Tidak tahan dengan provokasi yang dilakukan oleh netizen di media sosial, Che Ta atau nama sebenar Rozita Che Wan berang dan hilang kawalan terhadap kata-kata melampau seorang pengikutnya.

Ingin berkongsi kegembiraan di Instagram tentang kemenangan dan pelantikan Tun Dr. Mahathir sebagai pedana menteri Malaysia Ke-7, Che Ta tidak berhenti memuat naik beberapa gambar serta posting mengenai Tun M sejak awal pagi semalam.

Namun, ada sahaja mulut-mulut lahar dan tidak puas hati dengan tindakan pelakon ini dan mengatakan mereka sengaja ‘menjilat’ kerajaan Malaysia yang baru.

Bagaimanapun, Che Ta tidak mendiamkan diri dan melawan kata-kata individu ini.

‘Lama Simpan, Tak Boleh Upload’ Che Ta Buka Cerita Apa Yang Dilalui Oleh Kebanyakan Selebriti Orang Banyak Tak Tahu?

‘Lama Simpan, Tak Boleh Upload’ Che Ta Buka Cerita Apa Yang Dilalui Oleh Kebanyakan Selebriti Orang Banyak Tak Tahu?

IKLAN

Namun terbaru Che Ta menjelaskan salama ini bukanlah dia sengaja tidak mahu memuat naik, tetapi kerana tidak dibenarkan memuat naik jadi dia terpaksa simpan gambar-gambar ini demi menjaga keselamatan dirinya.

Malah lebih memeranjatkan, Che Ta turut menjelaskan jika dia memuat naik gambar Tun M, pasti aka nada kacau dan suruh dia memadamkan gambar tersebut.

Lebih tidak seronok, niatnya memuat naik Tun mengucapkan selamat hari jadi buatnya juga ada sahaja yang tidak kena.

IKLAN

Oleh itu dia tidak boleh menunjukan dirinya terang-terang menyokong pembangkan (sebelum ini).

Bukan itu sahaja, Che Ta turut jelaskan dia bimbang ada individu akan ganggu periuk nasinya sehingga susuah mencari makan kerana ‘mereka’ punyai kuasa dan boleh buat apa sahaja.

Lama saya simpan gambaq ni.. tk leh upload , sat g depa kacau , depa suh delete.. letak gambaq Tun , wish birthday pun salah , upload surat Tun ucapkan terima kasih sebab wish birthday utk beliau pun tk kena.. saya tk boleh teqang2 sokong pembangkang (sblm ni) , depa ada kosa, depa boleh buat apa saja .. saya byk tanggungan , takut kalau bisnes kena kacau , muka kena banned kluaq tv.. susah jgk nak caqi makan .. tapi saya respect dgn rakan saya @bena1i & @fatiyalatiff yang begitu setia dan tak peduli bila kena ‘kacau’ dgn org ataih bila depa dgn terang- terangan menyokong Tun.. sesungguhnya betapa mulia jiwa mereka yang sabar dan setia .. . . . Lepaih ni dah boleh dah upload gambaq lagu mana pun ?☺️? . . #tunM #chedet @chedetofficial #mahathirmohammad #primeminister . . Tak kisah lah kalau org nk tuduh lalang , saya upload gambaq bkn nak mintk duit dari PM , tapi menzahirkan rasa syukur dan bangga yang mana sblm ni perasaan dok meqengkam dlm hati ?‍♀️

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

IKLAN

Dalam pada itu, Che Ta sempat memuji keberanian rakan selebriti seperti Fathia Latiff dan Ben Ali yang langsung tidak peduli apabila di ganggu dengan orang ‘atas’ apabila mereka berani secara terang-terangan menyokong Tun M.

Aduh, bagi MH sebenarnya tak perlulah nak provoke selebriti seperti ini. Sebenarnya kena faham juga mereka adalah public figure jadi mereka tidak boleh lakukan sesuatu sebarangan apatah lagi melanggar ‘undang-undang’ yang telah diperketatkan ketika itu.

Hmmmm, agak-agaknya inilah yang terjadi kepada kebanyakan selebriti kita sehinggakan kini baru mereka berani memuat naik video serta gambar Tun M ya?

Apapun cayalah Che Ta akhirnya berani buka mulut dan bercerita tentang perkara ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI