Julia Farhana & Dr Che Hafiz Selamat Bergelar Suami Isteri 14 Disember Lalu

Pelakon Julia Farhana Marin selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember lalu.

Sambil memanjatkan rasa syukur kerana semua urusan dipermudahkan, Dr Che Hafiz yang berkongsi foto istimewa mereka di Instagram turut memohon maaf kerana hari bahagia dilangsungkan secara tertutup.

“Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT buat semua.. Alhamdulillah sesi Akad Nikah (Ijab Kabul) saya dan juga isteri @juliafarhanamarin telah selesai dan berjalan dengan lancar.

“Disini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan di atas sebab sesi akad nikah ini hanya di hadiri oleh keluarga terdekat kedua2 belah pihak.

IKLAN

“Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatanNya hingga ke jannah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi platform sama, Juliana turut membuat pengumuman istimewa berkenaan.

“Assalamualaikum everyone. I would like to share I am officially a wife to @drchehafiz and these are unofficial photos of our solemnization day with both sides of the family but mostly just the two of us for this announcement.

IKLAN

“We would like to apologize to everyone for the late announcement, to friends, our media friends and everyone who were not aware of our wedding because we wanted a very private gathering with only family members. Our sincerest apologies.

“My husband and I would like to humbly request for everyone’s kind doas as we embark on this journey as a married couple. Thank you everybody,” tulisnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.