
Video yang merakamkan aksi spontan Bunga Citra Lestari yang dilihat tak dapat menahan sebak lalu menangis ketika rakan artis, Judika menyampaikan single terkininya, Tak Mungkin Bersama di program Indonesian Idol pada Isnin menjadi perhatian peminat.
Potongan video berkenaan yang mulai dikongsikan ramai sejak malam tadi di media sosial mencetus viral dan rata-ratanya turut terkesan apabila menonton tangisan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, tempoh hari.
Difahamkan, Judika sebelum menyampaikan lagu berkenaan turut menjelaskan, ia berkisar mengenai kehilangan individu yang dicintai.
Bunga (BCL) yang menonton persembahan tersebut di kerusi juri kelihatan beberapa kali mengesat air mata hingga satu ketika dirinya dilihat tertunduk menahan tangis.
Judika juga dilihat seakan-akan sebak dengan situasi berlaku bagaimanapun tetap meneruskan nyayian.
Sementara itu, penyanyi Ari Lasso yang turut sama di kerusi juri dilihat cuba menenangkan BCL.
Terdahulu, berita pemergian Ashraf pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung nyata mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.
Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Bintang itu mengahwini penyanyi BCL pada 2008 dan dikurniakan seorang permata hati lelaki, Noah Sinclair.
Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.
Sejurus menyampaikan lagu berkenaan, Judika turut memberi ucapan serta dedikasi buat BCL.
Foto: YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Bapa saudara penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed iaitu Idris Atan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19, jam 3.22 petang tadi.
Perkara itu dikongsikannya di Instagram.
Sekali gus, ia menjadi kejutan besar buat seluruh ahli keluarganya.
“Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak uda saya, iaitu Idris bin Atan, telah pergi selamanya, kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak, Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris n lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini” tulisnya.
Dalam masa sama, Muaz turut meluahkan rasa sedih kepada ahli keluarga bapa saudaranya dan mendoakan kesejahteraan agar arwah dipermudahkan segala urusan.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AlFatihah,” akhirinya.
A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm) on
Allahyarham Idris merupakan antara empat mangsa yang disahkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini kepada lapan kematian.
Foto: Instagram Muaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Dia Datang Dalam Hidup Bawa Berjuta Rahmat,” – Shakilla Khoriri Imbas Detik Lahirkan Anak

Pelakon Shakilla Khoriri mengimbau kembali detik melahirkan cahaya mata sulung, Ameena Sofea pada 14 Mac tahun lalu.
Kongsi isteri kepada penyampai radio,Fizi Ali itu, dia reda dengan proses melahirkan anak secara pembedahan (caesarean) seberat 3.7kg.
Kapsyen panjang lebar yang ditulis Shakilla bagi memberi dedikasi buat ulang tahun permata hatinya itu.
“Walaupun ada waktu aku rasa MASA tu berjalan sangat lambab tapi hari ni aku macam nak tarik balik kata2 aku tu.
Aku tak pernah share pasal bagaimana pengalaman aku keluarkan budak bertuah @ameenasofia_ ni.
“Doa aku nak bersalin normal meleset kaw kaw disebabkan tak ada kontraksi walaupun 2 minggu lewat. Tiada bukaan, Tiada laluan , segalanya2 tiada. No pain at all. Kau rasaaaaa budak ni?
“Aku akur untuk belah perut aku walaupun aku tahu sampai mati parut pintu keluar budak bertuah ni akan terpahat kat perut aku tu.
“Bila masa aku betul2 akur dan redha , saat tu aku rasa , Ya Allah aku akan jadi Mak ni.
“Kejap lagi doctor belah perut aku keluarkan manusia. Amazing ! Masyallah. Allahukabar!
“Masa dalam OT segalanya berjalan lancar.
“Fizi ada je teman aku dari awal sampai selesai.
“Doctor tenangkan jiwa aku.
Perasaan aku ? KOSONG. Takut TAK. Nervous TAK. Sakit pun TAK. Kepala aku tengah busy fikir betul ke aku nak keluarkan manusia ni? Manusia tu anak aku.
“Aku fikir….fikir…fikir sambil pandang atas, lamunan aku terganggu aku nampak kat cermin atas tu macam ada darah banyak keluar dari satu lubang.Banyak GILE !
“Eh , hello tu perut aku lah bodo.
Alaahhhh terus rasa panic.
Tapi kepala masih fikir sebabnya tak sakit cuma alihkan pandangan. Sampailah sayup2 aku dengar Doctor dan lain2 cakap Alhamdulillah..Fuhhh,”!tulisnya panjang lebar.
Menurut Shakilla,kesakitan yang dialami bagaikan sudah ‘hilang’ apabila pertama kali mendengar tangisan si anak.
“Ok part ni Dramatic sikit yang aku rasa aku tak patut buat. Berkali2 aku tanya fizi anak kita Girl kan? Seiring dengar @ameenasofia_ menangis , airmata aku setitik mengalir. Tapi kenapa setitik ? WHY ? Tanpa esakan. Sebab aku masih FIKIR ! Lahhh !!!!!
“So to all my friends here, walaupun bukan korang je yang terkejut tengok @ameenasofia_ masa lahir macam boxer aku pun terkejut jugak dan makin ligat kepala aku fikir.
“Aku terkenan boxer ke? Takde pulak… tapi inilah dia PUTERI aku. Nurul Ameena Sofia.
Apa pun dia, bagaimana pun dia. Dengan nama Allah aku sayang dan cintakan budak ni sampai Syurga Allah.
“Dia datang dalam hidup aku dengan Fizi bawa berjuta rahmat dan rezeki yang maha besar. Kebahagian yang paling aku cari selama ni.
“My beautiful daughter @ameenasofia_ ,
HAPPY BIRTHDAY. I love you so very much,” akhirnya.
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Terdahulu, Shakilla dan Fizi diijabkabulkan pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ameena Sofia,1 tahun.
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Foto : Instagram Shakilla Khoriri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Hari ini genaplah usia perkahwinan pelawak, Amir Raja Lawak dan isterinya, Nur Intan Syafinaz yang ke lima tahun.
Momen indah itu dikongsikan Amir menerusi entri terkini di laman Instagram yang memperlihatkan dia dan isteri sedang menikmati makan malam romantis di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.
A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak) on
“Selamat ulang tahun perkahwinan kita yg ke-5 buat isteriku tercinta. Alhamdulillah. Kita kekal dengan cara kita, tak mengikut cara hidup orang lain.
“Kita bahagia dengan cara kita, tidak cuba bahagia dengan gaya hidup orang lain.
(Kira tak macam cerita tan sri p.ramlee la, orang beli tv baru dia nak tv baru, orang beli kereta baru dia nak kereta baru),” tulisnya.
Dalam pada itu, pemenang tempat ke-3 Raja Lawak musim ke-3 itu turut meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang telah dikurniakan buat diri dan keluarganya selama ini.
“Masing-masing pun dah cukup mengenali, apa yag kurang, kita saling melengkapi. Walau ada yang belum cukup, in shaa Allah di hari kemudian pasti ada, aamiin.
“Semoga kita sihat-sihat selalu dan dilancarkan urusan kerja dan perjalanan hidup kita, in shaa Allah aamiin.
“Terima kasih Allah (syukur) dengan cinta yang aku temui ini. Berkatilah hubungan yang halal ini dengan limpahan rezeki dan kasih sayang dariMu, aamiin.
“Semoga hubungan ini kekal sampai ke jannahMu Ya Allah, aamiin ya mujib. I love u @intan.saari ” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan ucapan buat Amir dan juga pasangannya itu.
Terdahulu, Amir dan Intan telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015 di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.
Bagaimana pun, pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram Amir Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

