Macam-macam taktik keji yang digunakan segelintir individu untuk menipu orang ramai hanya kerana mahu hidup senang dengan cara yang cepat.

Kadang-kadang MH pelik dengan segelintir individu yang dipanggil ‘scammer’ ini, tak rasa berdosa ke curi duit orang?

Baru-baru ini penyanyi, Fynn Jamal telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang individu yang telah menipu serta mencuri duitnya malah bukan Fynn sahaja yang menjadi mangsa tetapi lebih daripada 130 orang yang turut ditipu oleh individu terbabit.

IKLAN

Menurut luahan Fynn ini, dia ada berhubung dengan seorang wanita iaitu individu yang menipu dirinya untuk bercuti dan membeli package percutian itu secara online namun akhirnya duit yang telah dibayar itu dicuri oleh wanita tersebut.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

IKLAN

“salam, semua.
saja nak tumpang tanya.

 

“kalau2 agaknya ada perasan norshafika ni, boleh tak tolong beritahu dia kak fynn cari dia.

 

“xde nak buat apa.
nak tanya je.
apa dia buat dgn duit banyak2 tu.

 

“macam ni.

 

“seperti korang juga, aku suka membeli pakej / barang / servis melalui ig dan fb. beberapa minggu sebelum ke aqsa, aku decide utk holiday anak beranak ke grand lexis port dickson seandainya aku selamat pulang. so what i did was search the venue and package online.

 

“kemudian seperti mana2 scammer— first batch of customers semua dilunaskan dgn sempurna. testimoni bagus2. ssm semua. perniagaan pun dah lama. reputasi elok. kita pun rasa konfiden nak ambil servisnya.

 

“pakej yg ditawarkan adalah free 1 night. bermakna; bayar dua malam utk harga satu malam. maksudnya rm1k++ utk 3h2m.

 

“sounds legit. sbb kdg2 kat booking.com pun ada pakej gitu.

 

“so. payment made. resit dapat. invoice keluar. 2 days before aqsa, aku dpt mesej dari the person yg aku ally with: shafika gelap mata.

 

“you see, wallahi aku ok. aku tak marah pun. entah. alhamdulillah aku tenang. tp aku terfikir those others yg dikelepet rm137k tu. 130 lebih clients gak tu.

 

“aku fikir,
tak semua mampu redha lebur gitu.
sbb aku kenal je kawan2 yg saving kow2 utk bercuti lavish sekali2.

 

“lama aku fikir. patut tak aku cari shafika ni secara terbuka. sbb risau juga kalau jatuh kategori aib air muka. tapi aku terfikir: muka penjenayah wanted mmg org tampal mana2.

 

“sbb selagi dia bersembunyi-
bahaya.

 

“maafkan aku, wahai ahli keluarga dan sahabat2 shafika. ini dah terpaksa sgt dah ni. dia pun tak tau aku wujud. mmg aku minta pihak pengurusan tak expose aku guna servis derang. sbb tanyalah mana2 ig yg aku pernah beli barang dari mereka— aku mmg jaga nama aku dari disalahguna utk benda2 macam “fynn jamal pun guna servis kami” sdgkan aku paying customer.

 

“aku minta shafika tampil. aku minta kawan2 dan keluarga jgn sembunyikan dia. bukti banyak. semudah tunjuk resit pembayaran je ni. tak tau lah kalau itu pun masih tak mau percaya.

 

“aku serius nak jumpa dia. aku nak tanya je. duit banyak2 hasil curi tu guna buat apa? kalau beg, berbaloi ke? kalau baju, tahan takat berapa lama? tu je,” tulis luahan hati Fynn.

Bagi MH orang seperti ini harus diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan jahatnya.

IKLAN

Diharap individu tersebut segera tampil atau dapat diberkas oleh pihak berkuasa.

Sumber: Instagram Fynn Jamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI