Susulan dikritik gara-gara yang kononnya personaliti televisyen, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mendapat pekerjaan menggunakan ‘kabel’ iaitu menerusi bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, bintang berusia 24 tahun itu tampil memperjelaskan keadaan sebenar.

Menerusi Harian Metro, Hawa memberitahu netizen yang memberikan persepsi sedemikian sebagai tidak tahu kesusahannya kerana apa yang mereka tahu hanya mengkritik.

“Mereka (warganet) tak tahu pun kesusahan kami, yang mereka tahu hanyalah mengkritik,” katanya seperti yang dipetik.

Menurut Hawa lagi, dia mengakui bapanya merupakan salah seorang bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia dan bergelar kini pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, namun ia bukan alasan untuk ‘menggunakan’ bapa sendiri.

“Saya tegaskan kabel saya bukan bapa tetapi Allah. Tuduhan dilemparkan warganet sangat melampau dan menyakitkan hati.

IKLAN

“Sewaktu menjalani latihan praktikal bersama Media Prima pada Mac 2017, resume saya dihantar oleh pensyarah bukan bapa. Tolong jangan kaitkan bapa dalam hal ini dan membuatkan kami bersedih,” katanya lagi.

Pada masa sama, figura yang pernah dikaitkan dengan Neelofa kerana dikatakan mempunyai wajah seiras turut menegaskan, bapanya berpesan supaya berusaha sendiri sekiranya mahu mendapatkan sesuatu.

IKLAN

“Bakat saya dikesan pihak pengurusan Media Prima selepas tamat praktikal Jun 2017. Mereka menawarkan kerja sebagai wartawan dan pembaca berita di TV9.

“Alhamdulillah, saya beralih sebagai pembaca berita Buletin Utama pada 1 Januari lalu dan ia disebabkan bakat bukannya kabel,” tegas Hawa yang turut percaya pada rezeki dariNya.

IKLAN

“Kepada graduan di luar sana yang masih tiada pekerjaan, saya doakan semoga dimurahkan rezeki oleh Allah. Saya percaya Allah Maha Adil dan sentiasa membuka peluang buat semua hamba-Nya,” kongsinya.

Selain Hawa, turut difitnah adalah rakan setugas, Zharif Zhafri yang juga anak kepada pengacara, Allahyarham Aziz Desa.

Foto: Instagram Hawa Rizwana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI