkan oleh Felda United Football Club (The Fighters) bersama ratu rock, Ella pada 7 Disember 2018.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang peminat wanita terpaksa mendapatkan bantuan daripada penyanyi Safura apabila wanita berkenaan rebah, sejurus selesai menyanyi bersama penyanyi kesayanganya itu.
Kejadian berlaku di Kinex Mall, Singapura awal malam tadi.
Sebelum kejadian, wanita tersebut diundang bersama bagi menyampaikan lagu hits Safura, Sedalam Mana Cintamu sebelum terpaksa dipapah selepas jatuh di atas pentas.
Kejadian tersebut turut berjaya dirakam MH. Safura yang nyata terkejut turut membantu peminatnya itu.
Bagaimanapun, selepas beberapa ketika wanita terbabit dilihat sudah kembali dan persembahan diteruskan seperti biasa.
Terdahulu, Safura sebelum itu turut menyampaikan lagu Bukan Lupa Tetapi Tak Ingat.
Safura hadir bersama beberapa barisan peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5) iaitu Shafie Rio dan Farawahida.
Turut sama memeriahkan program Gegar Vaganza Live Showcase Singapura dibawakan khas oleh SingTel TV dengan kerjasama Astro itu ialah Sufi Rashid, Haiza, Zarul Umbrella dan Ayai.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.