Isu foto yang memaparkan kelibat penyanyi Ismail Izzani bersama Zarina Ann Joulie yang tular di media sosial beberapa hari lalu nyata mendapat reaksi perlbagai netizen.
Ada yang bersimpati dan tidak kurang yang mengkritik peribadi penyanyi muda yang popular menerusi lagu Luar Biasa itu.
Sementara itu, rakan baik Ismail iaitu penyanyi Ara Johari pula mengambil pendirian untuk tidak mahu mencampuri hal peribadi penyanyi lelaki itu.
Katanya meski hubungan mereka rapat, namun dia tidak mahu masuk campur atas urusan berkaitan hal privasi.
“Saya dengan Mail (Ismail Izzani) memang rapat dan kami pun selalu juga lepak ramai-ramai. Bagi saya apa yang terjadi adalah hal privasi dia. Saya tak mahu masuk campur.
“Cuma apa yang boleh saya cakap, ambil perkara itu sebagai pengajaran. Benda yang sudah berlaku tidak boleh diundur balik. Pada masa depan, janganlah buat lagi benda-benda macam tu,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada penyanyi lelaki berkenaan ada menghubunginya apabila isu foto kontroversi itu mulai menjadi buah mulut netizen, Ara mengakui Mail ada menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp.
“Dia ada hubungi, tetapi saya masih belum sempat berjumpa dengannya. Katanya dia down dengan apa yang berlaku,” jelas Ara yang mengakui dia tidak tahu dengan jelas lokasi kejadian dan bila masanya gambar tersebut diambil.
Sebelum ini, foto tersebut dipercayai telah dimuat naik Fathia menerusi Instagram sebelum ia dipadam.
Ara ditemui media di majlis perasmian pembukaan Teh Tarik Place di KIP Hotel, Selayang. Turut masa memeriahkan majlis ialah Khai Bahar dan Shahir.
Dihoskan oleh Haziq, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan artis dan banyak lagi.
Foto: Teh Tarik Plalce KIP Hotel
https://www.youtube.com/watch?v=yc-nYVG154E
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI