Penyanyi, Suki Low mendedahkan dia sebenarnya masih lagi fobia dengan penularan wabak Covid-19 meskipun negara ketika ini sudah mula beralih ke fasa endemik.

Menurut Suki, dia sebolehnya mahu mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar demi kebaikkan dan keselamatan ahli keluarganya.

“Kalau Kami Sakit, Macam Mana Dengan Tempahan Mereka,” – Ada Sebab Suki Low Arah Semua Staf Tinggal Serumah

“Kalau saya ada persembahan di luar, biasanya selepas selesai, saya akan terus balik secepat mungkin. Saya tidak akan singgah ke mana-mana pun.

“Saya masih lagi takut dengan wabak Covid-19 ini walaupun kita dah beralih ke fasa endemik dan ramai dah menerima vaksin, tapi kalau boleh janganlah terlalu bebas sangat.

“Baru-baru ini, selepas cuti Tahun Baru Cina, staf saya positif Covid-19. Mereka kuarantin di rumah saya selama 10 hari. Saya sangat risau kerana dia merupakan individu yang bertanggungjawab menjaga anak-anak saya. Tapi saya lega tiada perkara yang serius berlaku,” katanya kepada MH.

IKLAN

Malah, sebagai langkah berjaga-jaga, Suki yang juga merupakan pengusaha bisnes dekorasi kek turut telah menetapkan syarat agar ke semua staf tinggal sekali bersamanya di rumah.

“Kalau Kami Sakit, Macam Mana Dengan Tempahan Mereka,” – Ada Sebab Suki Low Arah Semua Staf Tinggal Serumah “Kalau Kami Sakit, Macam Mana Dengan Tempahan Mereka,” – Ada Sebab Suki Low Arah Semua Staf Tinggal Serumah

Tambahnya lagi, tindakan drastik tersebut terpaksa dibuat bagi memastikan operasi bisnesnya dapat berjalan dengan lancar.

IKLAN

“Kesemua staf wajib tinggal dengan saya. Itu syarat utama yang telah saya tetapkan. Saya sebenarnya ingin mengurangkan risiko jangkitan. Saya sudah pun sediakan segalanya daripada makanan sehinggalah tempat tidur. Mereka semua serumah dengan saya.

“Bunyinya memang agak pelik tapi saya rasa ini jalan yang terbaik memandangkan kami menjalankan bisnes membuat kek. Kesemua kek-kek yang telah ditempah membuatkan kami ada rasa tanggungjawab.

“Kita kena jalankan tanggungjawab tersebut sebaiknya sebab ada kek kahwin, nikah dan macam-macam lagi. Kalau kami sakit atau terkena jangkitan Covid-19, macam mana dengan tempahan kek mereka nanti?

IKLAN

“Ini merupakan tanggungjawab yang agak besar sebagai pengendali bisnes makanan. Kami kena berhati-hati. Mereka dekat rumah pun pakai pelitup kepala, topeng muka dan sarung tangan,” kongsinya lagi.

“Kalau Kami Sakit, Macam Mana Dengan Tempahan Mereka,” – Ada Sebab Suki Low Arah Semua Staf Tinggal Serumah “Kalau Kami Sakit, Macam Mana Dengan Tempahan Mereka,” – Ada Sebab Suki Low Arah Semua Staf Tinggal Serumah

Dalam pada itu, Suki turut mendedahkan penyertaannya di dalam program Gegar Vaganza 8 (GV8) sedikit sebanyak memberikan impak positif terhadap bisnes keknya ketika ini.

Para peminat juga dikatakan sanggup membuat tempahan semata-mata untuk bertemu dengan Suki.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI