
Baru-baru ini, penyanyi Nubhan mengakui rasa keliru dengan hukum sebenar mewarnakan rambut meskipun pewarna tersebut memiliki pengiktirahan halal dari pihak berwajib.
Persoalan tersebut telah diajukan oleh Nubhan menerusi sebuah video di Instagram miliknya.
Tidak lama kemudian, penceramah selebriti, PU Azman telah memberikan respon untuk menerangkan tentang kekeliruan tersebut
“Sejurus lepas 5 minit saya up video minta pencerahan, ustaz @pu_azman terus respon. Tq ustaz bagi pencerahan. sekarang rambut sey dah kontot yang ponting mak den tak memotir,” tulisnya.
Menurut PU Azman, selain daripada memastikan produk tersebut halal, pengguna juga harus memastikan ianya tidak kalis air untuk memudahkan kita melakukan ibadah harian.
“Jadi awak kena yakin selain ia halal dan suci, ia juga tak halang air.
“Kalau tak better guna inai ori daripada tumbuhan, sebab sifatnya meresap masuk dalam zat rambut,” jawabnya.
Bagimanapun, Nubhan dilihat telah memotong rambutnya untuk membuang bahagian yang telah diwarnakan itu.
Diharap perkongsian tersebut memberi manfaat bukan sahaja kepada Nubhan malah, orang ramai yang selama ini berasa keliru juga.
Foto: Instagram Nubhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI