“Jarang Tengok Orang Makan Air Mata. Masin Tak?” – Video Fattah Anas Menangis Buat Netizen Turut Terasa

Share

Tular video Instafamous cilik, Fattah Anas sedang dirundung sedih. Aksinya menangis sebak menyentuh hati netizen.

Memainkan lagu Kemarin, nyanyian Seventeen, ayahnya dilihat mengucapkan kata-kata sedih yang membuatkan anak kecil ini menangis sebak.

“I’m so sad because I miss him so much. Mana anak papa? Mana anak papa?” ucapnya.

Namun apa yang membuatkan netizen gelihati apabila Anas dilihat mengambil air mata dan memasukkannya ke dalam mulut.

Terhibur dengan aksi dua beranak ini, netizen mengatakan aksi Anas cukup unik, tidak pernah dibuat orang.

Video yang dimuatnaik di laman Instagram ini telah ditonton hampir 600,000 kali dan mendapat hampir 4000 komen netizen.

Instagram – Fattah Anas

IKLAN