Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti tanah air dilihat aktif dalam aktiviti-aktiviti pemberian sumbangan terutamanya buat mereka yang terkesan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Terbaru, pelakon dan model, Mimi Lana memaklumkan dirinya berhajat untuk membantu para tukang cuci yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh pandemik ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Assalamulaikum dan Selamat pagi. Saya mencari 10 orang cleaner yang gajinya dipotong untuk diberi bantuan. Bagi mana mana cleaner yang dipotong gaji, atau pun sesiapa yang kenal boleh dm saya,” tulisnya.

“Jangan Risau Saya Tidak Akan Post Di Media Sosial,” – Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Mimi Lana Bantu 10 Orang Tukang Cuci “Jangan Risau Saya Tidak Akan Post Di Media Sosial,” – Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Mimi Lana Bantu 10 Orang Tukang Cuci

Bagaimanapun, Mimi menjelaskan, buat masa ini dia hanya mampu menyediakan 10 pek barangan keperluan asas dek kerana dana yang terhad.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Masih Ada Rindu itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Jangan Risau Saya Tidak Akan Post Di Media Sosial,” – Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Mimi Lana Bantu 10 Orang Tukang Cuci “Jangan Risau Saya Tidak Akan Post Di Media Sosial,” – Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Mimi Lana Bantu 10 Orang Tukang Cuci

Katanya lagi, sekiranya dikurniakan rezeki yang lebih, dia sedia meneruskan misinya itu pada masa akan datang.

“Saya mintak maaf kerana dapat provide kan sumbangan untuk 10 orang sahaja. Insyaallah Kalau ada rezeki lebih kita kongsi lagi ya.

“Jangan risau saya takkan post di social media untuk bantuan pada anda,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mimi turut memaklumkan, segala aktiviti penyerahkan sumbangan tersebut akan dijalankan secara tertutup tanpa mendedahkan mana-mana pihak.

IKLAN

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyambut baik usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Mimi akan sentiasa dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

“Using your superpower to help others. Semoga segalanya dipermudahkan buat kamu jua cinta.

“Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan dunia dan akhirat.

“Dah la cantik. Baik hati pula. Semoga Allah permudahkan segala urusan Mimi dan diberikan kesihatan yang baik.

IKLAN

“Ya Allah dah la gaji tak banyak. Kena potong lagi. Thanks to yang memperjuangkan nasib-nasib cleaner,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

“Jangan Risau Saya Tidak Akan Post Di Media Sosial,” – Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Mimi Lana Bantu 10 Orang Tukang Cuci

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Mimi Lana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI