Aduh kesian pula MH tengok video pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat yang menangis teresak-esak ketika dia berada di Spain tempoh hari bagi menjalani sesi penggambaran muzik video lagu ‘Abang Nak Tegur’.

Nampak sedih sangat Sajat dalam video tersebut dan kalau kita dengar dengan teliti dia juga ada menyatakan tentang video lagu tersebut yang mendapat banyak dislike berbanding like daripada penonton.

Menerusi kapsyen Sajat pada video pertama yang dikongsi, dia menyatakan bahawa kali ini di benar-benar sedih dan hatinya juga terguris.

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

IKLAN

“saya ada perasaan….selama ni walaupun saya di kecam tapi tidak secara berdepan kurang sikit rasa sedih….kali ni ntah kenapa hati saya rasa sedih dan terguris…??

 

“Saya dah cuba bg yg terbaik,bila kita dah bg all out ada je insan2 yg x berpuas hati….x pelah Apapun saya dah bg 100% komitmen….harap pihak di sana menghargai komitmen saya….???

 

“takpelah kalau ada org yg lebih baik saya x kecil hati….saya x bolh puaskan hati semua org……,” tulisnya.

Pada video kedua perkongsiannya pula dia turut menyatakan di ruang kapsyen bahawa dia tidak berkecil hati jika ada orang yang lebih baik untuk menggantikannya.

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

“takpelah kalau ada org yg lebih baik saya x kecil hati….saya x bolh puaskan hati semua org….,” tulis Sajat.

Walaupun masih banyak kecaman yang dilemparkan kepada Sajat selepas menonton video-video Sajat ini namun di ruang komen masih ada segelintir yang memberikan sokongan moral buat Sajat.

IKLAN

nikfaraaaa_: Tak usah la kecam dia, kutuk dia, hina dia. Dia pn manusia jgk, even tho dia prmpuan ke laki ke, masing2 ada hati dan perasaan. Tak patut la dia kena mrh dpn khalayak umum, mana human sense sebagai manusia? Kita senang je menaip, kata itu ini. Cuba duduk kat tempat dia, dgn penat lelah, tak cukup tidur dan dia sendiri dah ckp dia terkinja2 sbb nak realkan and give commitment utk video mereka tp at last tak berpuas hati lg. Hmm

mariaoven_littlekitchen: dorang jeles tuh?..pedulikn je la mereka tu semua

IKLAN

hidayahrahim__: even tak minat sajat,tapi kesian kat dia,dia pun manusia jugak ada hati&perasaan.

Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan. Seharusnya kita sebagai manusia perlu peka dengan perasaan orang lain dan cuba letakkan diri sendiri ditempat Sajat. Apa agaknya perasaan korang bila sentiasa dikecam dan dicemuh sebegitu? Fikir-fikirkan ya.

Sumber: Instagram Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI