Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi berkongsi cerita mengenai anak perempuan arwah iaitu Dzahira Talita Zahra, yang sudah melalui menstruasi pertamanya.
Menurut Siti Fatimah yang sinonim disapa Makder, dia mengetahui perkara itu selepas diberitahu cucunya menerusi WhatsApp.
“Ti (Siti Sarah), anak kau dah besar. Petang tadi pukul 5:34 petang video call Talita, sembang-sembang biasa dengan dia.
“Lepas tu entah kenapa saja tanya ‘Dekta (Talita) dah period ke?’ Lepas tu dia cakap belum.
Ads
“Pukul 6:48 petang tadi dia WhatsApp nak cakap dia dah period. Terkejut saya. Baru je tanya tak sampai dua jam.
“Saya pun call untuk suruh dia bagi tahu Mummy (Watie) Alhamdulillah dah besar Talita,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.
Malah menerusi hantaran sama, Makder turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama gadis berusia 11 tahun itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tumpang gembira melihat perkembangan anak penyanyi popular itu yang kini sudah melalui fasa sebagai gadis awal remaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pesyen terkenal dan pengasas bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin selamat menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsikan Rizman menerusi hantaran terkininya di laman Instagram, sekali dengan wajah serta nama puteri keduanya.
“Bismillahirahmanirahhim dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam.
“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, PRINCESS RAINAA,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Melalui entri yang sama juga, Rizman turut memaklumkan makna nama anak kedua hasil pilihannya dan isteri, Rainaa yang turut membawa maksud yang indah dan baik.
Meluahkan rasa syukur, Rizman turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dipermudahkan, menjadi anak solehah dan baik budi pekertinya.
“Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama tumpang gembira dan memuji wajah comel Rainaa yang saling tak tumpah seperti kakaknya.
Imbas kembali, Rizman dan isteri, Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.
Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Rizqaa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit terkenal, Datuk A Aida mengambil pendirian untuk ‘blacklist’ (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya.
A Aida, 54, mempunyai sebab tersendiri apabila mengambil keputusan sedemikian.
“Saya tidak mahu ambil dia (Ruhainies) berlakon dalam produksi lagi selepas ini.
“Saya tidak mahu isu dirinya (Ruhainies) didakwa ditangkap berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz itu memberi kesan kepada drama atau telemovie terbitan produksi,” katanya, lapor Harian Metro.
Malah, A. Aida juga memaklumkan, pelakon itu sepatutnya terbabit dengan telefilem berjudul Elham Untuk Nian terbitan produksinya untuk Salam HD @unifitv pada April depan.
“Pihak produksi juga sudah tetapkan tarikh untuk penggambaran tetapi dia (Ruhainies) belum tanda tangan kontrak.
“Bagi saya, isu yang dikaitkan dengannya itu serius dan dia terpaksa akur namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.
“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang bermasalah, saya akan ‘blacklist’,” katanya lagi.
Ditanya artis yang akan menggantikan Ruhainies pula, kata A Aida, dia akan mengambil pelakon Bella Astillah untuk berlakon dalam produksinya nanti.
“Saya juga mahu menjaga hubungan baik dengan Bella. Saya pun baik dengan Bella dan tidak elok jika saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku membabitkan mereka,” katanya.
Terdahulu, A Aida memuat naik hantaran di Instagram dengan meluahkan perasaan dengan ujian yang menimpa rakan pelakon.
“Sebak bila mengenangkan nasib artisku yang tidak putus-putus diberi ujian. Dan yang paling ku geram, artis yang sekor tu takda orang lain ke nak mengorat, sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untukmu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pelakon jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya juga tidak dapat lari daripada masalah tekanan atau keresahan seiring dengan pertambahan usia.
Menurut pelakon yang kini meniti usia 41 tahun itu, dia menjadi tertekan apabila terlalu memikirkan perkara yang berada di luar kawalannya.
Malah akui Nora, tidak salah untuk seseorang itu berasa sedih namun, ia tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan hingga makan diri.
“Bagi saya, ada kalanya saya tertekan bila memikirkan soal kerjaya. Masa saya muda, saya selalu bayangkan pada umur 41 tahun, saya akan mencapai pelbagai perkara.
“Bila tak dapat, saya jadi tertekan dan keresahan. Tapi saya cepat-cepat alihkan gangguan tersebut kepada perkara lain.
“Kita boleh sahaja nak bersedih tapi mesti ada jangka masanya. Sehari dua rasanya sudah cukup. Tak perlu terbawa-bawa sampai lama sangat.
”Kita kena selalu cakap dengan diri, ‘kita akan okay’ dan cuba cari jalan untuk selesaikan masalah itu. Kebanyakan orang mungkin dia akan putus asa. Putus asa ni boleh buatkan seluruh anggota badan kita ‘shut down’.
”Jangan guna perkataan give up. Bila dengan anak-anak pun saya elakkan guna ayat sedemikian,” katanya kepada NONA.
Tambahnya lagi, dia tidak berjumpa dengan pakar kesihatan, sebaliknya hanya membuat carian di Internet untuk meredakan keresahan yang dihidapinya itu.
“Bila dah berumur ini, saya jadi lebih takut kepada kematian. Rawatan tak ada sangat tapi saya lebih banyak kepada membaca. Sekarang ini, di media sosial dah banyak orang berkongsi kata-kata motivasi. Jadi, saya selalu tengok dan baca.
“Punca anxiety bukan disebabkan netizen tetapi lebih kepada kalau saya naik kapal terbang, saya akan banyak fikir (terhempas). Saya seorang yang emosional, sangat sensitif.
“Dua perkara ini boleh menjadi faktor saya berfikir berlebihan. Selalunya persepsi kita, bila terlalu fikirkan sesuatu, mesti kita ingatkan benda-benda keburukan.
“Tapi saya akan cepat-cepat salurkan fikiran itu sebagai ‘super power’ saya. Orang lain tak ada, tapi saya ada. Bukan apa, terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja, malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” katanya lagi.
Dia pada masa menambah, setiap kali perlu menaiki kapal terbang, dia pasti akan menghubungi ibunya untuk berpesan mengenai harta peribadi.
“Saya akan buat wasiat dan apa yang patutlah. Telefon mak saya dah beritahu harta saya dekat sini dan semualah. Tapi itulah, lama-lama saya sendiri kena ‘push’ diri.
“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan yang agak lama dan tidak boleh ke mana-mana, anxiety jadi semakin sebati dalam diri saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.