Chef terkemuka, Datuk Redzuawan bin Ismail atau Chef Wan menerusi laman Instagram memaklumkan bekas isterinya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Jelasnya majlis pengkebumian akan dijalankan esok.
“Dengan rasa dukacitanya saya ingin memberitahu bahawa my x wife had just passed away di Hospital Ampang.
“Am making all the necessary arra ngement for the funeral esok and will inform all my relatives later.
Alfatihah,” kongsinya.
Serina turut memaklumkan berita duka itu dan menjelaskan ibunya meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.
“Assalamualaikum, Serina nak maklumkan Ibu saya Hajah Norhayate Binti Ayub telah meninggal dunia hari ini di Hospital Ampang, kerana komplikasi buah pinggang dan jantung.
Ads
“Mohon keluarga,sahabat semua sedekahkan Al fatihah & yasin kepada Arwah Mama. Allahuakhbar.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga firdausi sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluargaku semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” kongsinya.
Menanti kelahiran cahaya mata sulung, pelakon dan usahawan Ardell Aryana enak menikmati buah nanas.
Bagaimanapun, segelintir netizen telah meninggalkan komen dengan rasa bimbang apabila pelakon itu ‘selamba’ menikmati buah tersebut yang dianggap ‘tajam’ bagi masyarakat dahulu kala.
“Cuma buat potongan seni sikit , 3 bahan ini sahaja boleh buat korang “Ngencesss”. Uuuuuiiihh!!! Tengok resepi makan pineapple ni.
“Full video boleh click je link YouTube di profile saya , inshaallah tak menyesal. Khas buat Followers 1.2M yang tengah keboringan , boleh add on dalam menu “ Tempoh berkurung “ korang.
“Selamat mencuba #stayathome and try this.
“Mudah, Sedap, Menyegarkan, ikut cara yang betul kat ok . #alhamdulillah pasni habis nenas di kebun,”tulisnya.
Selamat diijabkabulkan pada 20 Disember tahun lalu, pelakon Farah Nabilah dan suami, Mohammed Amirul Yunus kini sedang menikmati percutian bulan madu di Maldives.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek di Instagram miliknya.
Da’i Luqman menggesa orang ramai agar tidak perlu menunding jari pada golongan tabligh semata-mata terhadap krisis yang melanda kini.
Kongsinya menerusi Instagram, masyarakat khususnya umat Islam perlu bekerjasama dan bermuhasabah diri apabila berlakunya situasi penularan Covid-19.
“Berhentilah menghina dan memerli golongan Tabligh. Amat menyedihkan apabila penghinaan itu hadir dari mulut serta penulisan dari bangsa Melayu yang beragama Islam.
“Tidakkah kalian lupa, “Setiap Muslim itu adalah bersaudara?” Di saat ini kita semua sedang diuji dgn bala Covid-19 oleh Allah SWT utk kita sama-samaberfikir n bermuhasabah diri sendiri, bukan meletakkan kesalahan kepada satu pihak semata-mata.
“Sedangkan mereka sendiri (golongan Tabligh) x pernah meminta untuk dijangkiti penyakit ini sebagaimana kita.
“Chaq amat menghormati golongan Tabligh. Sebab mereka mampu buat dakwah lebih hebat dari diri chaq n kebanyakan pendakwah lain.
“Sedang pendakwah lain senang duduk di atas kerusi yang empuk menanti bayaran dari pihak penganjur, mereka (golongan Tabligh) ini berjalan kaki,dari rumah ke rumah menyampaikan dakwah serta ilmu dgn ikhlas tanpa mengharap sebarang bayaran
“Jadi puncanya di mana? Adakah disebabkan Wuhan? Adakah disebabkan jemaah Tabligh? Adakah disebabkanmereka yang memakan benda² yang tak sepatutnya?
“Baginda SAW pernah bersabda kepada sahabat² Baginda di dalam sepotong hadith riwayat Abdullah ibnu Umar, “Sekiranya kalian diuji dengan 5 perkara, aku memohon Allah melindungi kalian : (salah satunya)Tidaklah Allah menimpakan kalian dengan Waba’ penyakit yang tak pernah dihadapi oleh mana² kaum sebelum kamu, melainkan ia disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan suatu kaum lalu dipertontonkan tanpa malu dan ragu” (HR Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah : No. 4009),” kongsinya panjang lebar.
Malah, Luqman menyeru agar orang ramai perlu muhasabah diri ketika berlakunya situasi sedemikian (penularan wabak covid-19).
“Tidakkah kita sedar berapa ramai manusia pada hari ini (termasuk kita) yg sudah x malu mempertontonkan dosa yg dilakukannya.
“Yg menari tik-tok dipost secara umum tanpa rasa segan? Yg memakai tudung menampakkan aset-aset yang sepatutnya dilindungkan?
“Tidak dikira dengan kes pondan dan pengkid yg x pernah sedar akan kesilapan?
“Ya, kitalah puncanya. Allah bukan hanya sedang menghukum mereka yang ingkar, bahkan Allah sedang menguji kita yang melihat dan mendengar
“Muhasabahlah diri, perbaiki jati, tetapkan iman di hati. Teruskan istighfar, teruskan taubat. InsyaAllah, rahmat dan pengampunan Allah pasti akan mengusir segala wabak yang sedang kita hadapi. Wallahua’lam,” akhirinya.