Penyanyi Amira Othman tidak ketinggalan ditanya ramai peminat bila akan menamatkan zaman bujang terutamanya apabila ramai rakan-rakan baiknya kini telahpun melangkah ke alam rumahtangga, tak kurang juga yang sudah bergelar ibu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 29, mengakui dia masih lagi solo dan tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Ketika ditemui MH, Amira menjelaskan sudah menjadi satu kebiasaan bagi dirinya, apabila setiap kali ada rakan-rakan yang berkahwin, pasti dirinya tidak terkecuali diasak soalan bila dia bakal menamatkan zaman bujang.
“Penuh DM (Direct Message) saya, anda ucap dan doa macam-macam yang baik untuk saya. Terima kasih di atas doa yang baik-baik.
“Jodoh ni kan macam rezeki juga ajal, tiada siapa tahu. Cukuplah saya memberi jawapan saya memang tidak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Ads
“Ramai ingat saya berahsia, tapi saya tidak menyembunyikan apa-apa tapi inilah jawapan jujur daripada saya. Anda doalah yang baik-baik ya,” tulis Amira.
Malah, ucapan Amira yang menitipkan doa ketika perkahwinan sahabat karibnya Wany yang bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, pada 22 Julai 2022 yang lalu, telah menarik perhatian warganet.
Ads
“Untuk sahabat saya yang cantik, Wany Hasrita tahniah tau! Semoga kau berbahagia sampai syurga.
“Anak yang baik Wany ni, kawan yang baik, pergi haji sama-sama, pergi umrah sama, semua sama-sama… kahwin je tak sama-sama.
“Adib jaga Wany baik-baik okay? Sayang sangat,” tulis Amira lagi.
Ads
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi, Aisha Retno tidak menafikan lagu baharu, Samudera yang mengetengahkan dialek Kelantan dan tradisi makyung adalah lagu termahalnya setakat ini.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkata ia termasuklah kos daripada peringkat proses produksi lagu sehinggalah kepada pembikinan muzik video.
“Daripada segi kewangan, iya ini lagu yang paling mahal kerana pembikinan muzik videonya turut menggunakan kos yang tinggi, termasuk soal produksi selain saya kini sudah bergerak secara sendiri.
“Sementara daripada segi penciptaan lagu itu sendiri pula, saya tidak boleh nak zahirkan bagaimana nilainya.
“Cuma apa yang boleh saya katakan, ia karya yang mahal kerana saya hasilkan lagu ini dalam tempoh seminggu. Mahu dalami apa itu tradisi makyung, berguru apa semua. Tapi syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” katanya.
Aisha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Samudera & Aisha Retno Malam Sutera Live In Concert 2024 di The StarHill, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aisha juga menolak gelaran sebagai Ratu Etnik Kreatif Malaysia selepas tampil dengan beberapa karya genre sedemikian sebelum ini.
“Saya takut… bukan saya nak tolak gelaran itu tapi bila orang tanya, saya akan kata belum layak lagi sebab masih lagi baru, hanya ada tiga lagu yang bergenre tradisional yang disulam dengan rentak moden.
“Apa yang saya boleh katakan, insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu hasilkan album tradisional-moden. Dari situ kita lihat macam mana sebab saya pun masih lagi mencari genre yang selesa dengan saya,” katanya lagi.
Mengulas mengenai kritikan pendengar susulan dialek Kelantan yang digunakan menerusi Samudera, Aisha menjelaskan dia juga mempunyai darah keturunan Pantai Timur memandangkan ayahnya berasal dari Besut, Terengganu.
“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya ini orang Besut. Bapa saya berasal dari Besut jadi saya mahu menghormati budaya Kelantan juga dengan penghasilan lagu ini. Tak sangka pula lagu ini mencetuskan kritikan yang baik dan sebaliknya.
“Saya ada tengok komen ramai yang tahu saya orang Jawa tapi tak tahu saya juga ada ‘half’ Kelantan. Jadi jangan risau, saya ada darah Kelantan dan saya buat lagu ini untuk tarik peminat di Pantai Timur.
“Sebab saya tidak menafikan dari segi demografik ramai lagi orang di Pantai Timur yang masih belum mengenali saya.
“Jadi melalui lagu ini mungkin boleh sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk mendengar lagu saya.
“Malah dalam masa sama saya mahu tarik peminat di Indonesia dan juga di sini, saya mahu perkenalkan dialek Kelantan dan juga seni makyung,” katanya lagi.
Aisha juga mengakui dia tidak fasih untuk bertutur dalam dialek Kelantan, tapi mencuba untuk menyampaikan dengan baik selepas belajar dengan bapanya.
“Sebenarnya saya tidak berapa fasih berdialek Kelantan, saya ambil masa dalam dua bulan untuk belajar dengan ayah. Agak ‘struggle’ sebenarnya nak belajar dialek Kelantan sama seperti saya ‘struggle’ belajar bahasa Jawa.
“Tapi saya mendapati dialek Kelantan lebih unik selepas mendalaminya dan ia boleh digunakan untuk seni. Tapi saya perlu cakna dan saya peka sebagai seorang artis dan dalam masa saya kena teroka lebih lagi dan berhati-hati,” katanya.
Lagu Samudera ditulis dan digubah sendiri Aisha bersama Glowrush dan Shanekennedy dan naskhah ini berkisarkan mengenai Cik Siti Wan Kembang dan serba sedikit berkait dengan kisah perjalanan Aisha dalam industri muzik tanah air.
Dalam perkembangan lain, Aisha kini sedang sibuk membuat persediaan untuk mengadakan konsert sulungnya, Malam Sutera Live In Concert pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, perjalanan konsert setakat ini berjalan lancar walaupun sekarang saya sudah bergerak sendiri, tapi saya risau juga dalam masa sama.
“Saya lebih takut dengan kesihatan saya, sebab untuk acara pelancaran ini pun saya hilang suara selama dua hari. Namun alhamdulillah ia sudah kembali baik.
“Apa pun, saya anggap peluang mengadakan konsert sebagai satu kurniaan rezeki yang sangat besar. Setakat ini, proses persiapan berjalan dengan lancar dan jualan tiket juga sekatat ini sudah lebih 50 peratus,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pengurus kepada pelakon Wanna Ali yang dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan mengenai hantaran terkini Wanna bersama aktor Fattah Amin di Instagram yang telah mencetuskan kemarahan segelintir pihak pada Jumaat.
Menurut Yaya, hantaran tersebut telah disusun dan dimuat naik lebih awal tanpa mengetahui sebarang isu melibatkan Fattah yang dilaporkan bakal becerai dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Nur Fazura.
Katanya lagi, Wanna juga bukanlah seorang suka mengambil tahu mengenai urusan orang lain.
“Wahai netizen, tolonglah! Benda ini schedule post dan Wanna orang paling tak tahu menahu pasal apa yang jadi tentang isu sekarang.
“Jadi, jangan serang Wanna. Lepas benda ni dah post baru Wana tau pasal isu yang hangat pagi ni. Itu pun Wana tahu dari Yaya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Yaya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, hantaran tersebut hanyalah betujuan untuk mempromosikan episod drama terbaharu Lelaki Melayu Terakhir.
“Dah la ini je proper gambar Kasih dan Jazlan. Ini je la gambar yang diorang ada dan episod ni pun betul-betul keluar malam tadi
“Please korang, Wanna pun dah text personally dengan Fazura. Dia hanya buat kerja dia! ini episode malam tadi,” katanya lagi.
Terdahulu, memetik laporan BH Online, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun media sosial masing-masing.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nds.Yaya & Wanna Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir bersyukur apabila adiknya, Mia Nasir tidak mengalami kecederaan serius selepas diserang seekor anjing jenis Rottweiler ketika menjayakan sebuah projek drama, baru-baru ini.
Menurut Anzalna, pihak berkaitan perlu lebih peka meski bintang berkenaan sudah pun dilatih untuk berlakon.
“Nasib baik Mia cepat react dengan menjerit sekuat hati. Kalau tak, memang hancur kaki adik I!
“Kena lebih peka dalam issue ni walaupun katanya anjing tu berlakon juga tapi anjing Rottweiler kot not a puppy untuk ambil ringan!,” kongsinya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan pendapat tersebut menerusi salah satu hantarannya di Insta Stories, pada Isnin.
Terdahulu, Mia diserang anjing ketika berada di set penggambaran dan video insiden itu dikongsikan turut dikongsikan Mia di media sosial kelmarin, sekali gus menerima reaksi pelbagai warganet.
“Anjing tu ialah anjing yang dilatih untuk berlakon. Waktu saya menjerit tu saya dah nampak yang dia akan attack saya.
“And character saya mmg sejenis takut anjing. I feel like the dog’s trainer kena lebih peka dan memastikan tali anjing tu sentiasa pendek yang tak boleh sampai ke pelakon,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Barisan duta dan wajah kempen menjadi tumpuan utama Pertunjukan Fesyen Warna Lebaran Ariani 2026, baru-baru ini apabila jenama fesyen Muslimah terkemuka itu setia mengekalkan...