Aktor Datuk Aaron Aziz, 47, mengambil pendirian untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai isu kontroversi di antaranya dengan pengarah Syamsul Yusof sebagai menghormati permintaan isteri, Datin Diyana Halik.
Aaron berkata, Diyana turut memintanya untuk tidak lagi apa-apa kenyataan berhubung isu berkaitan.
“Tiada komen, benda sudah habis kot. Sebab isteri saya kata jangan berikan apa-apa kenyataan lagi dan saya menghormati permintaannya.
“Jadi cukuplah. Mungkin dia tahu perangai suaminya bagaimana,” katanya kepada MH ketika ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi pembukaan Jakel di Shah Alam, hari ini.
Ads
Ditanya mengenai tindakan rakan pelakon yang memberikan reaksi berhubung perkara berkaitan, Aaron memohon supaya individu yang tidak terbabit dengan produksi filem The Original Gangster agar tidak masuk campur.
“Kepada pelakon atau individu yang tak terlibat dalam produksi, jangan bagi kenyataan atau masuk campur. Kalau nak masuk campur, boleh jumpa saya dulu,” katanya lagi.
Ditanya apa jalan solusi terbaik untuk menyelesaikan kemelut antaranya dengan Syamsul, Aaron secara umum, mohon maaaf kepada ibu bapanya terlebih dahulu.
Ads
“Tak ada sebarang konfrontasi… Saya cakap secara umumlah, minta maaf kepada mak dan bapak (Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam) dulu,” katanya.
Aaron pada masa sama menjelaskan situasi yang berlaku bukan gimik bagi mencetuskan viral.
Ads
“Ramai orang kata ini semua marketing. Tak ada. Saya jenis tak ada marketing buat buat cerita bodoh. Saya jenis senyap, tapi orang sudah buka mulut jadi saya terpaksa buat perkara sama,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Syerif yang diarahkan oleh adik Syamsul, Syafiq Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Adam Corrie Lee berkongsi cerita sekaligus mengimbau kembali kenangan perjalanan hidupnya setelah hampir 15 tahun memeluk agama Islam.
Menerusi video asal melalui TikTok itu, ia merakamkan momen bersama isteri, Fazima Mohd Fuad bersama anak mereka, Adam Fateh.
“Bukan mudah untuk kembali ke jalan yang lurus. Kembali kepada fitrah kembali kepada Islam pada usia hampir 40 tahun.
“Temui jodoh juga di usia lewat pada usia 40 tahun. Dapat zuriat selepas 10 tahun. Cepat atau lambat bukan hal yang utama. Yang penting doa usaha & tawakal.
“Qanaah, asal punya rasa cukup Hidup ini pasti indah Senyum selalu. Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie,” tulis bintang KL Gengster ini pada ruangan kapsyen.
Penyanyi yang kini bergelar usahawan, Erna Elliyana Rosli, 33, mencipta kejayaan membanggakan apabila produk kesihatan dan kecantikan yang diusahakan, Kamya Glow dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty.
Terus melakar sukses tersendiri, produk di bawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd. itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu.
Kian mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita, Erna menyifatkan anugerah yang diraih membakar semangat selain menjadi penanda aras baru buat Kamya Glow.
“Sudah pasti saya dan pasukan rasa bangga dan bersyukur. Meski masih boleh dikira baru, namun jenama ini pantas dikenali seiring dengan kualiti yang kami ketengahkan. Malah bila menerima anugerah ini satu sesi yang sama dengan produk terkenal sedia ada, jujurnya saya rasa kecil berbanding yang lain.
“Bagaimanapun, saya cuba ketengahkan ‘mindset’ bahawa, situasi bisnes sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Biar kita nampak kecil atau baru, namun sekiranya konsisten, saya percaya ia akan membuahkan hasil positif. Yang penting jangan pernah putus asa.
“Malah ketika awal-awal mahu terokai bisnes kesihatan dan kencantikan ini, saya dan suami memang tidak mahu hasilkan produk yang bermusim sifatnya. Sebab itu bagi saya ‘branding’ itu penting, bukan hanya konsep jual barang semata-mata.
“Jadi memang objektif kami agar jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski kami sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun kejayaan Kamya Glow itu sendiri dilihat sebagai permulaan baik bagi tahun 2022,” katanya.
Percaya kepada kerjasama dalam pasukan, ibu kepada empat cahaya mata ini juga mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh warga kerjanya.
Terdahulu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang berjaya menempa jenama di peringkat nasional.
“Saya juga bersyukur kerana mempunyai ‘team’ yang efisyen, berwibawa dalam mainkan peranan masing-masing. Maksudnya, mereka tidak berkira dari segi masa juga sentiasa memperbaiki diri demi Kamya Glow.
“Pada masa sama, saya terbuka dalam mendengar idea segar daripada mereka yang terdiri di kalangan orang muda. Perah otak dalam cari idea baru bersama-sama, ada komunikasi dua hala. Jadi kejayaan yang diterima sudah tentu terhasil menerusi kerjasama semua pihak juga.
“Komitmen terbaik juga hadir daripada duta utama kami, Datin Alyah bersama wajah wakilan lain seperti Dai Syed dan Viviana Abdullah yang turut mendorong kepada sukses ini. Saya bertuah kerana Alyah selebriti yang tidak berkira dalam soal promosi.
“Pada peringkat ini, saya percaya pengaruh selebriti atau ‘influencer’ juga penting,” katanya yang tidak tidak menafikan cabaran di dalam meneruskan bisnes sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda di negara ini.
Turut setia mempromosikan Kamya Glow termasuk Ayu Damit, Nita Hamzah dan jurusolek Bosco Ryzal.
Bagi meluaskan jenama ini di kalangan masyarakat, Kamya Glow turut mempelawa semua orang untuk mencubanya secara percuma.
“Kami jalankan ‘give away’ secara besar-besaran yang mana kepada Kamya lovers yang berminat boleh mengikuti kami menerusi telegram. Kami akan poskan secara percuma di mana sahaja anda berada. Informasi lanjut mengenainya boleh didapati di akaun media sosial Kamya Glow.
“Banyak lagi kejutan serta tawaran hebat yang kami bakal lakukan. Kalian hanya perlu nantikan sahaja pengumuman istimewa daripada kami daripada semasa ke semasa,” katanya yang tidak akan berhenti daripada menyebarkan manfaat Kamya Glow kepada semua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka melihat orang lain jatuh, Ruhainies menerusi laman Instagram meluahkan rasa hati.
Kata pelakon jelita ini, sesetengah orang mudah lupa bahawa Allah yang berkuasa atas segalanya.
“Tak faham dengan sesetengah manusia dia lebih suka nak tengok orang lain jatuh. Mungkin itu kepuasan untuk dia. Selagi dia boleh buat dia buat.
“Dia mungkin lupa, pangkat atau power yang dimiliki semuanya kerana rezeki yang Allah bagi pada dia. Tapi dia gunakan power yang dia ada untuk sekat rezeki orang lain.”
Menasihatkan individu itu membersihkan hati kerana kifarah itu ada.
“Dia fikir rezeki seseorang tu di tangan dia. Dia lupa, rezeki dia sendiri pun dari Allah. Tu je la nak cakap. Bersihkan lah hati. Kita buat kat orang, Allah balas kat kita. Cuma cepat atau lambat.
“Tuhan tu adil, sometimes dia balas pada anak2 kita esok ni. Jangan terlalu selesa bila berada di atas. Bila bila sahaja Allah boleh tarik. Tapi jangan risau,” tulisnya lagi.
Ulas pelakon comel ini lagi, walaupun rezeki disekat, namun Allah sentiasa permudahkan menerusi jalan lain.
“Dia sekat rezeki kita kat sini, Allah bagi rezeki kat situ. Sebab tu hati dia tak pernah nak bersih, ingat dia sekat boleh nampak orang tu jatuh, tapi orang tu dapat rezeki tempat lain pulak..
“Takpa la, kita tengok la sampai bila ja boleh buat kat orang! ? #cleanseyouheart #cleanseyoursoul.”
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...