Pelakon senior, Nor Albaniah atau nama lengkapnya, Nor Albaniah Raffie memuat naik foto kenangan bersama arwah suami, Allahyarham Sudarman Daud yang telah pergi mengadap Illahi pada tahun 1996 lalu.
Arwah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang turut mengakibatkan Albaniah mengalami kecederaan.
Sambil mengakui dirinya hanya berkongsi pengalaman indah, bintang Syurga Untukmu ini juga turut merakam kenangan gayanya pada ketika itu.
“Bila duduk rumah ni macam-macam selongkar. Jumpa gambar ni. Saje nak throwback zaman dulu-dulu.
Ads
“Kalau you all nak cari dalam Goggle pun takde. Kongsi kenangan indah waktu dulu.
“Rupanya zaman dulu dah pakai dah fesyen sling bag. Sekarang fesyen bag macam ni pakai balik. Betul la orang cakap, takde dulu, takde skrg. Alfatihah,” tulisnya.
Penyanyi yang juga juara program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga, Azharina Azhar terpanggil untuk menganjurkan sebuah konsert amal secara dalam talian pada 23 Oktober depan.
Konsert Amal Unplugged Azharina & Friends yang bakal berlangsung selama dua jam terbitan syarikat Azharina Entertainment itu turut mendapat kerjasama daripada Azharina Angels, Kacang Network danPertubuhan Kebajikan Persaudaranman Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares).
Menurut Azharina yang lebih 20 tahun terlibat dalam dunia nyanyian, dia berasakan sudah tiba masa untuknya memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat terutama yang sedang bergelut dan memerlukan bantuan.
“Konsert ini bertujuan membantu mangsa banjir di Sabah khususnya di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran, Sabah.
“Di samping itu, sumbangan ikhlas yang diterima menerusi penganjuran konsert ini juga akan disalurkan 100 peratus kepada mereka yang terjejas kerana pandemik.
“Tak banyak, sedikit pertolongan kita ini mampu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya.
Bintang yang sinonim menerusi lagu Elergi Sepi ini juha menambah, dia berharap agar konsert berkenaan mampu menjadi titik tolak permulaan yang baik untuk semua.
“Terutamanya untuk industri hiburan selepas hampir dua tahun terjejas dengan pandemik. Begitu juga dengan kerjaya seni saya sendiri,” katanya lagi.
Azharina bakal berkongsi pentas bersama barisan artis lain seperti Ayu Damit, Lan Solo, Syura, Dia Fadila, Bob Yusof, Fanzi Ruji, Kozae, Santiana, Rosario, Dabre Sia, Yunk G, Nadeem dan Vicha Barbie.
“Saya bakal menyanyikan lagu sendiri dan penyanyi lain. Malah akan berduet dengan artis lain juga. Secara keseluruhan ada sekitar 16 lagu untuk tempoh dua jam itu,” katanya menerusi tiket konsert yang dijual pada harga RM25 itu.
“Konsert ini akan dipancarkan menerusi aplikasi Zoom kepada pembeli tiket. Malah pembeli tiket konsert ini juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
“Mereka juga layak membuat undian mengenai lagu apa yang bakal saya nyanyikan pada konsert itu nanti. Kita hanya jual 1000 tiket saja, berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya.
Sebarang informasi mengenai konsert tersebut boleh merujuk kepada akaun media sosial Azharina Azhar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) sudah pun diumumkan sebaik selesai hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SAMM37) yang berlangsung pada Sabtu.
Salah satu lagu yang ‘sangkut’ ialah Terus Hidup ciptaan sepenuhnya oleh penyanyinya sendiri, Aina Abdul.
Dalam keterujaan Aina meraikan perkara itu, timbul pula perkara kurang enak apabila ada netizen mendakwa timbul isu ‘conflict of interest’ apabila salah seeorang barisan juri profesional yang mengadili lagu-lagu pada SAMM37 iaitu Jenny Chin merupakan ‘arranger’ (susunan muzik) kepada karya Terus Hidup.
Menjawab persoalan itu, Aina berkata isu itu tidak timbul memandangkan pihak TV3 mengetahui mengenai hal tersebut dan menyifatkan Jenny seorang yang sangat profesional dalam melakukan tugasannya.
“Saya tidak rasa benda itu jadi isu sebab saya percaya TV3 tidak akan sebarangan panggil Kak Jenny, malah mereka pun tahu siapa Kak Jenny (peranan dalam lagu Terus Hidup).
“Saya memang dah agak orang akan cakap macam itu sebab bila Kak Jenny cakap dia akan jadi juri, saya gembira untuk dia sebab dia dah lama dalam industri dan baharu kini dia dapat terlibat dalam penjurian AJL.
“Dia hanya melakukan tugasnya sahaja dan saya tidak rasa benda itu ‘conflict of interest’,” kata Aina kepada MH.
Lagu Terus Hidup layak bersama 11 finalis lain antaranya, Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos, Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone), Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel), Payung Pelangi (Noki & MK K-Clique), Sengsara (Khai Bahar) dan Irama (Shiha Zikir).
Turut bersaing, Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Dayang Nurfaezah & Amir Masdi (Debu) dan Liza Hanim & Shila Amzah (Bahagiakan Dia).
Kesemua 30 lagu yang bertanding di SAMM37 diadili barisan juri profesional iaitu Damien, LY, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Cikgu Shafi dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.
AJL37 bakal berlangsung pada 12 Februari depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal tahun lalu, pelakon, Fatin Afeefa mengunjungi Brazil bagi menghadiri program terbesar anjuran jenama selipar flip-flop popular dunia, Havaianas.
Hadir sebagai duta, Fatin mengakui banyak perkara baru yang dipelajarinya sewaktu berada di negara Latin terkenaan.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi dirinya apabila dia berjaya pulang ke tanah air sebelum kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya kuarantin 14 hari kemudian saya buat swab test dan keputusannya negatif.
“Kemudian saya kena kerja orang datang rumah untuk shoot dan saya kene tunggu lagi 14 hari untuk jumpa anak saya,” jelasnya.
Berkongsi mengenai situasi yang perlu dihadapi seluruh dunia ketika itu, bintang Tentang Bulan ini turut memberikan reaksi terhadap segelintir individu yang didapati senjaga melanggar perintah kuarantin.
Bagi ibu kepada dua anak ini, ia hanya sikap mementingkan diri sendiri yang akhirnya memberi kesan negatif.
“Saya sedar, ada yang mengambil sikap sambil lewa. Ia mementingkan diri namanya.
“Malah ketika saya lakukan ujian saringan COVID-19 dan keputusannya negatif, saya tetap ambil masa lama untuk berjumpa dengan anak-anak.
“Risau dan lebih baik untuk ambil langkah berjaga-jaga. Lagi pula, saya ada mak dan ayah di rumah dan mereka boleh tengok-tengokkan mereka.
“Saya rasa tak selamat kalau saya jumpa mereka sejurus pulang dari luar negara sebab kita tahu, sistem imunisasi kanak-kanak bukan seperti orang dewasa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon drama, The Gadis itu turut mengakui dirinya sedikit-sebanyak mengalami gangguan emosi sewaktu menjalani tempoh kuarantin.
“Masa tu saya ‘sewel’ sekejap. Saya mentally disturb walaupun saya lazimnya sudah biasa hidup sendiri bersama kucing peliharaan.
“Minggu pertama tu saya boleh tahan lagi, akan tetapi, bila sudah masuk minggu seterusnya, saya dah mula cakap sorang sorang.
“Sampai saya minta kawan-kawan saya call hanya untuk bersembang. Walau mereka sibuk, saya tetap pujuk dan minta saling buat panggilan video.
“Kata orang, tak bercakap pun tidak mengapa asalkan mereka tengok saya,” seloroh Fatin.
Katanya lagi, dia turut berterima kasih kepada kedua orang tuanya yang memahami situasi tersebut.
“Saya dah tak berapa betul masa tu. Saya pernah hubungi anak-anak sampai nangis-nangis sebab rindu.
“Saya tak jumpa anak lebih kurang sebulan. Orang lain pun saya tak jumpa. Anak-anak saya ketika itu di bawah jagaan ibu.
“Ikutkan lepas saya balik Brazil mereka nak balik rumah, tapi saya tidak izinkan. Terpaksa tunggu lebih kurang 14 hari,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...