Baru-baru ini kisah percintaan antara gadis Filipina dan jejaka Amerika Syarikat menjadi perbualan hangat di media sosial apabila mereka pernah ‘bertemu’ 14 tahun yang lalu dan akhirnya berkahwin setelah lama terpisah jauh.

Kisahnya bermula 17 tahun yang lalu apabila seorang kanak-kanak lelaki bernama Tyrel Wolfe anak kelahiran Idaho, telah mengirim hadiah sempena Krismas.

Siapa sangka, hadiah yang disertakan dengan gambar dan alamatnya itu memberikan kenangan paling manis apabila penerima tersebut kini menjadi pasangan hidupnya.

Joana Marchan, seorang gadis Filipina dan gadis bertuah yang menerima kotak istimewa tersebut tidak menyangka akan menerima hadiah daripada seseorang yang tidak dikenali.

Walaupun tidak ingat apa yang diterima, tetapi Joana memberitahu dia masih ingat dalam kotak tersebut ada sekeping gambar dan alamat di belakangnya.

Terkejut dan sangat terharu dengan pemberian yang diterima, Joana membuat keputusan untuk mencari Tyrel, namun gagal sehingga satu hari mereka ‘bertemu semula’ di Facebook.

Ads

“Selepas sebuah majlis, saya ada terima sebuah kotak kasut. Saya masih ingat dalam kotak tersebut ada sekeping gambar dan saya masih simpan gambar itu.

 

“Kotak kasut itu sangat bermakna bagi saya dan keluarga. Kerana itulah saya ingin berterima kasih padanya. Jadi saya cari dia di Facebook,” katanya dalam sebuah wawancara.

Walaupun pada mulanya Tyrel mengabaikan permintaan Joana yang ingin menjadi rakannya di akaun tersebut, akhirnya Tyrel membuat keputusan untuk approve dan mula berkawan.

Menurut Joana pada mulanya Tyrel bertanya bagaimana dia mengenali Tyrel, tetapi setelah memberitahu beberapa perkara akhirnya lelaki tersebut yang semakin dewasa mengaku masih ingat tentang perkara tersebut.

Dalam masa yang sama, Tyrel turut berkongsi, Walau pada mulanya teragak-agak dan rasa seperti tidak percaya, ibu bapanya menasihati untuk meneliti dan uji terlebih dahulu adakah Joana berkata benar atau sebaliknya.

Ads

“Ketika itu saya rasa seperti ‘wow’ dan sukar dipercayai. Jadi saya tanya, jika benar kamu dapat kotak saya, apa yang ada di dalamnya?

“Joana kata dia tidak boleh ingat apa yang ada di dalamnya tetapi dia masih ingat ada sekeping gambar di dalam kotak tersebut, jadi saya tanya bagaimana gambar tersebut, boleh terangkan? Apabila dia menjawab, saya terkejut dan tergamam,” kata Tyrel dengan ekpresi teruja.

Setelah setahun lebih mereka berhubung di Facebook, mereka berdua menjadi semakin rapat hingga akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bertemu di Manila.

Pertama kali berjumpa, Tyrel memberitahu Joana menangis dan memeluknya membuatkan dia rasa seperti berada di dalam mimpi.

Mengakui cara pertemuan mereka berdua agak menakjubkan, akhirnya Tyrel membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis yang menerima kotak kirimannya dan telah mendapat anak lelaki.

Ads

Kisah percintaan mereka berdua ini telah diabadikan di dalam sebuah buku skrap yang dibuat khas oleh kedua pasangan ini dan kisah mereka menjadi perhatian ramai.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI