Pelakon senior, Jasmin Hamid mengakui sebelum memulakan sesebuah babak, adalah amat penting baginya untuk melakukan raptai atau latihan dialog bersama rakan pelakon terlebih dulu.
Malah jelasnya lagi, usah rasa diri sudah hebat sehingga tidak perlu untuk membuat latihan sebelum penggambaran sebenar bermula.
“Sebelum masuk gelanggang, pelakon wajib rehearsal dialogue dulu. Jangan pernah merasa diri sudah cukup HEBAT dan tak perlu rehearsal sebelum masuk gelanggang.
Ads
“Sebagai seorang pelakon, kena sentiasa bersedia dan rasa ruang. Kami berdua muka tak masuk paku untuk drama kali ini mengikut kehendak watak,” tulisnya menerusi pautan foto bersama Ruhainies.
Keduanya kini sedang sibuk di set lokasi drama bersiri, Cukup Derita Itu yang turut dibarisi pelakon lain seperti Didie Alias, Dian P Ramlee, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Jasmin sebelum ini pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 1997 menerusi telefilem, Jutawan Segera.
Ads
Malah, bintang berusia 46 tahun ini turut merakam kembali detik indah itu menerusi program MH Throwback.
Semalam, telah berlangsung Konsert Digital Jelajah Suria yang buat pertama kali dipancarkan secara maya berikutan situasi semasa negara di semua platform Suria.
Menurut Ketua Radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, konsert ini diadakan bagi mengubati kerinduan peminat terutama setelah hampir setahun mereka tidak membuat program di lapangan yang lazimnya mereka adakan ekoran penularan wabak Covid-19.
Konsert yang diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ini diadakan secara digital dan hanya dihadiri para selebriti dan krew-krew yang terlibat.
Tepat jam 9.00 malam, pentas Konsert Digital Jelajah Suria dibuka dengan gabungan persembahan istimewa daripada para penyampai radio Suria FM iaitu Ajak, Fizi, Issey, DJ Lin, Sharifah Shahirah, Tyzo, dan Suraya.
Selesai persembahan daripada para penyampai radio, pentas kemudiannya kembali tertumpu kepada persembahan penyanyi muda, Farisha Iris.
Membawakan lagu How You Like That nyanyian asal kumpulan Kpop popular, Blackpink, persembahan Farisha sememangnya tampak bertenaga sejak dari awal.
Persembahan pada malam tersebut diteruskan pula oleh busker popular tanah air, Bob Sentuhan dengan membawakan dua buah lagu iaitu Sambutlah Kasih dan single terbarunya, Aku Cinta Kamu.
Penyanyi meningkat naik, Iman Troye kemudiannya mengambil alih pentas dengan membawakan lagu hitsnya yang kini telah pun meraih lebih 10 juta tontonan di laman Youtube iaitu Teman.
Jika sebelum ini, penyanyi, Lah sememang sudah sinonim bersama kumpulan VE, tetapi pada Konsert Digital Jelajah Suria ini, dia ditemani oleh band iringannya The Gentlemen.
Lah & The Gentleman telah membawakan dua buah lagi iaitu Selamat Datang Cinta dan Sejarah.
Bagi menghangatkan lagi suana, band indie popular, Kugiran Masdo menyemarakkan lagi semangat penonton di rumah yang sememangnya sudah lama menantikan kemunculan mereka.
Kugiran Masdo yang sudah lama tidak beraksi di pentas-pentas besar memilih untuk membawakan dua buah lagu iaitu Lautan Asmara dan Kasih & Sayang.
Persembahan yang sebentar tadi gamat kini beralih tumpuan kepada penyanyi tersohor tanah air. Tampak lebih elegan dengan mengenakan suit berwarna biru, Dayang Nurfaizah seterusnya menghiburkan para penonton dengan dua buah lagunya Malam Ku Berimimpi dan Lelaki Teragung.
Seakan masih segar dengan semangat di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu, aura Floor 88 masih lagi terasa sewaktu mereka membawakan lagu Hutang.
Telatah ahli kumpulan Floor 88 nyata menghiburkan para penonton sebelum meneruskan dengan single terbaru mereka yang berjudul Cikadot.
Mengakui berasa sangat teruja apabila dapat kembali menyanyi di atas pentas, penyanyi, Misha Omar mengubati kerinduan peminat dengan membawakan lagu Tanpa Rela.
Atas permintaan penyampai segmen Suria Cinta, DJ Lin, Misha telah bersetuju untuk membawakan lagu Setiaku Di Sini nyanyian asal Ziana Zain.
Kemunculan penyanyi, Haqiem Rusli sememangnya dinanti-nantikan bukan sahaja dikalangan para peminat tetapi seluruh penonton yang menyaksikan Konsert Digital Jelajah Suria.
Selain lagu Bangkit, Haqiem turut membawakan lagu Mimpi yang kini telah pun meraih 13 juta tontonan dalam masa dua bulan.
Yang ditunggu-tunggu akhirnya telah pun tiba, persembahan penutup yang penuh bertenaga telah disempurnakan oleh penyanyi lagenda, Datuk Awie.
Membawakan lagu Peronda Jaket Biru dan Sejati, persembahan Awie nyata memberikan 1001 kenangan buat mereka yang menyaksikan konsert di dalam keadaan norma baru ini.
Sumber Foto: Instagram Suria FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil mengucapkan selamat pengantin baru buat bekas isterinya, Noor Nabila yang selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Engku Emran, hari ini.
Memberikan reaksinya menerusi satu video khusus buat media, pelakon filem Polis Evo 3 ini mengakui kakak kepada usahawan terkenal, Neelofa itu berhak untuk mencari kebahagiaan.
“Nabila berhak untuk mencari kebahagiaan dia sendiri sebab dia pun muda. Jadi bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah satu benda yang sangat baik.
“Saya sebagai bekas suami kepada Nabila ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada mereka. Semoga berbahagia sampai ke anak cucu. Jaga Jebat elok-elok, okay,” katanya.
Meski telah berpisah hampir setahun, keduanya masih berhubungan baik demi anak permata hati mereka, Jebat Jayden.
Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 70,000 kali dengan pelbagai reaksi telah ditinggalkan warganet menerusi ruangan komen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin kebelakangan ini kerap berkongsi momen mesra bersama suami, Farzan Iqbal di laman media sosial Instagram.
Bukan itu sahaja, Alicia atau nama lengkapnya Raja Alicia Raja Amin juga dilihat sangat bahagia sebagai pasangan pengantin baru bersama suaminya yang difahamkan seorang doktor.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...