Aktres, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura kembali melancarkan single terbaharu berjudul Luar Biasa, hasil kolaborasi eksklusif bersama pemuzik terkenal dari Indonesia, Ade Govinda.

Selepas kejayaan lagu raya duetnya bersama Syasya Rizal, lagu kali ini membawa mesej kekuatan, harapan dan semangat untuk bangkit semula selepas melalui kejatuhan.

Sekali gus, menjadikan ia sebagai karya yang cukup relevan dan menyentuh jiwa.

Ditulis sepenuhnya oleh Ade Govinda, Luar Biasa tampil dengan susunan muzik segar dan melodi penuh emosi yang membangkitkan semangat.

Sementara Fazura, yang turut menulis lirik bersama Veron Savanoah, menzahirkan keterujaannya menjadi sebahagian daripada projek bermakna ini.

“Saya sangat tersentuh dengan lirik ‘Jatuh itu biasa, bangun itu luar biasa’. Ia benar-benar menggambarkan hakikat hidup kita semua ada perjuangan sendiri.

Ads

“Tapi yang penting adalah semangat untuk bangkit demi diri sendiri dan orang tersayang. Dengan niat yang baik dan keyakinan kepada Allah, kita mampu menghadapi dengan tenang,” katanya.

Bagi Ade pula, dia menyifatkan lagu ini dicipta khusus buat individu yang pernah jatuh, agar mereka tahu bahawa bangkit itu lebih luar biasa daripada jatuh.

“Lagu ini datang daripada hati, dan saya mahu pendengar menjadikannya sebagai lagu pembakar semangat dalam rutin harian mereka,” katanya.

“Jatuh Itu Biasa, Bangun Itu Luar Biasa,” – Lirik ‘Deep’ Lagu Baru Fazura, Motivasi Tentang Bangkit Semula!“Jatuh Itu Biasa, Bangun Itu Luar Biasa,” – Lirik ‘Deep’ Lagu Baru Fazura, Motivasi Tentang Bangkit Semula!“Jatuh Itu Biasa, Bangun Itu Luar Biasa,” – Lirik ‘Deep’ Lagu Baru Fazura, Motivasi Tentang Bangkit Semula!

Ads

Kolaborasi Indah Dua Negara

Dalam pada itu, Ade menambah proses penulisan Luar Biasa berjalan lancar kerana mesejnya begitu jelas dan dekat dengan hati.

Malah Fazura turut memuji profesionalisme pasukan produksi Indonesian dan Ade juga kagum dengan sikap fokus dan semangat bintang filem Pisau Cukur itu sepanjang kolaborasi mereka.

“Faz seorang yang sangat profesional dan mudah dibawa berbincang.

“Rakaman vokal dan video muzik dilakukan dalam masa yang sangat singkat kerana beliau sangat fokus dan bersemangat,” kata Ade lagi.

Ads

Optimis terhadap single terkininya ini, Fazura juga menyifatkan semua pihak yang terlibat di dalam Luar Biasa berkongsi tenaga dan visi yang sama.

“Setiap orang membawa kekuatan tersendiri dan apabila digabungkan, alhamdulillah kami berjaya menghasilkan satu karya yang bukan sahaja indah dari segi muzik tetapi juga kuat dari segi mesej,” katanya.

Luar Biasa telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2025 dan boleh dinikmati di semua platform penstriman digital muzik dan video muziknya juga sudah boleh ditonton menerusi YouTube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads