Menjadi selebriti ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih lagi apabila setiap tindak tanduk mereka menjadi perhatian orang ramai.
Lebih lagi apabila bercakap isu politik, tidak semua perkara mereka boleh meluahkan rasa tidak puas hati atau sebagainya.
Tambah pula sebelum ini Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu kebebasan bersuara.
Namun, sejak kerajaan Malaysia bertukar dan segala perkara dirombak dan wujudnya hak masyarakat bersuara, ramai selebriti yang mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa gembira mereka serta memuji sesiapa sahaja warga politik yang mereka mahukan.
Termasuklah, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah dilantik semula menjadi Pedana Menteri Malaysia ke-7 sekali lagi.
#MHBreakfirst: [Eksklusif PRU14] Ucapan Tahniah Para Selebriti Atas Kemenangan Pakatan Harapan!
Walaubagaimanapun, tindakan niat murni mereka telah disalah tafsirkan oleh sesetengah individu yang cuba membuatkan provokasi di kalangan mereka.
Tanpa bersalah, segan dan cuba memahami situasi seorang public figure, ramai menggelarkan mereka “Lalang” hanya kerana secara tiba-tiba mereka memuat naik gambar bersama Tun M dan memuji serta mengucapkan tahniah atas kejayaan Tun M.
Agak terasa hati dengan tindakan sesetengah netizen yang sengaja melakukan cyberbully ke atas selebriti dengan cara itu, Neelofa terpanggil untuk menyampaikan sesuatu kepada warga bawang di Instagramnya.
“Apabila kamu terperangkap di dalam situasi yang kurang menyenangkan, mulut kamu ditutup untuk tidak berkata apa-apa apatah lagi berada di pihak pembangkang, kamu tiada pilihan dan lebih baik berdiam diri.
“Dan untuk semua ‘bawang’ korang patut berhenti menggelarkan individu ‘senyap’ ini dengan panggilan lalang, Tiba masanya untuk bersatu, bergabung untuk memertabatkan Malaysia, Malaysia kita!
“Jadi berhenti menunding atau menghentam selebriti yang lain juga. Inilah masa kita sama-sama menyambut kemenangan bukannya mengelarkan itu ini.
“Tidakkah ia seperti merdeka sekali lagi? Mari sama-sama bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan bersejarah ini terutamanya di kalangan generasi muda yang dapat menyaksikan, rasa disayangi dan selamat sekali lagi,” tulis Neelofa di ruangan Insta Storiesnya.
Memang betul kata Neelofa, daripada kita sibuk menggelarkan selebriti ini atau mana-mana individu dengan gelaran ‘lalang’ bukan ke lebih baik kita sama-sama bersatu untuk memajukan lagi negara?
Rasanya, tidak salah sekirannya selebriti-selebriti mengucapkan tahniah buat Tun M yang memang sudah banyak berjasa pada negara kita.
Lagipun kalau sibuk sangat menggelarkan orang lalang dan sebagainya, ia tak memberi apa-apa manfaat serta bantuan pada negara pun. Lebih baiklah sama-sama bersatu dan memulihkan apa yang patut dipulihkan!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI