Penyanyi, Siti Sarah berpendapat sebagai rakyat Malaysia, tidak perlu untuk kita mencari kesalahan orang lain misalnya ketika mereka sedang bertutur di dalam Bahasa Inggeris.

Menurut Sarah, dia tidak faham mengapa kesalahan tersebut selalu dijadikan bahan perdebatan sedangkan ia juga sering terjadi di kalangan masyarakat Inggeris sendiri.

“Kalau Melayu Cakap Orang Putih Salah, Kau Kata Bodoh,” – Ini Pandangan Jujur Siti Sarah “Kalau Melayu Cakap Orang Putih Salah, Kau Kata Bodoh,” – Ini Pandangan Jujur Siti Sarah

“Kadang Sarah tak faham kenapa orang kita ni suka sangat nak cari salah orang . Lagi-lagi bila orang tu cakap dalam bahasa Inggeris.

“Alahai, bagi Sarah tak semua orang Melayu boleh sebut perkataan dengan baik dalam bahasa Inggeris. Kita makan budu, sambal belacan mesti ada lidah keras tu. hahaha.

“Bagi Sarah okay je if cakap broken English. Orang putih betul pun berterabur bila cakap tak ikut tatabahasa pun! Kita beria kalau cakp English kena cakap macam dalam buku, apo?? Sebut tak betul tu okey je, negara lain rileks je,” tulisnya.

IKLAN

Pendapat tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Semakin itu menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di laman Twitter.

Jelasnya lagi, masyarakat kita amat berbangga sekira orang luar dapat bertutur di dalam bahasa Malaysia tetapi apabila perkara sebaliknya yang berlaku, ada pula segelintir pihak yang mengecam.

“Kalau Melayu Cakap Orang Putih Salah, Kau Kata Bodoh,” – Ini Pandangan Jujur Siti Sarah

IKLAN

“Apa yg nak dibangga sangat dengan bahasa dia org semua kene ikut tutur buku?

“Dia orang belum tentu boleh cakap Melayu dengan sebutan yang perfect kalau orang putih cakap Melayu salah kau kata comel. Kalau melayu cakap orang putih salah kau kata bodoh,” katanya lagi.

Bagaimanapun, isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu ini turut menjelaskan tidak salah bagi seseorang itu untuk menegur tetapi hendaklah dengan cara yang betul dan tidak mengaibkan.

IKLAN

“Kalau Melayu Cakap Orang Putih Salah, Kau Kata Bodoh,” – Ini Pandangan Jujur Siti Sarah

“Tak payah malu kalau tak reti sebut perkataan english. Yang penting ada usaha nak cuba. Lama-lama okay la tu kan? Kadang kita ni terikat dengan loghat dan percakapan seharian.

“Sedangkan kalau kita baca Al Quran kalau pelat tak boleh sebut pun, sekiranya kita cuba juga itu pun pahala. Apa yg memalukan, kita ni sibuk cari salah org salah sendiri besar gajah pun tak nampak.

“Maksud bukanlah kita tak perlu belajar english dengan baik, cuma jangan malu untukk berbahasa Inggeris walau salah dan sebagai orang yang nak menegur jangan sampai mengaibkan orang lain. Kita tutup aib orang Allah tutup aib kita,” akhirinya.

Sumber: Twitter Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI