‘Jika Cuba Untuk Mencuri Kegembiraan Kami, Tahniah Korang Berjaya!’ Netizen Buat Caprice Menangis!

“Salah ke ke jika kita hanya enjoy the momen?”

Itulah antara kata-kata Caprice yang cukup menyentuh hati dan perasaan.

Nampaknya seminggu dua ini bukanlah hari yang baik buat rapper dan pengasas Jihad in Education yang terkenal dengan trademark ‘bang-bang’.

Jika sebelum ini Caprice ada bergaduh dengan seorang wanita di Instagram, namun terbaru Caprice mengakui silapnya dan meminta maaf atas ketelanjurannya yang hilang kawalan ketika itu.

“Saya telah viral di media sosial atas dua sebab, salah satu kerana seorang gadis yang provoke saya. Pertama kali saya ingin meminta maaf kepada individu terbabit kerana menggunakan kapsyen yang agak kasar.

 

“Sewaktu itu DM telah masuk pada masa yang salah dan saya minta maaf!” terangnya dengan tenang.

Namun keadaan bertukar menjadi sedih apabila Caprice mula menyentuh tentang Pilihan Raya Umum ke-14

“Ramai orang meraikan kemenangan PKR, kebanyakan orang meraikan kerana Tun M kembali da nada sesetengah meraikan kerana Najib sudah tiada!

 

“Sepanjang saya duduk di Malaysia saya tidak pernah nampak kesepakatan seperti ini, ia merupakan sesuatu yang mengagumkan,” jelasnya dengan nada yang sebak.

Tiba-tiba caprice, hilang kawalan lalu mula sebak

IKLAN

“Saya gembira dengan semua ini tetapi tiba-tiba kamu semua datang, ada sekumpulan individu ‘korek’ dan dedahkan beberapa selebriti dan public figure.

 

“Dikala kita semua sedang bergembira, korang pula sibuk memecah belahkan orang. Tidak boleh ke kita raikan dan hayati momen sejarah gembira seperti ini bersama?

 

“Tidak kisah apa pun alasan, Malaysia berhak untuk miliki momen indah seperti ini.

 

“Jika korang cuba untuk mencuri kegembiraan kami jadi tahniah kerana korang berjaya!” kata Caprice dengan penuh kekesalan.

MH sedar memang ramai netizen yang langsung tidak memahami situasi seorang selebriti apabila mereka meraikan kemenangan Tun M.

Ada sahaja mulut-mulut jahat yang menggelarkan mereka lalang kononnya sebelum ini tidak pernah menunjukan kesetiaan mahupun sokongan terhadap Tun M.

Tetapi persoalan di sini jika itu anggapan korang, bagaimana seorang selebriti boleh menyokong secara terang-terangan bila mana apabila mereka memuji atau hanya sekadar memuat naik video ucapan hari jadi sahaja masing-masing sudah diugut dengan macam-macam perkara sehinggakan mereka semua di paksa untuk memadam posting tersebut?

Jadi, sudah-sudah lah mengamalkan cyberbully terhadap selebriti dan mengatakan mereka lalang. Bak kata Neelofa, kebanyakan daripada mereka sebenarnya adalah pengundi senyap dan terpaksa menjada periuk nasi masing-masing.

Nah MH berikan beberapa lagi selebriti yang berkongsi kisah pernah diugut dan diganggu sebelum ini, korang fikirkan sendiri jika korang berada di tempat mereka adakah korang akan terlebih berani? Atau adakah korang akan lakukan perkara yang sama sahaja seperti merek?

IKLAN

‘Lama Simpan, Tak Boleh Upload’ Che Ta Buka Cerita Apa Yang Dilalui Oleh Kebanyakan Selebriti Orang Banyak Tak Tahu?

‘Stop Calling The Quiet Ones Lalang!’ – Neelofa Ada Ucapan Untuk Makcik Bawang!

[VIDEO] Kenapa Baru Sekarang Buka Rahsia? Ini Penjelasan Datuk Fazley

Seolah-olah Beri Promosi Secara Percuma – Wak Doyok Perjelas Isu Dikata ‘Lalang’