Pengarah terkenal, Syafiq Yusof menafikan pemilihan aktor, Datuk Aaron Aziz di dalam filem Sheriff adalah sebagai inisiatif untuk memujuknya selepas namanya digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster arahan, Syamsul Yusof.
Menurut Syafiq, tiada keperluan baginya untuk berbuat sedemikian kerana pemilihan para pelakon dibuat berdasarkan keputusan pihak penerbit.
“Tidak sama sekali. Tiada sebab saya nak pujuk sebab saya tak bergaduh pun dengan dia. Cadangan pemilihan barisan pelakon adalah daripada pihak produser iaitu ayah saya
“Mereka senaraikan nama-nama pelakon, kemudian, saya pilih mengikut kesesuain watak,” katanya kepada MH.
Anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata sedemikian ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Isnin.
Ads
Dalam pada itu, Syafiq turut memaklumkan masalah kesihatan yang dialami oleh pelakon asal Singapura itu langsung tidak menggangu kelancaran sepanjang menjalani penggambaran.
“Aaron memang ada masalah sakit di bahagian belakang badan. Namun Alhamdulillah, ia langsung tidak mengganggu penggambaran. Sepanjang sesi latihan berlangsung, pihak koreografi pun faham mengenai hal tersebut.
“Sakit belakang Aaron itu tidaklah sampai dia tak boleh bergerak langsung. Cuma ada beberapa pergerakkan sahaja yang dia tak boleh buat. Jadi, kita atur pergerakkan tersebut mengikut kesesuaian dia.
“Sebagai contoh, kalau ada adegan sepak sampai terbaring di bahagian belakang, itu dia tak boleh buat dan kita akan gunakan body double,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Syafiq turut memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh Aaron yang tidak mahu mengganggu jadual kerja orang lain meskipun meskipun mengalami kecederaan.
“Walaupun sakit, saya tetap kagum dengan Aaron kerana dia sentiasa berikan 100 peratus ketika bekerja. Baru-baru ini, Aaron ada mengalami kecederaan ketika melakonkan babak sedang berlawan.
Ads
“Kaki Aaron sakit sebab tersepak besi tapi dia tetap tak nak hentikan penggambaran. Katanya, kalau hentikan penggambaran, ia akan merugikan waktu orang lain. Jadi, dia teruskan juga sebab babak tersebut perlu menampakkan wajahnya ketika berlawan.
“Saya sangat puas hati dengan kualiti babak aksi yang ditunjukkan oleh Aaron. Namun, untuk filem ini, babak aksinya hanya untuk membantu penceritaan. Selebihnya, kekuatan filem ini adalah berdasarkan plot ceritanya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Sherif merupakan sebuah filem kepolisian yang mengetengahkan tentang konflik yang berlaku di dalam Jabatan Narkotik.
Aaron bakal melakonkan watak antagonis utama bernama Tony Ifrit.
Filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini bakal ditayangkan pada 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein baru sahaja memuat naik sekeping foto seorang kanak-kanak yang sedang mahu menikmati makanan.
Meski hanya memuat naik gambar yang separa penuh, namun rata-rata peminatnya sedia tahu bahawa gambar yang dirakam Elly ialah anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia Hanafi.
Bagaimanapun, meski baru sahaja dimuat naik, foto tersebut telah pun menerima reaksi pelbagai netizen memandangkan fokus gambar kanak-kanak yang mengenakan persalinan serba putih itu lengkap mengenakan perhiasan barang kemas seperti rantai dan dua utas gelang tangan.
Ada peminat yang memuji penampilan kanak-kanak tersebut.
Tidak kurang, ada yang memberi pesan supaya Elly berhati-hati kerana ramai peragut yang di luar sana, apatah lagi gambar yang diambil dipercayai di sebuah lokasi awam.
Bagi MH, ada betulnya juga apa yang dipesan netizen tu kan. Sekurang-kurangnya ada menasihati dan tidak salah untuk kita saling menasihatikan. Malang kan tidak berbau. Tak gitu?
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi misi Care4Hunger ketika berada di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah, Diana Amir meluahkan kesedihan apabila ada anak kecil di kawasan tersebut yang rata-rata tidak mempunyai sijil kelahiran kerana terlalu jauh daripada pembangunan.
Malah, ulasnya, perjalanan masuk ke kampung tersebut juga agak sukar sehingga dia sendiri rasa sakit badan.
“Budak2 ni kebanyakannya tiada Birth Cert sebab kg sangat jauh drp civilisation, diana nak smpai kg ni sampai sakit 1 badan.. so ramai yg beranak dgn bidan kampung dan x mendaftar anak2 mereka.. komplikasi bila anak sudah besar, x dpt masuk sek kerajaan.”
Disebabkan tiada sistem pendidikan, penduduk tersebut terpaksa membina sekolah sendiri yang beratapkan daun dan zink.
“Jadi mereka bina sekolah sendiri, beratapkan daun dan zink, ada yang berkipas tp macam “dewan” ni takde kipas, bersebelahan laut, so panasnya hang pikiaq sendiri ? .. peluh di muka sila abaikan.
“Tapi demi menuntut ilmu, mereka dibahagikan bukan ikut umur, tapi ikut tahap masing2 , ikut kaedah 3M , membaca, mengira , menulis. dan ada pendidikan agama.”
Memohon bantuan netizen untuk turut sama menyumbangkan sekadar termampu untuk memudahkan penduduk di sini.
“Banyak yg kita boleh bantu diorg, baju sekolah pun ramai yang tak ada, sistem air bersih dalam pembikinan, in sya Allah telaga air akan di rasmikan oleh NC USIM Ahad ni, semoga itu dapat meringankan beban mereka.
“Sementara tu, kita ajar diorg pemakanan sihat dan dental care. banyak gigi berlubang ni ? takpe budak lg, kita didik skrg so pasni semua generasi Kg Tagupi akan ada kebersihan oral yg menyeluruh.
“Doakan Kami! #Care4Hunger @ir_my#LahadDatu #KgTagupiLaut Nak tag location pun takde dalam system.”
Penyanyi Datin Alyah tidak menyangka percubaannya untuk berniaga kuih tempatan membuahkan hasil apabila karipap mentah yang dibuat mendapat sambutan baik peminat.
Menurut Alyah,40, idea tersebut berlaku secara spontan ketika dia melakukan sesi ‘live’ di Instagram bersama pengikutnya baru-baru ini.
“Pada awalnya saya rasa nak makan karipap untuk menu petang. Jadi sajalah suka-suka ‘live’ di IG pada waktu sama dan saya kata kalau ada yang mahu, bolehlah tempah.
“Tak sangka pula daripada sekadar bergurau, ramai pula yang berminat untuk buat beli. Ingatkan yang tempah sedikit saja, tapi pembantu saya kata lebih 300 biji tempahan telah diterima.
“Memang terkejut, tapi saya kira ini salah satu punca rezeki untuk tambah pendapatan dalam fasa pandemik ketika ini. Saya terima tempahan selama beberapa hari dan alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup positif.
“Keluarga saya di Johor pun memang ada yang buka kedai, ambil tempahan buat kuih muih, lauk pauk dan sebagainya. Jadi saya sendiri sudah terbiasa. Tak dinafikan penat bila uli gunakan kudrat sendiri, tapi syukur kerana juga yang sudi nak merasa,” katanya.
“Bila saya nampak percubaan ini menjadi, saya rancang untuk selang seli menu kuih. Macam contoh, minggu ini karipap dan minggu seterusnya mungkin kuih lain pula.
“Selain boleh tukar cita rasa, peminat pun boleh menikmati hidangan pelbagai. Tidaklah sama saja. Kalau ada permintaan dalam kuantiti yang banyak, insya-Allah saya akan usahakan. Cuma sekarang saya kena beli mesin khas kalau nak jalankan projek ini secara berterusan,” katanya.
Ditanya apa reaksi suami, Datuk Ramli MS, penyanyi Meluruh itu bertuah kerana pemuzik berkenaan menyambut baik usaha yang dilakukannya.
“Suami menyokong, memandangkan dia dan keluarganya di Singapura juga cukup mahir dalam bab masakan. Ramli minta saya untuk buat bisnes ini secara serius.
“Malah dia ada rasa dan menilai serta bagi input apa yang perlu ditambah baik. Tapi bila jalankan bisnes ini,ia tidaklah bermaksud saya nak hadkan kerjaya. Memandangkan situasi negara ketika ini, rasanya lebih baik untuk kita cuba cari hobi lain juga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah kini sedang mencari masa sesuai untuk merakamkan single terbarunya, Thank You Allah yang bakal dilancarkan tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...