Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai kenyataan yang menyifatkan kebanyakan masalah rogol yang berlaku ketika ini adalah daripada sikap mangsa yang mengenakan pakaian mencolok mata.

Jelasnya, mana-mana lelaki pun tidak akan dapat menahan nafsu mereka sekiranya terlihat wanita yang terdedah auratnya.

“Dah kene rogol tak payah nak salahkan orang yang rogol kaulah. Kalau pakaian kau pon dah buat orang bernafsu dengan kau, bangga tayang body?

“Nk tunjuknya body cantik yang tidak akan kekal lama tu?

“Ape guna Islam suruh tutup aurat betul-betul kalau sendiri tak ikut? Tanyalah laki mana-mana semua akan bernafsu tengok,” tulis seorang individu.

IKLAN

Kenyataan tersebut ternyata mengundang reaksi ramai termasuklah pengacara dan penyampai radio, Hanif Hamzah.

“Jangan Samakan Aku Dengan Kau, Aku Jaga Nafsu Aku,” – Individu Ini Sifatkan Kes Rogol Disebabkan Wanita Tak Jaga Aurat, Ini Reaksi ‘Padu’ Haniff Era “Jangan Samakan Aku Dengan Kau, Aku Jaga Nafsu Aku,” – Individu Ini Sifatkan Kes Rogol Disebabkan Wanita Tak Jaga Aurat, Ini Reaksi ‘Padu’ Haniff Era

Jelas Hanif, individu berkenaan tidak sepatutnya menyifatkan seluruh lelaki di dalam dunia ini adalah sama kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza.

IKLAN

“Jangan Samakan Aku Dengan Kau, Aku Jaga Nafsu Aku,” – Individu Ini Sifatkan Kes Rogol Disebabkan Wanita Tak Jaga Aurat, Ini Reaksi ‘Padu’ Haniff Era

Malah penyampai radio Era itu turut menambah, tiada gunanya dilahirkan sebagai seorang orang Islam sekiranya kita tidak mampu untuk menjaga nafsu dan pemikiran kita.

IKLAN

“Jangan Samakan Aku Dengan Kau, Aku Jaga Nafsu Aku,” – Individu Ini Sifatkan Kes Rogol Disebabkan Wanita Tak Jaga Aurat, Ini Reaksi ‘Padu’ Haniff Era

“Kau jangan sama kan aku dengan kau. Jangan pukul habis semua lelaki. Aku jaga nafsu aku. Apa guna Islam kalau otak kau kotor,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Hanif selain turut menyifatkan mentaliti tersebut hendaklah diubah.

Sumber: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI