Pasti ramai yang sudah mengetahui pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada awal November lalu.
Namun sejak dilahirkan, Jovian seperti mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak mendedahkan wajah anaknya di media sosial.
Namun, baru-baru ini Jovian dan Pasangan telah mengambil langkah berani untuk mendedahkan wajah puteri sulungnya di akaun Instagram milik masing-masing.
Comel, itulah perkataan yang keluar apabila pertama kali melihat wajah anak kepada pereka fesyen tersebut.
Selepas lebih seminggu juga, akhirnya Jovian telah mendedahkan nama anak kesayangannya, menerusi akaun Instagram miliknya.
“Meet our little Princess, Jeanelle Nika Mandagie.” Tulis Jovian ringkas
Dalam pada itu, Jovian juga telah mencipta akaun khas buat anak @princessmandagie yang kini memiliki lebih 31 ribu orang pengikut.
Bayi perempuan itu dilahirkan pada 1 November dan buat pengetahuan semua, akaun tersebut sebenarnya sudah diwujudkan sebelum kelahiran Jeanelle lagi.
Perkongsian Jovian itu telah menerima lebih daripada 64,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya mendoakan Nina selamat menjalani tempoh berpantang.
MH Online ucapkan tahniah buat Jovian dan Nina. Semoga Jeanelle membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI