Berkongsi ‘gerakan rahsia’ membetulkan hijab ketika sesi fotoshoot, Yana Samsudin menerusi laman Instagram menulis ragam yang sering dilakukan setiap kali ingin memperbaiki gaya tudungnya.
Ulas Yana, dia akan mengerutkan wajah supaya anak tudung dan tudung selesa di kepala.
“Satu je nak bagitau, ni adalah jurus gerakan yang #KakYong dapat setelah pakai tudung.
“Korang sama tak? Hahahahaaaaaa
“Kenapa KakYong gelak besar korang faham lah… tu jurus gerakan kepala nak bagi anak tudung dan tudung selesa di kepala dan dahi!
Ads
“Kerut kerut , ada orang tu sampai gerak gerak kening, tiup tiup owning. Kahkahakah.”
Malah, dia menambah, untuk mempelajari tabiat diri, digalakkan untuk bertanya kepada rakan sekeliling, rakam perbuatan tersebut dan lihat untuk mengawal supaya tidak kelihatan menjengkelkan.
“Ok kalau nak tahu habbit kita:
Ads
“1.tanya orang yang selalu dengan kita apa habbit kita yang selalu kita buat? Dan perkara itu ok ke idak di mata mereka.
“2.Minta orang paling rapat dengan kita ambik video kita masa kita tengah buat habbit tu. Then tengok sendiri! Part ni paling lah hahaha. Nanti korang akan nampak macam macam gelagat.
Ads
“3. Kalau korang rasa ianya menjengkel kan, belajar kawal jangan buat lagi. . SEMOGA BERJAYA !!!”
Selain melakonkan watak komedi, pelakon Remy Ishak turut menyahut cabaran untuk menjayakan babak menari Tango bersama aktres, Maya Karin di dalam filem terbaharu, The Expert.
Menurut Remy, dia dan Maya mengambil masa selama enam minggu untuk mempelajari tarian tersebut sebelum memulakan penggambaran.
“Antara cabaran melakonkan filem ini adalah untuk membawakan watak komedi. Saya tak pernah bawakan watak komedi sebelum ini.
“Setiap babak itu saya kena pastikan ia nampak okay ketika ditonton. Namun, yang paling mencabar, sudah tentulah ketika babak menari tango.
“Saya dah Maya berlatih selama enam minggu. Dalam minggu ketiga pergerakkan sudah semakin lancar. Kemudian kita kemaskan untuk penggambaran.
“Maya memang sudah biasa dengan bidang tarian ini dan dia banyak bantu saya,” katanya kepada MH.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem The Expert baru-baru ini.
Dalam pada itu, Remy turut mendedahkan fokusnya juga tidak pernah tengganggu meskipun mengalami kecederaan ketika berlatih.
“Salah pergerakkan dan terpijak kaki itu memang perkara yang biasa berlaku. Saya pun ada mengalami kecederaan terkehel, sakit pinggang, tergeliat dan sakit lutut.
“Nak melembutkan badan pun bukan satu hal yang mudah. Semoga penonton suka dengan usaha saya ini,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai respon isterinya, Ezza Yusof saat menonton babak tersebut, Remy memaklumkan isterinya memberikan reaksi positif.
“Saya rasa dia suka. Semasa dia menonton babak tersebut, dia ada juga tepuk-tepuk peha saya. Saya harap dia okay.
“Dia pun sangat menyokong kerjaya saya selama ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Andre Chew dan Nazim Shah ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Mei ini.
Selain Remy, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon popular seperti Aaron Azizi, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray Dap Dap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mahu membuktikan bahawa artis hip hop juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama penyanyi-penyanyi ternama tanah air untuk sama-sama beraksi di pentas-pentas berprestij.
Menurut Joe, artis hip hop perlu mempunyai impian besar dan dia bersedia untuk membuka jalan bagi memastikan impian tersebut tercapai.
“Setiap kali kami dapat beraksi di pentas-pentas besar, ia merupakan peluang untuk membuktikan yang kami layak untuk berada di situ. Kami yang saya maksudkan itu adalah artis-artis hip hop.
“Membuat persembahan di atas pentas bersama nama-nama besar ini adalah peluang untuk memberikan motivasi dan inspirasi kepada lapisan artis-artis baharu.
“Saya nak tunjukkan bahawa ini tahap yang mereka boleh capai. Bukan nak kata saya bagus tapi saya ada peluang untuk buat persembahan bersama band orkestra dan artis ternama,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Apa Khabar berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 baru-baru ini.
Pada masa sama, Joe kini teruja apabila stigma terhadap budaya hip hop kini sudah berubah.
“Muzik hip hop ini tiada batasnya. Lihat sendiri temasya Sukan Olimpik Paris 2024, ada acara breakdance. Kena ingat, 20 tahun lepas, kalau penari breakdance menari di tengah Kuala Lumpur, mereka akan kena halau.
“Kini beratur orang nak bergambar dengan mereka. Itu menunjukkan walaupun muzik hip hop ini melalui banyak cabaran, kita telah berjaya tempuh dan harungi.
“Tugas saya juga sebagai seorang yang lebih veteran adalah untuk membuka pintu-pintu buat artis hip hop tempatan agar mereka juga dapat kesempatan seperti ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Joe turut memuji karya-karya artis hip hop terutamanya para pendatang baharu yang kini kerap mengungguli carta muzik tempatan.
“Data menunjukkan muzik Hip Hop sebagai genre yang diterima ramai daripada semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh lagu daripada artis baharu, 53 Studios iaitu PP Di Bukit Tabur.
“Lagu tersebut berada di kedudukan 5 terbaik carta lagu untuk beberapa bulan tanpa bantuan daripada radio atau tv. Sejak dua tahun lepas, ada banyak lagu berada di carta nombor satu seperti Satu Malam Di Temasek dan Swipe.
“Kalau tengok carta Spotify, dalam 30 lagu, kebanyakkannya artis hip hop. Malah, ada artis underground seperti Gard. Evolusi muzik hip hop kini sudah tiada diskriminasi,” akhirinya.
Terdahulu, Joe bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah, Datuk Seri Rossa dan Dayang Nurfaizah untuk Konsert Divas & Diamonds 2024 yang akan berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September depan.
Tiket sudah pun mula dijual pada harga RM288 sehingga RM888.
Lima peratus daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan buat mangsa negara bergolak Palestin yang akan disalurkan terus kepada pihak kedutaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Sigit Purnomo atau Pasha Ungu meluahkan rasa marah terhadap pelakon Dimas Anggara yang didakwa telah bertindak kasar terhadap anak lelakinya, Kiesha...