Kakak Aiman Tino Yang Cantik Curi Perhatian

Tidak dinafikan penyanyi Aiman Tino merupakan antara barisan penyanyi muda yang sangat popular di kalangan remaja masa kini, justeru tidak hairanlah tempiasnya juga terkena kepada kakaknya, Fara Hazel yang semakin diminati kerana rupa parasnya yang cantik.

 

Di laman-laman sosial ramai yang memuji kecantikan Fara, gadis yang baru berumur 21 tahun ini. 

Mungkin ini juga merupakan langkah mudah dan bonus untuk Fara dikenali kerana dia juga telah muncul dengan single pertama berjudul Setiaku Pasti. 

Sehingga kini lirik video Setiaku Pasti yang dimuat naik di You Tube mempunyai lebih 800 ribu views dan 12 ribu likes.

IKLAN

“Saya sebenarnya tak berapa minat Aiman Tino, tapi lepas tengok video ni, tetibe saya minat Aiman Tino dengan kakak dia,“ seloroh salah seorang peminat Fara.

Gadis manis itu juga pernah muncul didalam video klip lagu Ku Rela Dibenci nyanyian adiknya.

Menurut Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri tidak ada salah jika dia menerima sedikit tempias daripada Aiman memandangkan mereka berdua adik-beradik yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

“Saya tak anggap menggunakan populariti Aiman tu perkara yang salah. Bukan nak menumpang tapi kami saling menyokong karier nyanyian,” katanya kepada Mstar Online.

Tambah Fara, dia dan Aiman juga bersaing dalam industri muzik biarpun mereka mempunyai pertalian darah.

Selain sibuk mempromosikan lagu terbaru, Fara kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat insuran.

Fara merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

 

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]