Konvoi lapan lelaki warganegara Singapura yang masuk ke Malaysia untuk bersahur di Pagoh, Muar bertukar tragedi apabila mereka dirempuh sebuah lori kontena di kilometer 111.4 lebuh raya utara-selatan pada 23 Mac yang lalu.

Dalam kejadian itu, lori kontena yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kumpulan tersebut yang berhenti di lorong kecemasan apabila motosikal salah seorang daripada mereka pancit.

Akibat daripada rempuhan itu, dua daripada lelaki warga Singapura meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat yang lain cedera parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Juara Pertandingan Realiti Nyanyian Meninggal Dunia Dirempuh Lori Kontena

IKLAN

Salah seorang yang maut adalah Muhammad Shahfiq Irman, 26, yang merupakan seorang penyanyi dan juara pertandingan realiti nyanyian popular di Singapura, Anugerah bagi edisi tahun 2017.

Menurut laporan Berita Mediacorp dalam temu bual bersama adik allahyarham, Syah Riszuan, abangnya ketika ini tidak aktif sebagai penyanyi dan baru sahaja menamatkan latihan khidmat negara.

IKLAN

“Arwah abang saya baharu sahaja selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan bekerja sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium swasta. Arwah tidak aktif dalam bidang nyanyian buat masa ini,” kongsi Syah Riszuan.

IKLAN

Jenazah telah dikebumikan pada Ahad, 24 Mac di Pusara Aman sekitar jam 11 pagi. Sekadari info, Allahyarham Shahfiq merupakan graduan Diploma dalam bidang muzik dari Kolej Seni LASALLE.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI