Tertarik dengan kisah percintaan pasangan yang berasal dari China ini yang telah berkahwin sekitar bulan Mac lalu.
Apa yang menarik perhatian adalah si suami yang bernama, Lin Zhouqiang telah berkahwin dengan isterinya, Xu Qinqin yang tidak mempunyai hidung.
Perkenalan mereka berdua adalah melalui internet dan mereka menjadi semakin rapat hari demi hari dan kemudiannya Qinqin memberitahu Zhouqiang tentang keadaan wajahnya tanpa hidung.
Namun berita itu tidak merubah perasaan lelaki tersebut terhadap Qinqin. Bagi Zhouqiang mungkin ini sudah tertulis dan telah ditakdirkan untuknya. Dia juga seperti dapat merasakan kesukaran hidup yang dilalui oleh Qinqin dan kerana itu dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
Ads
Menurut sumber dikatakan Qinqin telah kehilangan hidungnya akibat digigit tikus ketika usianya 29 hari.
Ads
Ibu kepada Qinqin, Lin Guangzhen memberitahu bagaimana kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Dia berkata, dia telah meletakkan Qinqin di dalam bilik tidurnya dan kemudian keluar ke ladang.
Dua jam kemudian, ibu kepada lima orang anak ini diberitahu oleh anak sulungnya bahawa hidung Qinqin telah hilang dan pendarahan yang berlaku sangat dalam. Disebabkan oleh itu Qinqin membesar dengan wajah yang cacat.
Ads
Sungguh mulia hati Zhouqiang sanggup menerima kekurangan fizikal yang dialami oleh Qinqin.
Diharapkan kisah mereka ini menjadi inspirasi buat semua yang membaca dan perlu diingat cinta itu bukan hanya sekadar memandang rupa tapi apa yang lebih penting adalah hati seseorang itu.
Sumber: TUKO
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Di Palembang, Indonesia, tular tentang berita seorang nenek yang berusia 71 tahun dan remaja berusia 16 tahun mengugut mahu membunuh diri jika mereka tidak dikahwinkan.
Menurut sebuah portal, remaja yang bernama, Selamet Riyadi dan pasangannya Rohaya ini sudah berkenalan tiga tahun yang lalu dan berhasrat untuk berkahwin sebulan sebelum tibanya bulan Ramadan yang lalu.
Namun hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga mendapat tentangan daripada keluarga pihak perempuan.
Selepas impian mereka untuk berkahwin mendapat halangan, mereka mengancam mahu membunuh diri.
Dek kerana bimbang mereka akan melakukan perkara yang tidak masuk akal, ahli keluarga Rohaya dan Selamet juga penduduk kampung telah berbincang dan membuat keputusan dengan menikahkan mereka pada 2 Julai yang lalu.
Sumber mengatakan lagi, ikatan perkahwinan mereka ini bukan disebabkan oleh harta kerana mereka berdua berasal daripada keluarga yang sederhana.
Kata sumber, mereka berdua mula jatuh cinta selepas Rohaya merawat Selamet ketika dia menghidap penyakit demam malaria.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia ALLAH, tidak kira umur tua atau muda kalau dah tertulis dia jodoh kita memang jauh mana pergi pun dia tetap untuk kita.
Betullah kata pepatah kalau dah jodoh takkan ke mana.
Sumber: Detik.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, di panggung meriah dengan pelbagai filem mengenai superhero dan negara barat memang terkenal dengan superhero mereka yang dikagumi ramai.
Superhero Marvel antara yang menjadi kegilaaan anak remaja dahulu dan sekarang. Semua ini bermula daripada komik tetapi impaknya terbawa-bawa sehingga ke dunia sebenar.
Ramai yang menjadikan superhero sebagai idola oleh kerana selalu digambarkan sebagai seorang yang hebat, kacak dan gagah perkasa. Tapi pernah tak terfikir bagaimana superhero diciptakan dulu-dulu sebelum timbul design yang canggih kini.? jom tengok
Sebagai seorang anak sepatutnya kita mengasihi dan menyayangi ibu dan bapa kita kerana tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini. Malah syurga kita juga terletak di bawah kaki mereka.
Terkejut membaca sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang berkongsi kisah seorang anak derhaka yang tergamak meninggalkan bapanya di tepi jalan yang panas terik tanpa sebarang tempat untuk berteduh.
Menerusi status perkongsian di akuan Facebook milik Ezzan Suraiya, dia menceritakan kisah sedih ini yang terjadi di hadapan matanya sendiri.
“Cerita Hri ini… sndiri jd pd sya …. teringat pd Arwah Ayah…. sya bkn nk aibkan pd spa2… tp sya nk pesan… jgn buat ayah mcm tu… org tua mmg ego… kite anak layankan je bebaik tau….
“Mcm rutin biasa… tghri akn ke sekolah suri n saif utk siapkn dorg ke Kafa… so dr ofis di cyberjaya balik putrajaya ikut lorong tikus…lalu jln biasa jln teknorat 1 depan lim kok wing…. naik je corner lps spg opis… tba2 nmpk alza putih… break tba2 dn turun sorg pakcik tua pakai kopiah..beg sling…dlm hati apehal pak cik ni turun tgh jln sbb jln tu ada 2 lane arah sma..di lorong kiri si alza tu dh blah… sya di lorong kanan… sya stop tepi pakcik tu n bukak tgkap kereta belah kiri n tnya dia… napa pak cik turun tgh jalan ni… sni xde bas… bas stop dpn sna dpn lim kok wing…. dia ckp anak pakcik turunkn pakcik… awak hntar pakcik balik bole.. bandar mahkota cheras… dlm otak ni pkir mne nk hntar pakcik ni… ank2 tggu kt sekolah… ntila pkir kejap2 lg .. pakcik naikla kete sya meh… dia nk duk dpn sya x bg sbb ada brg2 mkanan tghri ank2 kt sit depan… so izan ckp pakcik dudukla blkang… pakcik kata ala mcm tuan la pakcik duk blakang… xpe pkcik duk je… masuk cpt kereta byk tu kt blkang… sya mmg stop break tgh2 jln loronng kanan… mmg berisiko sbb lorong org memotong n tgh pecut naik bukit… pakcik naik je kreta… sya trus mghala ke sekola… x jauh dlm beberapa meter… tp dh turun bukit alza tu tggu sya…. sya pn stop tepi dia rapat2 bukak tgkap kiri dn dia pn mmg tgh tggu kot spa yg amik bapak dia ni… sya pn tnya knp turunkn ayah awk kt tgh jln ni… pnas gebang.. klu kna langgar td… bukan trunkn tepi jalan…. perempuan tu ckp … ayah sya ni ego…. degil… xnak dgr ckp org lain… dia kata dia bole balik sendiri…. sya jeling n ckp hmmm kejap ye sya parking tepi … sya signal kiri n parking dpn kreta dia… n sya turun…. pakcik sya lock dlm kreta tp enjin x mati kn…. sya melulu pg ke arah perempua td tu.. dia dgn bangga nyr ckp… biarkn dia tgh jln td… ego sgt… sya ckp eh ko ni…. tudung je labuh… tp buat ayah sndiri mcm ni… kau tau x berdosa… kau xtahu rase bila ayah ko dh xde…. ko ni xpkir klu td ak tgh tekan mnyak naik bukit langgar bapak ko…. ko dh mnyusahkn ak…. xpasal je …. ko ni mmg la… ko esok bapak ko mati ko tau la…. perempuan tu muka mcm x puas hati terus ke kereta n nk bukak pintu nk amik bapak dia… kreta centre lock jd dia xleh bukak kna bukak dr driver…. pakcik bukak tgkap n ckp bukak kn pintu ni … pakcik nk tampar dia ni… huhhhh… sya dgr perbalahan ank branak berkenaan kunci rumah… pd pak cik xde pd ank dia pn xde….. ( sya sempat tgok dlm alza ada lg 2 org bertudung dlm kreta x kuar pun amik pakcik ni… ) pakcik tu kata xde kunci aku pecah kn la rumah…. sya x brp fokus dgr sbb org lalu lalang perati kn drama kami tepi jln tp sya dpt tangkap berkenaan kunci rumah…..setelah agak 7_8 minit dorg berbalah sya jwp pecahkn la pakcik…. Pak cik tu ckp ok pakcik blk ikut bdak2 ni…. pak cik turun kreta n ckp terima kasih ye tumpangkn pakcik…. saya peratikn kelaku dorg….. yg dlm kereta x turun pun…. yg td trus masuk kt driver…. pakcik terus masuk ke dlm kreta alza…. sya masuk kereta dn sya perati lg dr cermin pndang belakang….sya nmpk mereka sume sdg marah pakcik tu dgn tunding2 jari kt pakcik…. mereka tggu sya blah dlu tp sya duk x gerak….. mereka jln dlu smbil tgok kt sya tp dorg x jelas kot sbb cermin sya tinted sgt gelap…..
“Moral ialah…. walau pn bapak ko tu paksa sruh turunkn kt jln raya…. turunkn la kt tpi jln ke… bustop ke…. ini tgh2 jln tmpt kreta tgh laju… kawasan yg cab xde…. bas sejam skali pn susah… xperlu la buat mcm tu….,” tulisnya.
“Bekal air anak2 utk ke sekolah KAFA ni td pakcik mintak minum sedikit pakcik haus… mgkin sbb dia duduk di sit belakang… dia dlm keadaan haus nmpk air masak ni…. ????,” tulis kapsyen di salah sebuah foto yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook.
Walau apa juga masalah yang kita hadapi bersama orang tua kita, harus diingat mereka lebih tua daripada kita dan tidak sewenang-wenangnya kita untuk menderhaka dan melawan mereka sesuka hati kita.
Adab seorang anak itu perlulah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapanya agar hidup di dunia ini sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT.
Marilah kita ambil kisah ini sebagai pengajaran dan iktibar buat kita supaya tidak terjadi lagi perkara sebegini di masa akan datang.
Sumber: Facebook Ezzan Suraiya Mirabelle Reseller
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga seperti mana orang lain, pelakon dan penyanyi Azira Syafinaz tetap bersyukur dengan segala perjalanan dan takdir yang telah ditentukan Allah SWT buat dirinya.