Mengakui dirinya bukanlah seorang yang suka menjaja cerita berbaur peribadi, namun Shahir sedia memahami sebagai seorang selebriti, adalah perlu baginya untuk berlaku profesional dengan setiap soalan yang diaju media.
“Untuk fasa seterusnya, kita go with the flow. Kita merancang yang selebihnya, Yang Maha Merancang akan izinkan langkah-langkah seterusnya, insya-Allah. Doakan yang baik-baik. Bukan tak mahu share, tapi saya bukan jenis yang macam tu.
“Tapi bila satu pihak yang ditekan, kita sebagai lelaki kenalah gentleman. Apa pun tak perlulah terlalu uar-uarkan kerana saya pun nak fokus pada single terbaru,” luah Shahir yang turut memberitahu, dia sempat berbuka puasa bersama bintang filem Sembilu itu beberapa kali.
Ditanya mengenai apakah ada sebarang bayangan untuk melangkah ke fasa perkahwinan, Shahir mempunyai pandangannya sendiri. Katanya;
“Kita merancang untuk tidak melengahkan. Kami mulai rapat dalam tiga tahun lalu. Dalam tempoh berkawan, kita tak letak jangka masa. Bila ia terjadi, bergantung pada jodoh.
“Sebab sebagai manusia, ada benda yang baik tidak perlu dilengahkan. Insya-Allah dengan Izin-Nya.
“Kita pun masih ada orang tua yang perlu dihormati. Apa-apa perbincangan biarlah didahului dengan mereka.
“Kalau ada (kahwin), kita jemputlah media atas dasar kawan-kawan dan sahabat. Mana yang berkesempatan kita jemput, Insya-Allah,” terang Shahir yang ditemui di majlis berbuka puasa Himpunan Artis Sayang al-Quran di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Shahir turut akan muncul sebagai penampilan khas dalam drama 20 episod, My Darling Inspector Danial untuk siaran Astro.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI