“Jom Naik Pelamin Sekali Lagi,” – Alif Satar Kongsi Video Nyanyi, Tapi Ini Reaksi Isteri Gara-Gara…

Share

Artis versatil, Alif Satar mendedikasikan lagu nyanyian Tompi berjudul Selalu Denganmu kepada isterinya, Shadila Halid.

Malah, lagu tersebut membawa makna buat pasangan ini kerana ia merupakan lagu kegemaran dan menjadi simbolik lagu video akad nikah.

“Ni lagu favourite bercinta sampai jadi official song video nikah😉 SELALU DENGANMU.. “Oh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini, hanya untukmu.. selalu setia, selama-lamanya…” @shadilahalid ,” tulis Alid sambil menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Menerusi ruangan komen, Shahida telah memberikan respon.

Terdahulu, Alif dan Shadila berkahwin pada 15 September 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang anak iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.

Foto : Instagram Alif Satar, Youtube Studio Pixelworks

IKLAN