Pelakon, Riena Diana mengambil kesempatan pada 10 malam terakhir Ramadan ini dengan berkongsi beberapa perkara khusus bagi kesedaran mengenai sikap segelintir masyarakat masa kini.

Sebagai permulaan, Riena memilih untuk berkongsi mengenai tabiat segelintir masyrakat kita yang gemar menabur firnah.

Menurut Riena, menyebar fitnah atau perkara tidak benar hanya akan memberikan kesan buruk terhadap kehidupan seseorang lebih-lebih lagi dari segi kesihatan mental.

https://www.instagram.com/p/CAQmb7AprFq/?igshid=1olkcprafcqs
“10 malam terakhir ni riena rasa nak spread awareness satu hari satu topik.

“Harini i decide nak cakap pasal fitnah.

Just don’t assume things la basically and then benda tu boleh jadi fitnah.

IKLAN

“I percaya benda-benda ni wujud everywhere but believe me kita tak tahu bila kita assume or fitnah someone or talk about someone, kita taktahu effect dia dekat orang lain,” jelasnya.

Tambah pelakon yang popular menerusi drama Kampung People itu lagi, setiap orang memiliki kemampuan yang berbeza untuk menghadapi tekanan dan itu ada perkara yang paling merisaukan.

“Tak rasa berdosa ke or tak rasa bersalah ke dok buat fitnah dok kutuk orang pastu satlagi orang tu stress ke depression ke and then kita taktahu kemampuan seseorang tu macam mana sama ada orang tu boleh handle stress ke tidak.

IKLAN

“Lain orang lain cara diorang handle stress. WE NEVER KNOW,” kata bintang ini.

Tambah Riena lagi, masih belum telambat untuk seseorang itu memperbaiki diri dan tidak mengambil tahu akan urusan orang lain. Cukup sekadar menjaga hal diri sendiri sudah memadai.

“Kita dok sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga and terlupa. Dok sibuk la dosa orang lain sampai dosa sendiri kita lupa.

IKLAN

“It’s not too late pun untuk sedar and fix diri kita sendiri sebab lebih baik ada kesedaran dalam diri daripada kita rasa kita baik all the time, jangan sampai hati dah jadi hitam.

“So just stop and mind your own business,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan terima kasih kepada Riena diatas perkongsian tersebut.

“Jangan Sampai Hati Jadi Hitam,” – Nak Sebar Kesedaran 10 Malam Terakhir Ramadan, Riena Diana Kongsi Bahaya Fitnah “Jangan Sampai Hati Jadi Hitam,” – Nak Sebar Kesedaran 10 Malam Terakhir Ramadan, Riena Diana Kongsi Bahaya Fitnah

Sumber: Instagram Riena Diana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI