Keputusan mendirikan rumah tangga sebenarnya bukan menjadi suatu perkara mudah buat pasangan bercinta.

Semua perancangan perlu dilakukan sebaiknya agar hubungan cinta yang diteruskan ke fasa perkahwinan akan harmoni dan berkekalan selamanya.

Ditanya mengenai perkara tersebut, pelakon dan ushawan, Aedy Ashraf mengakui masih terlalu awal buatnya untuk bercakap soal kahwin, meski dirinya sedang mengenali hati budi seseorang.

Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini, gadis yang dikenali sebagai Siti Mainunah merupakan gadis paling rapat dengannya ketika ini.

“Saya masih anggap hubungan kami berdua masih dalam proses pengenalan atau fasa mengenali antara satu sama lain lagi. Terlalu awal untuk bercakap fasal kahwin.

IKLAN

“Sebab itu saya jarang berkongsi mengenai cinta serius kerana risau andai apa yang dirancang tak jadi kenyataan.

“Cuma apa yang boleh saya beritahu, nama gadis yang rapat dengan saya ketika ini namanya Siti Maimunah. Cuma sekarang, saya mahu fokus dulu dengan bisnes baru yang diusahakan.

IKLAN

“Jujurnya juga, kami berkenalan di Instagram sebenarnya,” dedahnya kepada MH.

Kongsinya lagi, hubungan keduanya mulai rapat selepas gadis tersebut tinggal di sekitar bandar Cyberjaya.

IKLAN

Aedy kini sibuk menjalankan perniagaan makanan kentang berkeju, Fam’ Fries Kitchen.

Tambahnya, dia mulai menjalankan projek berkenaan kira-kira dua tahun lalu dan sehingga kini dia sudah memiliki dua kiosk yang terletak di The Podium Penchala, Damansara Perdana dan di Food Monger, Tamarind Square, Cyberjaya.

https://www.instagram.com/p/BzccVKtjRgU/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI