Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah pun diketahui dan buat kali pertama selepas merdeka, tampuk kerajaan Malaysia kini telah pun beralih kepada Pakatan Harapan (PH).

Lalu, bertalu-talu ucapan tahniah diberikan rakyat Malaysia terhadap PH dalam pilihan raya kali ini yang diharapkan mampu memberi nafas baru kepada negara tercinta.

Bagaimanapun apa yang tidak sedapnya, ada netizen yang memberi pandangan bahawa segelintir selebriti yang tiba-tiba dilihat cepat ‘bertukar selera’ dalam memberi sokongan kepada kerajaan baru membuatkan ada yang bersepsi bahawa sebilangan penggiat seni Malaysia sebagai ‘lalang’.

Ibaratnya, dulu kemain sokong si A, tetapi sebab si A tewas, alih-alih gigih menyatakan sokongan terhadap si B menerusi media sosial pula.

IKLAN

Tidak terkecuali, Wak Doyok yang turut menerima tempias sama apabila dia yang sebelum dikatakan sebelum ini gigih menyokong kerajaan lama menerusi media sosial. Namun terbaru, berbeza pula posting yang dimuat naik bintang berkenaan berhubung fahaman politiknya.

Seolah-olah Beri Promosi Secara Percuma – Wak Doyok Perjelas Isu Dikata ‘Lalang’

IKLAN

Malah, ada netizen yang sanggup memuat naik screen shoot gambar sebelum dan selepas kempen pilihan raya yang dimuat naik selebriti sebagai bukti.

Mengulas mengenai hal itu, Wak Doyok menjelaskan tidak timbul soal ‘lalang’ kerana baginya, dia hanya boleh memberikan sokongan setakat mana termampu.

IKLAN

“Sebelum ini pun, saya ada berjumpa dengan Tun di pejabat Yayasan di Putrajaya untuk menjelaskan keadaan sebenar. Cuma sebagai ahli perniagaan, saya tidak boleh terlalu expose dengan politik.

 

“Mana yang termampu saya hanya sokong daripada belakang sajalah. Tetapi, kita bukan jenis nak ‘tweet’ dan sebagainya,” jelas Wak kepada MH.

Ditanya mengenai wujudnya kecaman daripada netizen berhubung isu berkenaan, Wak menjelaskan dia positif dan cuba bertenang memandangkan sebelum ini dia pernah menerima kritikan dan kecaman yang lebih teruk.

“Saya sudah biasa. Dikecam, dihina lagi teruk jadi saya kunci saja. Tambahan sekarang sekarang adalah musim pilihan raya dan selepas ini, tiba musim raya. Jadi orang akan saling bermaaf-maafan. Tak manis kalau nak maki atau apa. Saya relaks saja tanpa bahasakan semua followers. 

 

“Yang boleh saya cakap adalah alhamdulillah sebab bila nama disebut di media sosial oleh netizen blog, ia seolah-olah memberi saya promosi secara percuma. Saya tak perlu bayar beribu-ribu ringgit, dapat promosi secara percuma. Malah pada masa sama, produk saya pun alhamdulillah bertambah maju,” katanya jujur.

Terdahulu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 yang turut sinonim digelar ikon fesyen ini ditemui MH di majlis pelancaran produk solekan daripada juru solek terkenal, Datuk Alha Alfa di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Wak Doyok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI