Tahniah diucapkan kepada ratu cantik dan pelakon jelita, Sanjna Suri, 31, yang bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya dari Belgium, Bram Demeulenaere, 35.
Pasangan sama cantik sama padan itu bakal menamatkan zaman solo masing-masing pada 17 Januari tahun depan.
Akui tidak pernah berniat untuk merahsiakan majlis pertunagannya pada April lalu, bintang filem Pulau itu akui tunggu masa sesuai untuk berkongsikan berita gembira itu kepada semua.
Sebelum ini, hanya teman rapat yang mengetahui akan perkara tersebut.
Menurut Sanjna, Bram bekerja sebagai konsultan di Dubai dan menjadi calon suami terbaik untuk sama-sama melayari hidup.
“Kami sudah menjalinkan hubungan selama lima tahun enam bulan termasuk hubungan cinta jarak jauh ketika Bram bekerja di Eropah sebelum ini.
“Bram ada ‘value’ (nilai diri) yang sama dengan bapa saya iaitu seorang yang bekerja keras. Selain bijak merancang kewangan dia juga pandai merancang masa depan,” katanya, lapor Harian Metro.
Berkongsi mengenai kerjayanya selepas berkahwin, wakil Malaysia ke pertandingan Miss Supernatural 2018 itu menjelaskan dia akan meneruskan karier seninya seperti biasa.
Malah, bakal suami juga tidak menghalang akan minatnya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Sanjna Suri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dilabel sebagai duda ‘hot’, pelakon Hisyam Hamid menganggap perkara tersebut sebagai satu pujian dan gurauan yang diberikan oleh segelintir netizen.
Menurut Hisyam, selepas kembali solo, fokusnya kini hanya tertumpu pada kerjaya dan anak-anak.
“Saya terima sebagai satu pujian. Mungkin perkara ini secara tidak langsung boleh memberikan impak positif. Kita pun tak tahu apa terjadi pada masa hadapan.
“Setakat ini, saya gembira dengan progres hidup saya. Ada fasa di mana saya terjatuh dan ini adalah proses untuk bangun semula,” katanya kepada MH.
Pelakon asal Singapura itu berkata sedemikian ketika ditemui di Anugerah Bintang Popular ke-36, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah menjangkakan bakal berdepan situasi seperti ini selepas kembali solo.
“Saya okay sahaja. Pada akhirnya, kita adalah public figure (pempengaruh). Kita tahu hal-hal seperti ini akan berlaku. Ketika berkahwin dan kembali solo, gosip-gosipnya adalah berbeza.
“Saya sudah menjangkakan gurauan seperti ini. Apapun, yang paling penting, saya tahu jaga diri dan kerja saya,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, pelakon filem La Luna ini akui agak kecewa bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita tidak benar melibatkan namanya.
“Ada kalanya, saya rasa sedikit terganggu. Mudah sangat orang nak mereka-reka cerita. Dahulu tidaklah sebegini. Jika saya bercakap atau baik dengan seseorang, mereka kata saya ada hubungan istimewa.
“Jadi, saya tak boleh ada kawan perempuan ke? Saya kini kena lebih berhati-hati. Saya tak nak timbul gosip yang tidak betul. Lagipun, saya belum lagi nak ke arah itu (berkahwin).
“Saya nak elak hal seperti ini dan jaga hati anak-anak. Ketika ini, senang sangat nak jatuh fitnah,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Hisyam menjadi perhatian ramai selepas mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.
Menerusi perkongsian hidup selama 18 tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Hisyam Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.