Pelakon dan penyanyi Bella Astillah ada meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, Puan Zarina baru-baru ini.

Bersempena dengan hari istimewa tersebut, Bella dilihat turut menghadiahkan set barangan kemas buat ibu tersayang.

Perkongsian itu dibuat isteri kepada Aliff Aziz ini menerusi Instagram bersama beberapa lampiran foto sekitar majlis sederhana yang dianjurkan mereka sekeluarga.

View this post on Instagram

Once again, Happy birthday mama. Alhamdulillah dapat celebrate harini. Mama cakap “Jangan lah susah2 nak buat semua ni, deko2 lagi, umur mama dah berapa, segan lah haha🤦🏻‍♀️😂, nak tempah2 cake apa semua” Ma, this is my answer; TAK SUSAH PUN NAK DI BANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN MAMA MEMBESARKAN KAK LONG AND ADIK2. And mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah?? Mama lahirkan kak long, jaga, didik, kasi sekolah pun mama sendiri ndak pernah kasitau atau minta duit pun tak kira apapun keadaan/situasi mama. Selalu pastikan nak bg yang terbaik. Pastikan pergi sekolah hari2. Sekolah pagi, sekolah agama, mengaji, tuisyen malam (bayangkan semua ni perlu duit belanja) sampai kak long dapat diploma. Alhamdulillah semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama Ayah. kak long sendiri sebagai anak sulung nampak pengorbanan mama. Mama sangat rajin dan kuat. Sangat. Sekarang kak long nak cuba balas sikit2 walaupun tak tertanding, kak long cuba bahagiakan mama & ayah selagi kak long hidup InshaAllah. . . . P/s: Bella lamaaa gila dah plan ni seminggu 😅 (btw bella deko sendiri jee🙈) Happy gila dapat surprise mama🙆🏻‍♀️ I love you @eina_astillah 😉🥳🎈

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

“Happy birthday mama. Alhamdulillah dapat celebrate harini. Mama cakap “Jangan lah susah2 nak buat semua ni, deko2 lagi, umur mama dah berapa, segan lah haha, nak tempah2 cake apa semua”.

IKLAN

“Ma, this is my answer; TAK SUSAH PUN NAK DI BANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN MAMA MEMBESARKAN KAK LONG AND ADIK2. And mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah?

“Mama lahirkan kak long, jaga, didik, kasi sekolah pun mama sendiri ndak pernah kasitau atau minta duit pun tak kira apapun keadaan/situasi mama.

Selalu pastikan nak bg yang terbaik. Pastikan pergi sekolah hari2. Sekolah pagi, sekolah agama, mengaji, tuisyen malam (bayangkan semua ni perlu duit belanja) sampai kak long dapat diploma,” tulisnya.

IKLAN

Dia pada masa sama turut menzahirkab rasa syukur atas segala dorongan yang hadir dari kedua orang tuanya.

Selain menyifatkan ibunya sebagai wanita yang kuat, bintang yang kini sedang sarat hamil anak kedua juga tanam impian untuk cuba balas budi buat ibu bapa meski tiada tolok banding.

IKLAN

“Alhamdulillah semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama Ayah. kak long sendiri sebagai anak sulung nampak pengorbanan mama. Mama sangat rajin dan kuat. Sangat.

“Sekarang kak long nak cuba balas sikit2 walaupun tak tertanding, kak long cuba bahagiakan mama & ayah selagi kak long hidup InshaAllah.

“P/s: Bella lamaaa gila dah plan ni seminggu (btw bella deko sendiri jee) Happy gila dapat surprise mama. I love you @eina_astillah,” titipnya lagi.

Foto: Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI